Monday, December 08, 2008

ADAM@Konsert Pirates Of The Carribean ERA


Dear AFCM,


Jgn lupa saksikan ADAM di Konsert Pirates Of The Carribean di Sunway Pyramid...Ini juga adalah konsert dgn kerjasama radio ERA ...ramai jugak artis lain yg turut serta...ada Siti Nurhaliza,Saida,Mila,Bunkface n Hujan..Masuk adalah Percuma k....jommmmmmmmmmmmmmmmmmmm!!!!..


Tarikh : 13th Disember 2008

Jam : 9.00 mlm

Lokasi : Sunway Pyramid

Wednesday, December 03, 2008

ADAM Sabah Concert Tour

Assalamualaikum. .. What's Up2 AFCM!

Hi korangggg... Igt x kitorg penah mentioned psl camping yg xjadik sbb
konsert solo Adam tue? Oke... Nie nak update latest info psl konsert
2... So, check this out AFCM!

... ADAM Sabah Concert Tour...

Date: 3rd January 2009 (Saturday)
Venue: Convention Hall, Kompleks Ujana Kewangan, W.P Labuan
Time: 8pm
Tix Price: RM50, RM30 & RM20

Haaa...1st konsert solo Adam tau! As usual, B.A.D Boyz pon musti aaa
ade gax... Ade fanz Adam from semenanjung & Brunei nk p? Kot2 ade,
inform aaa AJK AFCM... Tp psl tix konsert je tau... Tix flight &
penginapan, korg kne aaa fikir sundri k! Ngeh3... For org2 Labuan,
Sabah & yg berdekatan dgn area nie, info psl konsert solo Adam nie (esp
psl tix konsert) akan di'publish' later kat area korg... Any info,
kitorg update lagik nnt! Hope ramai aaa AFCM yg turun padang... Jom
jerit ramei2 & support our ADAMMMMM! Wuuuuhhhuuuuuuuuuuu uuu

Friday, November 14, 2008

ADAM@Karnival Naza

Dear AFCM,

Just nak inform u all,esk 15th Nov ADAM akan berada di Karnival NAZA 2008...Karnival Naza nie akan berlangsung di Naza Auto Mall,Petaling Jaya...kalau nak tau kat mana Naza Auto Mall nie,ia bersebelahan dgn Federal Highway....mesti nampak logo Naza kat sebelah highway...;)

berikut adalah jadual utk hari Sabtu:


Program Schedule Saturday - November 15 2008
All day program activities:
- Photo booth with Aston Martin DB9 & Ducati 1098
- Walking Table Games- Henna Tattoo
- Sand Art- Clowns
- “Visit & Win” NAZA Blitz contest10.00am
– Event start, Colouring contest registration
11.30am – Colouring contest for kids
12.00pm – Premium giveaway by Naza GT Queens.
12.30pm – Magic Show on stage
1.00pm – Colouring contest results
1.30pm – GTR Beauty Bike Competition
2.00pm – Live Band on stage
2.30pm – Game Show on stage
3.00pm – Harley-Davidson Parade
3.30pm – CICAKMAN appearance
4.00pm – Performance by Adam (AF)
5.00pm – Live Band on stage
Jom ramai2 pie tgk ADAM kat Naza..heheehe

Thursday, November 13, 2008

ADAM @ Hot FM Tour bersma Majalah HAI

Dear AFCM,


Hari Ahad nie,ADAM akan berada Di Dataran Pahlawan Melaka sempena Hot FM Tour bersama Majalah HAI....jd,peminat ADAM di melaka,jgn lupa temui ADAM di sana k...


ATURCARA HAI – HOT FM ROAD SHOW 2008

Tarikh : 16 November 2008 (Ahad)

Masa : 3.00 hingga 5.00 petang

Lokasi : Dataran Pahlawan Melaka Megamall, Bandar Hilir, Melaka

3.00 petang - Sesi Beramah Mesra Bersama Deejay Hot FM

3.05 petang - Pelancaran Wajah Baru Hai

3.10 petang - Persembahan Artis 1 - Adam (2 lagu)

3.20 petang - Kuiz Hai- Hot FM

3.25 petang - Persembahan Artis 2 – Sarah (2 lagu)

3.35 petang - Kuiz Hai – Hot FM

3.40 petang - Persembahan Artis 3 – Nikki (2 lagu)

3.55 petang - Sesi Beramah Mesra Bersama Liyana Jasmay Dan Almy Nadia

4.05 petang - Persembahan Artis 4 – Aizat (2 lagu)

4.15 petang - Persembahan Artis 5 – Adam (2 lagu)

4.20 petang - Sesi Autograf Bersama Artis Jemputan

5.00 petang - Bersurai

Thursday, October 16, 2008

Tuesday, October 14, 2008

Konseer Mini ADAM-Harian Metro 14/10

Konsert mini Adam

Oleh Norhayati Nordin
yati@hmetro.com.my

Rap
TERNYATA penyertaannya dalam Akademi Fantasia musim kedua (AF2) lima tahun lalu percaturan tepat dibuat Mohd Aizam Mat Saman atau Adam. Malah, sejak program realiti TV popular di Astro itu berakhir, nama Adam semakin dikenali ramai.

Bahkan, selain bergelar penyanyi di bawah naungan KRU Music, anak kelahiran Inanam, Kota Kinabalu, Sabah ini turut aktif berlakon. Selain filem, Adam juga berlakon drama dan jika tiada aral dia akan sibuk di lokasi penggambaran pada November nanti.

Adam berkata, filem terakhir lakonannya adalah Diva, manakala drama pula, Pria. Itu pun, penggambaran Pria berakhir awal tahun dan dia sibuk dengan proses penghasilan album ketiga, Adam 3 yang dipasarkan Julai lalu.

"Bagaimanapun, saya sudah menerima skrip untuk drama terbaru ini. Apa yang pasti, ia bertemakan 'superhero' tetapi saya tidak dapat menjelaskannya secara lanjut. Ini kerana ia masih dalam perbincangan dan tidak elok rasanya jika diuar-uarkan dulu.

"Bukan sengaja hendak berahsia, namun saya risau kalau dihebahkan nanti tidak menjadi pula. Cuma, saya seronok untuk kembali ke lokasi penggambaran. Tidak kisah filem atau drama, yang penting skripnya bagus dan karakter yang sesuai," katanya.

Menyentuh sambutan album, pemuda berusia 25 tahun ini berkata, sambutan agak menggalakkan. Akuinya, dalam kemelut yang melanda pasaran album tempatan kini, sukar untuknya meletakkan harapan tinggi.

"Apa yang boleh dikatakan, kira-kira 1,000 unit edisi istimewa dikeluarkan khas untuk peminat habis dijual. Melihatkan penjualan itu, saya puas hati berikutan promosi album ketiga ini pun masih dijalankan dengan aktiviti dirancang.

"Antaranya, saya akan terbabit dengan perancangan persembahan konsert mini di seluruh negara. Bahkan, jika berjalan lancar, kemungkinan bermula di Labuan, Sabah pada Disember ini. Namun, permit sudah diperoleh dan hanya menunggu kelulusan pihak berkuasa seperti polis dan bomba," katanya.

Adam yang pernah popular dengan lagu Tak Tahu dan Joget Lambak berkata mengikut apa yang diketahuinya, persembahan konsert mini di Labuan itu boleh menampung kira-kira 3,000 pengunjung.

Katanya, dia sudah bersedia menghiburkan peminat.





Selain persiapan untuk konsert mini itu, Adam juga berbesar hati terbabit menjayakan program Zoom-In di Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada 19 Oktober ini.

Akui Adam, dia akan menyanyikan kira-kira 11 lagu popular di hadapan penonton.

Menyentuh soal kontrak bersama KRU Music, pemenang tempat ketiga AF2 itu berkata, buat masa ini dia bersyukur 'jodoh' dan rezeki masih panjang dengan KRU. Menurut pemuda Bajau ini lagi, KRU adalah tulang belakang pemangkin kejayaannya.

"Selama terbabit dalam bidang seni, tidak dinafikan kejayaan saya raih hari ini semuanya atas bantuan KRU. Mereka yang memajukan karier saya dan itulah namanya tuah. Saya amat berterima kasih dan begitu juga pada peminat yang sentiasa menyokong," katanya.

Sunday, October 12, 2008

ADAM shopping dgn Ank2 Yatim Teratak Shifa'

Bulan Puasa yg lepas,ADAM n AFCM membwa 21 org anak2 Yatim dari Teratak Shifa utk membeli barang keperluan raya mereka....Aktiviti membeli belah nie juga adalah aktiviti tahunan AFCM....Pihak Mydin Mall USJ berbesar Hati menaja vouncher membeli belah bernilai RM100.00...alhamdulilah,ini adalah kali ke 3 Kerjasama antara AFCM n Mydin Mall.....diharap kerjasama ini akan diteruskan...insyallah...kat bawah nie,adalah gambar2 sekitar membeli belah...kalau nak tgk lebih banyak pix shopping nie boleh layari http://adamfc.fotopages.com





Wednesday, September 17, 2008

++Salam Ramadhan dr ADAM++

Bukan zaman sorok kekasih -Petikan HIP Berita Harian

Oleh Serimah Mohd Sallehuddin
serimah@bharian.com.my


Adam

DALAM usia 25 tahun, Mohd Aizam Mat Saman atau Adam sudah menyimpan hasrat untuk berumahtangga. Namun memandangkan masih banyak lagi hasrat yang belum dipenuhi menyebabkan jejaka dari Sabah itu memilih untuk menamatkan zaman bujangnya dalam tempoh tiga tahun.

Apatah lagi si kekasih hati nan jelita masih muda, menjadi salah satu sebab kenapa dia harus menanti selama itu. Umum mengetahui, jejaka itu tidak lagi bermain tarik tali kisah cintanya. Empat tahun dalam dunia seni banyak mematangkan penyanyi yang dilahirkan daripada program realiti Akademi Fantasia 2.

Dia pernah merahsiakan percintaan selama dua tahun bersama pengacara dan pelakon berwajah Pan Asia, Juliana Evans. Tetapi setelah difikir kembali, tiada guna dia merahsiakan perkara yang baik. Peminat juga semakin terbuka dengan status artis menyebabkan dia berasa yakin untuk mendedahkan kisah cintanya kepada umum.

Peminat yang rapat dengan Adam juga merestui percintaannya dengan gadis bernama ‘A’ itu, malah mereka meminta agar hati wanita itu tidak disakiti.

Tiga tahun menanti untuk ke jenjang pelamin, satu jangka masa yang lama. Sengaja mahu menyelami perasaan jejaka itu tidakkah dia khuatir perhubungan yang mekar berkembang bakal dilanda ombak dan badai? Jejaka itu mengakui, sekali sekala tidak dinafikan perasaan itu timbul.

“Tentulah ada ketika saya bimbang dengan perhubungan jangka panjang. Cuma saya berharap semoga A tidak berubah hati,” katanya sambil mengerling gadis manis di sisinya.

Buat pertama kalinya Adam membawa kekasih hatinya itu ke sesi fotografi. Dia membawa A sekali kerana mereka baru selesai urusan di tempat lain, namun Adam meminta supaya gambar A tidak dirakamkan atas sebab tertentu.

“Zaman sekarang bukan lagi zaman untuk menyorokkan kekasih. Lagipun apabila main sorok-sorok kita sendiri yang merana, jadi lebih baik berterus terang saja. Peminat sekarang pun sudah boleh menerima apa saja status artis kegemaran mereka, malah ada juga peminat yang mendoakan semoga jodoh kami dipercepatkan.

“Ibu bapa saya juga sangat terbuka. Mereka tidak kisah siapa pun pilihan saya, asalkan saya gembira dan bahagia,” kata Adam.

Pendedahan Adam bahawa hatinya kini sudah dimiliki setidak-tidaknya menepis spekulasi yang pernah mengaitkannya dengan aktiviti homoseksual.

Kekasih hati yang berada di sisinya turut tertawa bersama apabila soalan itu sekali lagi diajukan kepada Adam. Mengenali Adam dalam tempoh yang lama, katanya dia hanya mampu tertawa saat membaca cerita mengenai Adam. Adam pula semakin lali dengan cerita tidak benar mengenai dirinya.

“Maaf saya bukan hendak mengangkat diri sendiri tetapi mana-mana artis yang berwajah comel dan macho sentiasa diduga dengan perkara seperti itu. Bagi saya perkara itu adalah lumrah apabila bergelar artis,” katanya.

Adam teruskan konsep dance music

DI antara peserta awal AF, nama Adam masih lagi relevan sehingga kini. Barangkali menyertai KRU Music Group membawa tuah kepada jejaka ini. Baru-baru ini, Adam meluncurkan album ketiganya yang berjudul Adam 3.

Album berkonsepkan pop tronik itu masih lagi mengekalkan genre dance music. Di tanya sampai bila dia akan terus memilih genre muzik sebegitu, kata Adam selagi masih muda, dia akan terus memilih konsep begitu. Sementelah tidak ramai artis yang memilih konsep sebegitu menyebabkan dia yakin dan selesa dengan genre itu.

Adam 3 memuatkan sebanyak 10 buah lagu baru. Bagaimanapun kali ini Adam mencuba nasib mencipta tiga buah lagu iaitu Terima Kasih, Putus dan Tinggal Kenangan. Sementara itu lagu lain yang turut termuat di dalam albumnya ialah Robot, Tukang Gempak, Benar-Benar, Anganku Melayang dan banyak lagi.

Selepas lebih empat tahun, barulah Adam berpeluang membuat mini showcase. Dalam persembahan mini yang diadakan di Kelab C18 itu, Adam mendendangkan sebanyak lima buah lagu daripada album terbarunya.

Hampir 100 peminat memenuhi ruang kelab C18 itu untuk melihatkan persembahan bertenaga dari Adam. Ia secara tidak langsung mengembalikan kenangan terhadap zaman kegemilangan KRU dulu, cuma bezanya angka peminat dulu lebih ramai daripada peminat yang menghadiri persembahan Adam.

“Selepas lebih empat tahun, inilah kali pertama saya diberi peluang untuk mengadakan persembahan seperti ini. Saya terharu dengan sokongan dan kehadiran peminat untuk menyaksikan persembahan saya ini,” katanya.

Monday, September 15, 2008

B.A.D Boyz..Artis baru AICO Entertainment


B.A.D Boyz yg terdiri daripada Ryan,Lon,D'ell n Yan d.....kesemuanya berasal dari SABAH..merupakan artis pertama Naungan AICO Entertainment....AICO Entertainment adalah Sykt sepenuhnya milik ADAM .....Sebagai langkah memperkenalkan mereka,ADAM akan membawa mereka bersama dlm setiap persembahannya....Mereka juga terlibat sebagai penari latar dlm Videoklip ROBOT...Buat masa nie,B.A.D Boyz sudah merakamkan 2 lagu & 1 lagu kini dlm proses utk masuk studio.....3 lagu tersebut adalah hasil ciptaan ADAM sendiri ...Antara lagu yg siap dirakam iaitu Sayang Ku Janji n Pacar Pisau Cukur.....Selain menari,mereka masing2 mempunyai kekuatan Vokal sendiri....mungkin,untuk menari sambil menyanyi mereka perlu menggandakan lagi usaha n stamina agar kelak tiada ckp2 belakang ttg bakat mereka...
Mereka juga sering mengadakan persembahan solo di Booth Power Root ataupun konsert jelajah yg juga melibatkan ADAM...Pernah mengadakan Persembahan Solo Di Genting Highlands pada mlm Merdeka 08...Persembahan mereka mlm itu turut disertai artis2 dari Kru Music Group(KMG)..Mereka juga akan menjadi artis undangan utk Rancangan Zoom In Bersama ADAM bulan depan....Insyallah,single Pertama mereka akan disiarkan selepas hari Raya tahun ini ataupun selewat lewatnya akhir tahun ini....kelak mereka tidak mahu dibayangi dgn imej ADAM n mereka lebih senang peminat mengenali mereka dgn Imej mereka sendiri... Di Sabah,mereka aktif sebagai Penari & ada juga yg mengundang mereka utk persembahan...3 daripada mereka merupakan Finalis Gang Starz TV3(Kump Evoke) Musim 1 yg turut disertai Stacy(Juara AF6)....Pada masa tu mungkin,rezeki tidak berpihak pada mereka..pada yg tak mengenali lagi B.A.D Boyz nie,jom kenal dgn mereka....

Camellus De'Lelli Anam a.k.a Chaq...berumur 20 tahun....Chaq merupakan abg kepada Stacy AF6...sama tak muka diorang??..hehhehe...

Eryande Sahat a.k.a Yan d...berumur 24 tahun....dahulunya Yand bersama Kakaknya sama2 dlm kumpulan Evoke...
Dari Kiri -Rayndra Putra Bin Jubidi a.k.a Ryan & Mailin Antikoh a.k.a Leo...kedua2nya berumur 20 tahun..di Sabah,Ryan n leo aktif sebagai penari latar....Leo juga sebelum nie merupakan salah sorang ahli kump Evoke...


Buat masa ini,segala info mengenai aktiviti seni n perkembangan meraka akan diupdate di sini k...

Wednesday, September 03, 2008

Majlis Berbuka Puasa & Ulangtahun AFCM bersama ADAM

Salam Ramadhan utk semua....mcm tahun2 sudah gax, ble Sept nie, musti ade yg nk di'celebrate' kan? So, mcm bese, gath 3 in 1 lagik! - Majlis Berbuka Puasa with Adam, AFCM & Anak- anak Yatim, Bezday celebration Adam yg ke-25 & Ulangtahun AFCM yg ke-4... Alhamdulillah, dah 4 tahun dah AFCM ek! Nak join x? Jooooommmm!

For more info, check this out guyz!
Tarikh: 20th September 2008
Tempat: Restoran Rebung, Bangsar
Masa: 6.30pm - 11pm
Tema Pakaian: Hari Raya (Baju Kurung/Kebaya/ Kedah/Kebarung/ Baju Melayu)
*** Sila berpakaian sopan bagi menghormati majlis yeee!


Bayaran:
VIP (Satu meja with Adam) - RM150
AFCM Members - RM70
Non Members - RM80
Kanak- kanak (5 tahun hingga 12 tahun shj!) - RM40


Cara Pembayaran:
- Bank In pembayaran kat Maybank (No acc: 1642 7651 8410 - Aniza Norweina Bt. Ahmad Rosli)
- Setelah pembayaran dibuat, plz SMS NAMA PENUH, RM & TARIKH BANK IN kpd Kak Weina (014-2632919)
- Sila simpan slip pembayaran korg & bawa semasa pendaftaran


Alert Plz!
- Xde booking2 yeee... Sape cepat, die dapat k! Pengesahan tmpt hanya akan dibuat selepas pembayaran diterima oleh pihak AFCM
- Pembayaran yg sudah dibuat tidak akan dipulangkan if korg tbe2 xjadi pegi... Plz cari pengganti k utk replace tmpt korg tue... Klu xde gax, kire burn tau!


Info Penting!!!
- AFCM ade open gax volunteer from fanz Adam yg nak wat performance mlm tue... Haaa, sape2 yg berminat nak tunjuk bakat, plz sms name korg kat Feeda (0176400210) ... Korg kne nyanyi lagu rayer je tau! Plz prepare korg nye minus one/ cd sendiri k
Oke korang... If nak tanye pape psl gath nie, sms/ call AJK AFCM- Eina (0123096656) , Fda @ K.Wna (No fon dorg mcm kt atas)... Klu kitorg terlmbt reply sms/ jwb call, paham2 laaa yeee... Esp opis hour! More update nnt, kitorg inform later k! Cepat2... Tempat terhad tau! Jgn ketinggaaaallllllll aaaaaaaaaannnnnn nn!!!

Saturday, August 09, 2008

Aktiviti ADAM

Dear AFCM,

ADAM akan berada di 2 lokasi utk konsert Jelajah ERA :-


Tarikh : 8th Ogos 08

Lokasi: Giant Hypermarket,Kuala Terengganu

Masa: 4ptg - 10.30mlm


Tarikh : 10th Ogos 08

Lokasi : Stadium Darulmakmur,Kuantan

Masa : 4ptg - 10.30mlm


**Utk pengetahuan semua,Karnival Jom Heboh di Penang ditunda sehingga lepas raya..:-?insyallah,lepas raya ,baru karnival JH ni bersambung semula...jd,16th-17th nie ADAM mmg tak der kat Penang utk JH k...;)


**23rd Ogos nie ADAM akan terlibat dgn KONSERT GEGAR U di UITM,Shah Alam..:x..ha,so org2 uitm jgn luper ek turun Konsert nie....afcm n fanz ADAM yg lain pun leh turun ramai2 bagi support kat ADAM k..Masa nanti akan diconfirmkan balik ..:D

**Adam dapat offer dari Krew Ria Sentral pada 21st Ogos nie utk shooting for Hari raya.. 3 hari atas kapal.." width="18" height="18">.tapi tak sure lagi adam nak terima ke tak coz dia terlibat utk Konsert Gegar U :-?..apa apa pun,nanti kami confirmkan balik k..


**14th Ogos nie,ADAM akan terlibat utk pencalonan baru Muzik2.:*.tak silap STACY pun ada gaks kat Muzik2 nie nanti..:O.haaaa,aper lagi???...serbu laaaaa.:p..ahaks..

**Pertengahan Bulan nie ADAM n B.a.d Boyz akan balik Sabah.:((.diorang ader show kat sana..nanti kami update lokasi nyer k...so,fanz adam kat sabah,jgn lupa plak jumpa adam kat sana...;)

Regards,
AJK AFCM

Saturday, August 02, 2008

Video Adam di JELAJAH ERA@PD




credit vc to www.era.fm



Untuk lihat Video ADAM yg lain lain,sila klik http://www.youtube.com/user/adamfcm

ROBOT


Dear AFCM,

HITS1

Untuk pengetahuan u all,lagu ROBOT dah tercalon utk HITS1....jd untuk lihat lagu ini layak ke final Hits1,boleh la htr undian sms sekarang!!!...ROBOT harus menjadi JUARA selama 4 minggu,baru layak ke final k....sila type hits1 robot dan htr undian ke 32776


Pilihanmu di ERA


Untuk mengundi lagu ROBOT di CARTA ERA,sila type ERAPDE ROBOT , Lagu Kedua dan hantarkan ke 32555...Lagu kedua tue tak kira la lagu apa2 pun..Juga boleh menelefon penyampai era di talian 03 - 9543 3355..ataupun boleh mengundi di laman WEB ERA di http://www.era.fm/program/pilihanmu/default.asp?


MTV ROBOT




Regards,
AJK AFCM

Friday, July 25, 2008

Aktiviti Seni ADAM

Dear AFCM,
Ok.....kat sini fda Update Aktiviti seni ADAM dlm minggu ni n minggu depan ek.;)..alert tauuuu!!!!

Show nie,Under KMG k...

Tarikh : 26th July 2008(sabtu)

Masa : 4.00 ptg


Lokasi : Changlun Mall..kat area Aloq Staq...tak silap kat sana dah dinaikkan banner ttg shw nie..Dafi pun ada gaks...


Karnival Bank Rakyat Bersama Sinar FM

Tarikh : 27th July 2008(Ahad)


Masa : 3.40 ptg - 6.15 ptg..Show artis akan diselangselikan dgn games..jd,tak sure ADAM nyanyi kul berapa..:-?


Lokasi : Batu Pahat Mall,Johor Bahru

** info klik kat sini ---->Sinar FM


Konsert Kotex n Friends

Tarikh : 2nd August 08(sabtu)


Masa : 1ptg - 4.00 ptg

Lokasi : Tesco Penang(berdekatan Pintu Utama)


**Selain ADAM ,ada Daniel Lee,Ahli Fiqir,Sari Yanti n Eliza.:x..owh ya,Kotex ada berikan 2 PAS PERCUMA BELAKANG PENTAS :putk konsert kotex nie...haaaaaaaaaa,mesti ramai nak pas nie..ehehhe..ok,kalau u all nak pas nie kena jawab soalan yg ada kat web
KOTEX <----klik sini utk soalan k ...fanz kat KL kalau nak dapat pas nie pun boleh!!..sila...silaaa...hehehhe

Jom Heboh@Kuantan


Tarikh : 3rd August 08

Masa : 3pm-6pm

Lokasi :Booth Power Root@Padang MPK 2,Kuantan..

**Adam akan berada di Booth Power Root pada hari AHAD sahaja k....:D

**Semua info kat atas nie dah disahkan Oleh ADAM,Ejul n Pihak KMG k..;)..Insyallah,kalau ada perubahan,AJK AFCM akan inform kat sini k...


Regards,
AJK AFCM
 
Original Template By : uniQue  |    Modified and Maintained By : Intydez