Wednesday, September 17, 2008

++Salam Ramadhan dr ADAM++

Bukan zaman sorok kekasih -Petikan HIP Berita Harian

Oleh Serimah Mohd Sallehuddin
serimah@bharian.com.my


Adam

DALAM usia 25 tahun, Mohd Aizam Mat Saman atau Adam sudah menyimpan hasrat untuk berumahtangga. Namun memandangkan masih banyak lagi hasrat yang belum dipenuhi menyebabkan jejaka dari Sabah itu memilih untuk menamatkan zaman bujangnya dalam tempoh tiga tahun.

Apatah lagi si kekasih hati nan jelita masih muda, menjadi salah satu sebab kenapa dia harus menanti selama itu. Umum mengetahui, jejaka itu tidak lagi bermain tarik tali kisah cintanya. Empat tahun dalam dunia seni banyak mematangkan penyanyi yang dilahirkan daripada program realiti Akademi Fantasia 2.

Dia pernah merahsiakan percintaan selama dua tahun bersama pengacara dan pelakon berwajah Pan Asia, Juliana Evans. Tetapi setelah difikir kembali, tiada guna dia merahsiakan perkara yang baik. Peminat juga semakin terbuka dengan status artis menyebabkan dia berasa yakin untuk mendedahkan kisah cintanya kepada umum.

Peminat yang rapat dengan Adam juga merestui percintaannya dengan gadis bernama ‘A’ itu, malah mereka meminta agar hati wanita itu tidak disakiti.

Tiga tahun menanti untuk ke jenjang pelamin, satu jangka masa yang lama. Sengaja mahu menyelami perasaan jejaka itu tidakkah dia khuatir perhubungan yang mekar berkembang bakal dilanda ombak dan badai? Jejaka itu mengakui, sekali sekala tidak dinafikan perasaan itu timbul.

“Tentulah ada ketika saya bimbang dengan perhubungan jangka panjang. Cuma saya berharap semoga A tidak berubah hati,” katanya sambil mengerling gadis manis di sisinya.

Buat pertama kalinya Adam membawa kekasih hatinya itu ke sesi fotografi. Dia membawa A sekali kerana mereka baru selesai urusan di tempat lain, namun Adam meminta supaya gambar A tidak dirakamkan atas sebab tertentu.

“Zaman sekarang bukan lagi zaman untuk menyorokkan kekasih. Lagipun apabila main sorok-sorok kita sendiri yang merana, jadi lebih baik berterus terang saja. Peminat sekarang pun sudah boleh menerima apa saja status artis kegemaran mereka, malah ada juga peminat yang mendoakan semoga jodoh kami dipercepatkan.

“Ibu bapa saya juga sangat terbuka. Mereka tidak kisah siapa pun pilihan saya, asalkan saya gembira dan bahagia,” kata Adam.

Pendedahan Adam bahawa hatinya kini sudah dimiliki setidak-tidaknya menepis spekulasi yang pernah mengaitkannya dengan aktiviti homoseksual.

Kekasih hati yang berada di sisinya turut tertawa bersama apabila soalan itu sekali lagi diajukan kepada Adam. Mengenali Adam dalam tempoh yang lama, katanya dia hanya mampu tertawa saat membaca cerita mengenai Adam. Adam pula semakin lali dengan cerita tidak benar mengenai dirinya.

“Maaf saya bukan hendak mengangkat diri sendiri tetapi mana-mana artis yang berwajah comel dan macho sentiasa diduga dengan perkara seperti itu. Bagi saya perkara itu adalah lumrah apabila bergelar artis,” katanya.

Adam teruskan konsep dance music

DI antara peserta awal AF, nama Adam masih lagi relevan sehingga kini. Barangkali menyertai KRU Music Group membawa tuah kepada jejaka ini. Baru-baru ini, Adam meluncurkan album ketiganya yang berjudul Adam 3.

Album berkonsepkan pop tronik itu masih lagi mengekalkan genre dance music. Di tanya sampai bila dia akan terus memilih genre muzik sebegitu, kata Adam selagi masih muda, dia akan terus memilih konsep begitu. Sementelah tidak ramai artis yang memilih konsep sebegitu menyebabkan dia yakin dan selesa dengan genre itu.

Adam 3 memuatkan sebanyak 10 buah lagu baru. Bagaimanapun kali ini Adam mencuba nasib mencipta tiga buah lagu iaitu Terima Kasih, Putus dan Tinggal Kenangan. Sementara itu lagu lain yang turut termuat di dalam albumnya ialah Robot, Tukang Gempak, Benar-Benar, Anganku Melayang dan banyak lagi.

Selepas lebih empat tahun, barulah Adam berpeluang membuat mini showcase. Dalam persembahan mini yang diadakan di Kelab C18 itu, Adam mendendangkan sebanyak lima buah lagu daripada album terbarunya.

Hampir 100 peminat memenuhi ruang kelab C18 itu untuk melihatkan persembahan bertenaga dari Adam. Ia secara tidak langsung mengembalikan kenangan terhadap zaman kegemilangan KRU dulu, cuma bezanya angka peminat dulu lebih ramai daripada peminat yang menghadiri persembahan Adam.

“Selepas lebih empat tahun, inilah kali pertama saya diberi peluang untuk mengadakan persembahan seperti ini. Saya terharu dengan sokongan dan kehadiran peminat untuk menyaksikan persembahan saya ini,” katanya.

Monday, September 15, 2008

B.A.D Boyz..Artis baru AICO Entertainment


B.A.D Boyz yg terdiri daripada Ryan,Lon,D'ell n Yan d.....kesemuanya berasal dari SABAH..merupakan artis pertama Naungan AICO Entertainment....AICO Entertainment adalah Sykt sepenuhnya milik ADAM .....Sebagai langkah memperkenalkan mereka,ADAM akan membawa mereka bersama dlm setiap persembahannya....Mereka juga terlibat sebagai penari latar dlm Videoklip ROBOT...Buat masa nie,B.A.D Boyz sudah merakamkan 2 lagu & 1 lagu kini dlm proses utk masuk studio.....3 lagu tersebut adalah hasil ciptaan ADAM sendiri ...Antara lagu yg siap dirakam iaitu Sayang Ku Janji n Pacar Pisau Cukur.....Selain menari,mereka masing2 mempunyai kekuatan Vokal sendiri....mungkin,untuk menari sambil menyanyi mereka perlu menggandakan lagi usaha n stamina agar kelak tiada ckp2 belakang ttg bakat mereka...
Mereka juga sering mengadakan persembahan solo di Booth Power Root ataupun konsert jelajah yg juga melibatkan ADAM...Pernah mengadakan Persembahan Solo Di Genting Highlands pada mlm Merdeka 08...Persembahan mereka mlm itu turut disertai artis2 dari Kru Music Group(KMG)..Mereka juga akan menjadi artis undangan utk Rancangan Zoom In Bersama ADAM bulan depan....Insyallah,single Pertama mereka akan disiarkan selepas hari Raya tahun ini ataupun selewat lewatnya akhir tahun ini....kelak mereka tidak mahu dibayangi dgn imej ADAM n mereka lebih senang peminat mengenali mereka dgn Imej mereka sendiri... Di Sabah,mereka aktif sebagai Penari & ada juga yg mengundang mereka utk persembahan...3 daripada mereka merupakan Finalis Gang Starz TV3(Kump Evoke) Musim 1 yg turut disertai Stacy(Juara AF6)....Pada masa tu mungkin,rezeki tidak berpihak pada mereka..pada yg tak mengenali lagi B.A.D Boyz nie,jom kenal dgn mereka....

Camellus De'Lelli Anam a.k.a Chaq...berumur 20 tahun....Chaq merupakan abg kepada Stacy AF6...sama tak muka diorang??..hehhehe...

Eryande Sahat a.k.a Yan d...berumur 24 tahun....dahulunya Yand bersama Kakaknya sama2 dlm kumpulan Evoke...
Dari Kiri -Rayndra Putra Bin Jubidi a.k.a Ryan & Mailin Antikoh a.k.a Leo...kedua2nya berumur 20 tahun..di Sabah,Ryan n leo aktif sebagai penari latar....Leo juga sebelum nie merupakan salah sorang ahli kump Evoke...


Buat masa ini,segala info mengenai aktiviti seni n perkembangan meraka akan diupdate di sini k...

Wednesday, September 03, 2008

Majlis Berbuka Puasa & Ulangtahun AFCM bersama ADAM

Salam Ramadhan utk semua....mcm tahun2 sudah gax, ble Sept nie, musti ade yg nk di'celebrate' kan? So, mcm bese, gath 3 in 1 lagik! - Majlis Berbuka Puasa with Adam, AFCM & Anak- anak Yatim, Bezday celebration Adam yg ke-25 & Ulangtahun AFCM yg ke-4... Alhamdulillah, dah 4 tahun dah AFCM ek! Nak join x? Jooooommmm!

For more info, check this out guyz!
Tarikh: 20th September 2008
Tempat: Restoran Rebung, Bangsar
Masa: 6.30pm - 11pm
Tema Pakaian: Hari Raya (Baju Kurung/Kebaya/ Kedah/Kebarung/ Baju Melayu)
*** Sila berpakaian sopan bagi menghormati majlis yeee!


Bayaran:
VIP (Satu meja with Adam) - RM150
AFCM Members - RM70
Non Members - RM80
Kanak- kanak (5 tahun hingga 12 tahun shj!) - RM40


Cara Pembayaran:
- Bank In pembayaran kat Maybank (No acc: 1642 7651 8410 - Aniza Norweina Bt. Ahmad Rosli)
- Setelah pembayaran dibuat, plz SMS NAMA PENUH, RM & TARIKH BANK IN kpd Kak Weina (014-2632919)
- Sila simpan slip pembayaran korg & bawa semasa pendaftaran


Alert Plz!
- Xde booking2 yeee... Sape cepat, die dapat k! Pengesahan tmpt hanya akan dibuat selepas pembayaran diterima oleh pihak AFCM
- Pembayaran yg sudah dibuat tidak akan dipulangkan if korg tbe2 xjadi pegi... Plz cari pengganti k utk replace tmpt korg tue... Klu xde gax, kire burn tau!


Info Penting!!!
- AFCM ade open gax volunteer from fanz Adam yg nak wat performance mlm tue... Haaa, sape2 yg berminat nak tunjuk bakat, plz sms name korg kat Feeda (0176400210) ... Korg kne nyanyi lagu rayer je tau! Plz prepare korg nye minus one/ cd sendiri k
Oke korang... If nak tanye pape psl gath nie, sms/ call AJK AFCM- Eina (0123096656) , Fda @ K.Wna (No fon dorg mcm kt atas)... Klu kitorg terlmbt reply sms/ jwb call, paham2 laaa yeee... Esp opis hour! More update nnt, kitorg inform later k! Cepat2... Tempat terhad tau! Jgn ketinggaaaallllllll aaaaaaaaaannnnnn nn!!!

 
Original Template By : uniQue  |    Modified and Maintained By : Intydez