Thursday, June 19, 2008

ADAM-III.

Dear AFCM,

PraDengar Album ADAM III telah diadakan di KRU Music, Setiawangsa pada 18 Jun 2008 bermula jam 8.30 malam. peace Seramai 20 orang ahli AFCM telah menghadirkan diri ke majlis PraDengar ini.

Sebanyak 10 track list dalam Album ADAM III telah diperdengarkan dan setiap ahli perlu memberikan markah 1 - 10 ke atas setiap lagu. Selain itu terselit juga perbincangan lagu manakah yang paling sesuai untuk dijadikan single kedua dan single ketiga.

BUTIR-BUTIR ALBUM ADAM III - - - - - - - - - -

Adam III
10 track list

Penerbit : Edry Abdul Halim
Penerbit Eksekutif : Norman Abdul Halim & Archie Nasution

01 - Tukang Gempak - ciptaan Edry Abdul Halim
02 - Robot - ciptaan Edry Abdul Halim
03 - Berbuah 2 Kali - ciptaan Edry Abdul Halim
04 - Jika Tak Kerna Kamu - ciptaan Edry Abdul Halim
05 - Benar Benar - ciptaan Edry Abdul Halim
06 - Dia Ada Stail - ciptaan Edry Abdul Halim
07 - Putus - ciptaan Adam & Alvy
08 - Tinggal Kenangan - ciptaan Adam & Alvy
09 - Anganku Melayang - ciptaan Puja
10 - Terima Kasih - ciptaan Adam sepenuhnya

Album ini akan dikeluarkan dalam bentuk CD SAHAJA dan berharga RM29.90. Ianya masih belum berada di pasaran sehingga diumumkan kelak dalam bulan Jun ini. peace Selain itu, Press Conference dan Showcase Adam akan diadakan di dalam bulai Julai. Tarikh dan lokasi akan diberitahu kemudian.

Terima kasih kepada semua yang dapat menghadirkan diri ke Pra Dengar ini. Bagi pihak AFCM, kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak KRU Music kerana menjemput wakil AFCM seramai 20 orang untuk menjadi antara orang pertama yang mendengar Album ADAM III...!! sengihnampakgigi

Kepada yang ingin menjadikan lagu baru Adam sebagai Caller Ringtone, bolehlah ke Web Hotlink untuk memuat turun!! Gambar sekitar Pra Dengar Album Adam III di Fotopages http://adamfc.fotopages.com

Antara wakil AFCM yang hadir ke Pra Dengar Album Adam III.

Regards,
AJK AFCM

No comments:

 
Original Template By : uniQue  |    Modified and Maintained By : Intydez