Monday, March 30, 2009

Tanya Soalan Bersama ADAM - Pancaindera 290309

Saya minat adam sejak zaman Akademi Fantasia 2 (AF2) lagi. Harap-harap adam sudi jawab soalan saya.

1. Apa pendapat Adam bila Aril AF7 memberitahu bahawa

kehadiran Adam langsung tidak memberi apa-apa kesan kepadanya?

2. Macam mana agak-agaknya peminat Adam nak hubungi Adam dengan lebih mudah?

3. Adakah Adam masih memberi layanan yang baik kepada kelab peminat FADAM?

All the best for your life dan segala yang Adam lalui dalam industri seni. Wassalam. Luv u,

n Mimi

Petaling Jaya, Selangor.

ADAM

1. Adam tak boleh nak cakap apa-apa kalau Aril berkata begitu. Kehadiran Adam ke Akademi Fantasia pun setakat nak berkongsi ilmu dan untuk memberi nasihat. Sama ada dia terima atau tak terpulang kepada dia untuk menerimanya.

2. Kepada semua peminat Adam, anda boleh melayari http://groups.yahoo.com/ group/adam_af untuk maklumat lanjut. Nanti Mimi boleh melihat dengan lebih dekat apa aktiviti terbaru dan boleh juga berinteraksi dengan Adam.

3. Isu ini bukan isu yang baru. Sebenarnya susah untuk Adam cakap. Banyak hati yang perlu Adam jaga setakat ini. Adam masih lagi melayan kelab peminat FADAM dengan baik. Cuma mungkin tak dapat nak menyertai semua acara yang ada kerana kekangan masa. Bagi peminat yang mahu mengikuti perkembangan semasa Adam boleh menyertai Adam Fan Club Malaysia.

Sibuk dengan Kau

Saya ada beberapa soalan yang nak ditujukan kepada Adam.

1. Apakah perkembangan Adam sekarang ini?

2. Apakah lagu dan drama yang menjadi kegemaran Adam?

3. Betulkah Adam meminati dan meniru gaya penyanyi Korea, Rain?

n Korean Girlz, Kangar, Perlis.

ADAM

1. Buat masa ini Adam sibuk dengan pembikinan single terbaru Kau yang akan menemui peminat tidak lama lagi. Selain itu Adam baru sahaja selesai menjalani penggambaran filem Dimensi Cinta yang akan menemui penonton tidak lama lagi.

2. Susah untuk Adam memberikan tahu lagu mana yang Adam suka. Tapi Adam memang menggemari lagu berentak pop dan hip hop. Ia memang dekat dengan jiwa Adam. Adam juga suka drama aksi. Tak banyak cerita kita yang memaparkan aksi. Insyaallah Adam akan mula mengarahkan drama Wira Malam yang banyak mengandungi aksi lasak.

3. Sebenarnya Adam tak meniru sesiapa. Tapi orang selalu cakap begitu kerana konsep yang kami bawa sama. Lagi satu mungkin dia lebih glamor daripada Adam dan sebab itu orang nampak Adam meniru dia.

Seronok bila orang nyanyi

Saya Husna amat meminati Adam dan ingin terus menyokong adam sebagai anak seni dalam industri ini.

1. Apakah pekerjaan Adam sebelum terpilih menjadi salah seorang pelajar AF2?

2. Sebagaimana yang kita tahu ramai junior Adam di AF7 diberi tugasan membawa lagu adam sendiri. Apakah perasaan Adam?

3. Penampilan Adam yang sentiasa nampak kemas menyebabkan beribu peminat adam menjadikan Adam sebagai idola mereka. Jadi adakah Adam mahu mengekalkan penampilan yang sedia ada?

4. Bila lagi nak tamatkan zaman bujang?

n Nurul Husna Mohamad,

Simpang, Perak.

ADAM

1. Sebelum memasuki AF2, Adam merupakan seorang pelajar di Institut Bandaraya Utama, Sabah.

2. Mestilah Adam bangga apabila ada orang menyanyikan lagu yang telah Adam popularkan. Masa dekat AF2 dulu Adam yang nyanyikan lagu orang lain saja. He... He...

3. Penampilan merupakan satu perkara yang subjektif. Adam memang menitik beratkan soal penampilan setiap kali beraksi. Antara sedar dan tidak setiap kali Adam muncul dengan album atau single terbaru, imej yang Adam bawa juga akan berubah mengikut kesesuaian lagu. Untuk single akan datang pun Adam sedang memikirkan imej terbaru.

4. Mungkin umur Adam dah 28 tahun nanti barulah Adam akan menamatkan zaman bujang. Harap-harap sebelum umur 30 tahun la.

Tunggu dan lihat

Hai Adam. Saya minat sangat dengan Adam. Saya ingin bertanyakan soalan

1. Apa hobi Adam ?

2. Kalau tak jadi penyanyi dan pelakon, Adam sebenarnya nak jadi apa?

3. Watak macam mana yang Adam minat?

4. Dengar khabar Adam dah ada buah hati, bila nak tunjukkan si dia pada umum?

Saya suka dengan kesemua album dan lagu Adam, terutamanya lagu Tak Tahu, Esokkan Ada dan Benar-Benar. Saya tak sabar nak tengok Adam dalam filem Dimensi Cinta, semoga Adam berjaya dalam bidang ini. Saya akan menyokong Adam selamanya.

n Zurin @ Zuraini, Ipoh, Perak.

ADAM

1. Selalunya Adam akan habiskan masa dekat studio sahaja. Kalau ada masa terluang Adam akan menonton wayang dan ke jim. Buat masa ini Adam lebih suka menghabiskan masa bermain bot kawalan jauh sahaja.

2. Nak jadi polis.

3. Adam suka watak yang mencabar seperti watak seorang super hero yang sentiasa berjuang untuk menyelamatkan orang ramai. Selain itu Adam memang nak sangat berlakon macam cerita Jet Li atau Jackie Chan.

4. Adam lebih suka mengambil sikap tunggu dah lihat dahulu. Bila tiba masa yang sesuai nanti Adam akan umumkan. Biarlah kami merapatkan apa yang longgar dahulu.

Suka wanita penyayang

Assalamualaikum. Adik nak ucapkan terima kasih sangat sekiranya surat ini menjadi pilihan abang adam. Adik amat meminati Adam dan begitu teruja sekiranya dapat mendengar suara abang.

1. Abang Adam dah ada seseorang ke di hati? Apa ciri-ciri wanita idaman abang?

2. Abang Adam ada e-mel tak? Bagaimana cara untuk berhubung dengan abang?

3. Warna kegemaran abang Adam apa ek?

Adik harap abang adam sentiasa berjaya dalam bidang yang abang ceburi.

n Anmi Nurul

ADAM

1. Adam suka wanita yang penyayang, yang memahami, baik hati, dengar cakap, menghormati orang tua dan semua sikap positif yang patut ada dalam diri seorang wanita.

2. Layari http://adamfcm.blogspot.com untuk berinteraksi dengan lebih lanjut.

3. Hitam, putih dan merah

Berduet dengan Stacy

Saya adalah salah seorang dari peminat anda. Di sini saya ada beberapa soalan untuk Adam.

1. Siapakah tokoh negara yang Adam kagumi dan kenapa?

2. Kenangan yang paling indah dan paling pahit yang tidak dapat dilupakan sejak bergelar artis.

3. Adam dah duet dengan KRU dan Farah. Tak nak duet dengan Stacy ke?

Saya doakan Adam terus berjaya dalam segala bidang yang diceburi. Amin.

n Marina, Petaling Jaya.

ADAM

1. Adam mengagumi ketokohan Tun Dr. Mahathir Mohammad. Bagi Adam, Tun merupakan insan yang bertanggungjawab membuat perubahan kepada negara kita dan menjadi idola kepada setiap insan.

2. Kenangan yang paling manis sudah tentu apabila Adam dapat berjumpa dengan peminat dan melayan mereka dengan baik. Paling Adam kurang senang apabila banyak gosip dan fitnah yang menimpa Adam selama ini.

3. Memang ada perancangan kearah itu dan sedang menyiapkan lagu yang sesuai dengan konsep yang akan kami bawakan nanti. Harap sabar menanti.

No comments:

 
Original Template By : uniQue  |    Modified and Maintained By : Intydez