UNDIAN AKHBAR :
Kepada AicoVX, kita akan mula jalankan aktiviti pertama kita tahun ini, iaitu GERAK GEMPUR ABP! Tugasan PERTAMA : Kumpul seberapa banyak keratan Akhbar Berita Harian Kita akan adakan sesi untuk mengumpulkan keratan. Kepada yang tidak mahu menulis/tanda, jangan risau. Pastikan korang kumpul sahaja dan serahkan kepada kami untuk tugasan KEDUA yang akan diadakan sebulan daripada sekarang!
Undi ADAM untuk PENYANYI LELAKI POPULAR
Undi ADAM & STACY untuk KUMPULAN/DUO POPULAR

UNDIAN SMS :
Kod ADAM (Penyanyi Lelaki Popular) : A01
Kod ADAM & STACY (Kumpulan/Duo Popular) : C11

Cara : BH(jarak)ABP(jarak)A01,C11
(tambah lagi 3 kategori lain yg disukai kerana minimum yang perlu dihantar adalah 5)
dan hantar ke
33333

08 February 2010

Calling for all dancers to join our Audition!!


UJIBAKAT PENARI LATAR

Jika anda berminat untuk menjadi seorang penari profesional bagi mengiringi ADAM AF2 dan artis-artis dari Aico Entertainment Zone, jangan lupa untuk sertai ujibakat yang akan diadakan di Aico Studio tidak lama lagi!

Terbuka untuk semua rakyat Malaysia, lelaki ataupun perempuan.
Mestilah berumur daripada 16 tahun ke atas.
Ujibakat akan dijalankan di Sunway Mentari.
Tarikh (Februari) dan masa akan ditentukan kelak.

Untuk pra pendaftaran, Sila Hubungi :
Ms Waheeda : 016 396 9426


----------------------------------------------------------

AUDITION FOR BACK-UP DANCERS

AICO GROUP is now in search for the back-up dancers for ADAM AF2 and also to other Aico Entertainment artistes. For those who are interested, do come to our audition that will be held at Aico Studio (Sunway Mentari).

Open to all Malaysian (male / female), age 16 and above.
Audition will be held at sunway mentari. Date (feb) & time will be announced later.

Those interested, please call / sms :
Ms Waheeda : 016 396 9426

03 February 2010

SMS Adam @ ABP!


---------------------------------------

Bangkitlah peminat Faizal Tahir dan Aizat kerana setakat ini, undian tidak langsung memberangsangkan bagi kedua-dua penyanyi berbakat besar ini. Undian ternyata berpihak kepada Mawi, Akim dan Adam, penyanyi yang lahir daripada program Akademi Fantasia. Jika trend undian adalah seperti ini sehingga tarikh akhir penghantaran borang pada 19 Mac, trofi mungkin menjadi milik protege Datin Seri Tiara Jacquelina, Akim ataupun terus kekal di tangan Mawi yang mengungguli kategori itu selama empat tahun berturut-turut.

---------------------------------------

Sementara itu, bagi kategori penyanyi kumpulan/duo popular, saingan sengit di antara Bunkface dan gandingan mantap Adam & Stacy. Ke mana perginya peminat Hujan, Meet Uncle Hussain dan 6ixth Sense?

Begitulah analisis undian awal dalam tempoh dua minggu ini. Keputusan undian boleh berubah bila-bila masa bergantung kepada kehendak pembaca dan peminat. Gunakanlah mandat yang sudah diberikan kepada anda itu untuk memilih artis pilihan anda sendiri dan bukan pilihan majoriti kerana pilihan pemenang BUKAN PILIHAN TEPAT. Undi jangan tak undi!

---------------------------------------

Saingan sengit sekarang untuk kategori Penyanyi Lelaki Popular & Duo Popular!
Come on Adam's fans, teruskan undian untuk ADAM!!!

Mari kita pastikan Adam dapat menggenggam trofi Penyanyi Lelaki Popular setelah tercalon hampir 4 kali berturut-turut!!

SMS = BH(jarak)ABP(jarak)A01,C11(dan 3 lg kategori)
hantar ke 33333

29 January 2010

Adam @ My Startz LG


Adam akan berduet dengan salah seorang Finalist My Starz LG, nak tahu siapa??
Jangan lupa menonton Final My Starz LG, 31 Januari 2010 (Ahad) jam 9Malam di TV3!!

All the best untuk Tom, Sarah & Apiz (Finalist)!!!
^__^

Adam menaruh harapan kali ke-4

Adam menaruh harapan kali ke-4
Oleh Ramlah Zainal
roses@hmetro.com.my
2010/01/29

TERSENARAI dalam Top 5 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009 (ABPBH 2009) membuktikan penyanyi yang digilap menerusi program realiti Akademi Fantasia musim ke-2 (AF2), Adam masih bertakhta di hati peminatnya sejak berkecimpung dalam bidang seni, lima tahun lalu.

Malah, Adam atau nama sebenarnya Mohd Aizam Mat Saman yang berasal dari Inanam Laut, Sabah sudah tiga tahun berturut-turut dicalonkan dalam kategori Penyanyi Lelaki Popular ABPBH.

Bagi kategori Penyanyi Lelaki Popular, menyaksikan Adam bersaing dengan empat lagi finalis iaitu Aizat, Faizal Tahir, Mawi dan Akim.

Adam turut dicalonkan dalam satu lagi kategori iaitu Penyanyi Duo Kumpulan Popular ABPBH 2009 bersama Stacy AF6 menerusi gandingan single duet popular mereka berjudul Menggegar Dunia yang juga lagu runut bunyi filem My Spy.

Kategori ini turut menyaksikan Adam/Stacy bersaing sengit dengan empat lagi finalis - Bunkface, Hujan, Meet Uncle Hussein/Black dan 6th sense.

Ketika dihubungi Rap, Adam yang turut menempa nama sebagai pelakon berkata, dia bersyukur kerana peminat masih setia mengundinya, sekali gus menyokong kerjaya seninya sampai hari ini.

"Saya juga berasa bangga kerana menjadi finalis paling senior dalam kategori Penyanyi Lelaki Popular ABPBH 2009.

Sebenarnya, sudah tiga tahun berturut-turut saya dicalonkan dalam Top 5 kategori itu, tapi nampaknya saya masih berpeluang memenangi kategori berkenaan.

"Bohonglah, kalau saya tidak menaruh harapan untuk menang pada pencalonan kali ini.

Melihatkan pada persaingan kategori ini, semua finalis hebat belaka seperti Aizat dan Faizal Tahir yang baru menang sempena Anugerah Juara Lagu, baru-baru ini.

"Begitu juga Mawi dan Akim yang tidak kurang hebatnya.

Seperti yang kita lihat, Akim adalah artis baru yang digilai peminat ketika ini.

Jika menang ia adalah rezeki dan jika kalah, saya tidak putus asa dan tetap meneruskan kerjaya seni seperti biasa.

"Sebagai penyanyi, saya pastikan ada produk baru seperti album saban tahun supaya terus diingati peminat dan memberitahu mereka saya masih aktif dalam bidang seni," katanya.


1 Malaysia, Gong Xi Fa Cai @ KDCA


Temui Adam, B.A.D. Boyz, Chaq dan Stacy sempena acara 1 Malaysia Gong Xi Fa Cai yang akan berlangsung di KDCA, Kota Kinabalu Sabah. Sesi bergambar bersama artis-artis yang terlibat menjayakan persembahan akan berlangsung pada 7 Februari 2010 daripada jam 11 pagi sehingga 12 tengah hari. Kepada mereka yang berada di Sabah, jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk berjumpa dengan artis-artis kesayangan anda!!!

28 January 2010

Article - Hotel Mania

Credit to Malay Mail Online Newspaper
Check in at Hotel Mania
Nur Aqidah Azizi
Thursday, January 28th, 2010 13:30:00

Hotel mania
From musical theatres to musical films, brace yourself for another musical installment in our very own local neighbourhood, — Hotel Mania a musical series from KRU Studios.

Yes, you guessed it right. Like any other musical, Hotel Mania is filled with plenty of singing and dancing scenes.

The story revolves around a bunch of college-age students in the hospitality industry who are eager to make it in the real world. So, basically the show is about kids at an institution, singing and dancing.

Sounds like High School Musical (HSM)? Not really.

Hotel mania

IMPORTANT ROLES: The stars of Hotel Mania (from left) Ryzal Jaafar, Marsha and Dafi have a lot to deliver

According to the director himself Nizam Zakaria, Hotel Mania is very much inspired by the new musical programme, Glee, which has won ‘Best Musical or Comedy Television Series’ in the recent Golden Globe Awards.

“In Hotel Mania, besides the drama itself, another significant strength that sets this series apart from other musicals in the country is the inclusion of KRU’s songs, to accompany the story.

This not only includes KRU’s evergreen, popular numbers (such as Awas, Ooh La La and Fanatik), but also new ones that are composed by the trio of brothers,” said Nizam.

“The interesting part is that, the songs included will not be sung by its original singers, but performed by other people, with perhaps new arrangements.

"So, this is something different for Hotel Mania and I admit this is very much inspired by Glee,” he said.

Featuring Anding Indrawani and newcomer, Adeline Tsen as the leads, Hotel Mania also features other popular names such as Dafi, Marsha, Ryzal Jaafar, Adam, Zain of Ruffedge and Sheila Mambo, among others.

It narrates the story of a graduate student from Sarawak, Adiwira (Anding), who comes to Kuala Lumpur to find his father that he has never met, a businessman who is a frequent patron of Hotel Mania.

He also befriends Girang (Dafi). “The storyline is basically built up by a panel of scriptwriters, where we sit down and draft the story as well as the script.

A lot of changes have been made to the story to suit the current situation, and honestly, we are still adjusting the script while on set,” said Nizam.

The 26-episode series will premiere March 2, on TV3’s Lestary Slot, every Tuesday at 9pm. The series will be replacing the current musical series, Tari Tirana.

Asked on whether Hotel Mania is following in the foot steps of Tari Tirana, Nizam brushed off the comparison.

“Actually, KRU has been keeping this idea a few years back, but it was put on hold due to certain factors. Now that we have been able to develop the story and add more juicy stuff, we feel that it’s about time to release the idea.

More so, with the current interest towards musical productions, we believe Hotel Mania will be able to attract the interest of fans,” he said.

Hotel mania
Since the series revolves around the hotel environment, Nizam said 80 per cent of shoots are done at the Putrajaya Marriot Hotel.

“Besides that, this hotel is quite near to Universiti Putra Malaysia, Serdang. This makes sense if the kids studying hotel management could also be here to do their training. We also like this hotel because of its unique architecture. Plus, the environment is also suitable for the series. The hotel staff are also very helpful, be it in the pre-production or in the production process.

"The biggest challenge in making a musical series was selecting the correct songs to go with the right scenes.

“We have listed down more than 200 KRU songs for the series. The hardest part is to ensure that the songs, be it the melody part or the lyrics, must fit with the scenes. If not, it will destroy the whole mood of the scene,” said Nizam.

He added, the selected songs are re-recorded by the actors and actresses of the series. Choreography-wise, Nizam is thankful to have a cooperative team, who comes up with their own dance steps for the series.

“We don’t have a specific choreographer. All cast members are open to contribute their ideas to form the choreography. So far, the method has worked well with this team,” concluded Nizam.

26 January 2010

B.A.D. Boyz @ Dataran Merdeka


Jangan lupa, temui B.A.D. Boyz di :

Tarikh : 31 Januari 2010 (Ahad)
Masa : 2 petang
Tempat : Booth KL.fm, Dataran Merdeka

Jumpa di Sana!!! ^__^
 
Original Template By : uniQue  |    Modified and Maintained By : Intydez