Friday, May 29, 2009

Temui ADAM Hujung Minggu Ini

Temui ADAM pada cuti hujung minggu ini di lokasi Berikut :-

Tarikh : 30 Mei 2009
Lokasi : Tempat letak Kereta Majlis Daerah Pekan Pahang





Tarikh : 31 Mei 2009
Lokasi : Bintang RTM 2009@Auditorium Perdana Angkasapuri TV2
Masa Jam 8.00 mlm

**ADAM akan menjadi artis undangan utk Pertandingan Bintang RTM 2009..Kepada AFCM yg berminat utk ke Bintang RTM 2009 minggu ini,boleh dapatkan tiket pada Feeda 017-6400210(sms shj k)..Tiket2 boleh diambil pada hari yg sama..seee uuu!!!

Sunday, May 24, 2009

Tidak sia-siakan peluang-Bi Pop

Tidak sia-siakan peluang
Oleh Zubir Mohd Yunus



Adam, Raja Farah rebut setiap kesempatan yang terbuka di depan mata selagi usia masih muda

MINGGU lalu industri hiburan menyambut kehadiran seorang lagi juara Akademi Fantasia bagi musim ketujuhnya (AF7), Mohd Hafiz Mohd Suip, 19, sekali gus semakin bertambah bilangan bintang kelahiran program realiti TV.

Persaingan juga semakin sengit apabila peminat dunia seni mempunyai lebih ramai pilihan siapakah bintang yang benar-benar layak digelar penyanyi dan penghibur.

Seperti kelazimannya, setiap kali muncul bintang baru AF, bintang lama semakin dilupakan atau nama mereka terus melalui zaman suram kecuali hanya beberapa nama saja yang masih bertahan hingga hari ini. Itupun bersama kegigihan dan usaha keras berterusan memahat nama di hati peminat supaya tidak terpinggir dan dilupakan begitu saja.



Selain Asmawi Ani atau Mawi yang masih 'bertaring' hingga hari ini sekalipun tidak setajam dua atau tiga tahun lalu, Mohd Aizam Mat Saman atau Adam, 25, dari AF2 pula terus berusaha mempertahankan namanya agar tidak tenggelam dibawa arus populariti bintang baru yang tumbuh bak cendawan selepas hujan. Supaya peminat tidak bosan dengan dirinya, Adam mencari pembaharuan dan menyuntik pen-jenamaan baru pada karier seninya.

Begitupun, Adam masih bernasib baik apabila produk nyanyiannya mendapat sentuhan daripada KRU Studios. Kini dia harus semakin laju memacu kerjaya seninya, selain membuktikan kepada peminat, walaupun Maestro Talent & Management (Maestro) yang sudah tinggal nama dan sejarah manis, namun bagi Adam, dia tidak semestinya turut terkubur dan memberi laluan mudah kepada bintang sedia ada membenam bakatnya!

Adam yang sinonim dengan bakat nyanyian, tarian lincah dan berjinak sebagai pelakon, kini dia melangkah setapak lagi apabila bergelar pengarah drama.

"Akhirnya saya buat keputusan untuk bergerak sendiri supaya cita-cita tercapai. Menyanyi dan berlakon saya sudah buat, akhirnya saya beranikan diri untuk mengarah drama pula. Dalam hidup ini kita harus berani mencuba, barulah kita tahu sejauh mana kemampuan diri. Bersama tunjuk ajar daripada mereka yang lebih senior, Wira Malam: Bisikan Naga akan menemui penonton di Astro Ria, berkemungkinan Jun ini," kata Adam.

Telefilem bergenre aksi dan menampilkan super hero itu adalah terbitan Curio Communications. Selain Adam sebagai tunjang utama, pelakon lain ialah Mimie (finalis MyStarz LG2), Faizal Hussain dan Aaron Aziz. Menerusi telefilem ini juga, Adam memaparkan kebolehannya bermain senjata yang dinamakan 'chako'.

Kini, telefilem Wira Malam: Bisikan Naga sedang melalui proses suntingan dan memasukkan kesan khas serta muzik.

Adam juga mempunyai produksi sendiri, Aico Entertainment. Buat masa ini dua artis bernaung di bawah syarikatnya, Bad Boys dan Mimie. Adam mengakui, cita-citanya di penghujung karier, dia mahu menjadi seperti KRU yang mampu menerbitkan album, filem dan drama sendiri.

Sudah memiliki kekasih hati

Tidak lengkap kehidupan Adam sebagai artis jika tidak terpalit kontroversi cinta. Selepas putus kasih dengan model dan pelakon, Juliana Evans, Adam dikatakan menjalin hubungan serius dengan model dan pelajar dari negeri kelahirannya, Sabah. Pun begitu, bukan mudah membuka mulut Adam bercerita mengenai teman barunya itu kerana baginya ia terlalu peribadi dan malu jika hubungan itu tidak menjadi berkekalan.

Namun, Adam terus dipujuk untuk menceritakan siapakah gerangan empunya diri, Joanna Sue Henly, 20, gadis berdarah campuran Dusun-Amerika yang berasal dari Kota Kinabalu itu. Joanna atau lebih mesra disapa Anna itu adalah Ratu Keamatan Sabah 2006/2007 dan kini menyertai pertandingan Bintang RTM 2009, selain melanjutkan pelajaran dalam jurusan undang-undang di sebuah kolej swasta terkemuka di Kuala Lumpur.

"Anna adalah kenalan lama saya. Selepas keluar AF2, saya bertemu Anna ketika menjayakan persembahan di Dewan KDCA, Sabah. Kami berkawan rapat hinggalah hari ini, lebih-lebih lagi kami berkongsi minat yang sama, suka menyanyi. Kini, apabila dia menyertai Bintang RTM 2009, saya sentiasa memberinya sokongan," kata Adam lagi.

Ada perancangan untuk melamar Joanna sebagai kekasih seterusnya teman hidup?

"Orang secantik Anna, tipulah kalau saya tak ada perasaan suka kepadanya. Tapi, saya tak mahu terburu-buru. Segala-galanya saya serahkan pada jodoh.

"Lagipun kami masih muda, perjalanan hidup masih jauh. Karier pun masih belum tercapai sepenuhnya. Yang penting, buat masa ini kami selesa sebagai kawan baik, kami tidak pernah bercinta," kata Adam yang masih berteka-teki mengenai hubungannya bersama Joanna.

Raja Farah tidak mengalah

Sementara itu, Raja Farah, 21 tidak mahu mengalah dengan kemunculan ramai muka baru di bidang lakonan apabila dia terus bekerja keras supaya peluang kerja sentiasa mengintainya. Biarpun sudah enam tahun melayari dunia seni sebagai pelakon dan pengacara, belum ada sebarang anugerah yang dimenanginya sebagai kebanggaan dan sekadar berpuas hati sebagai finalis Pelakon Wanita Harapan pada Festi-val Filem Malaysia ke-19.

"Saya akui, rentak kerjaya seni agak perlahan, nama saya tidak melonjak seperti artis lain, orang kata apabila buka saja TV, semua saluran ada muka kita. Bagi saya, terpulang pada rezeki masing-masing.

"Ada juga pelakon tambahan, berlakon satu, dua drama, namanya terus naik. Ada juga yang dah berlakon lebih 10 tahun, orang masih tak kenal," kata Farah.

Apa komen Farah apabila ada segelintir aktres mendaki ke puncak dengan cara kotor, umpamanya sedia menerima pelawaan penerbit mahupun pengarah filem dan drama untuk ditiduri?

"Tidak dinafikan, perkara seperti itu pernah berlaku. Artis tidur dengan pengarah?! Saya malu apabila ada orang bercerita pada saya! Saya kecewa apabila perkara jijik itu berlaku di tempat kita cari makan. Bagi saya, terpulanglah pada individu masing-masing, mungkin mereka rela melakukannya kerana terdesak atas kesempitan hidup atau nak cepat kaya.

"Tapi, saya bernasib baik kerana belum ada pihak yang mengambil kesempatan ke atas diri saya. Mungkin ibu sentiasa menemani saya, mereka tidak ada ruang untuk berbuat sesuatu yang kotor. Janganlah salah guna kuasa yang ada pada kita untuk menindas orang lain semata-mata untuk kepentingan peribadi," kata Farah yang kini mempunyai pembantu peribadi (PA) apabila ibunya hanya memantau pergera-kannya dari jauh.

Namun begitu, ketika menjayakan karnival Jom Heboh TV3 di Lumut, Perak, beberapa minggu lalu, ada insiden yang memperlihatkan gelagat kebudak- budakan Farah sehingga menimbulkan ketidakselesaan terhadap rakan artis dan sekumpulan peminat yang mengharapkan dia bersikap lebih matang.

"Saya akui, saya masih bersikap kebudak-budakan. Saya bertindak mengikut perasaan tanpa berfikir. Ketika di Lumut tu, ada sesuatu yang buat saya tak puas hati, saya terus melepaskan kemarahan tanpa ber-fikir panjang.

"Saya minta maaf kepada mereka yang berkecil hati dengan sikap saya itu. Saya akan berusaha memperbaiki kelemahan diri kerana setiap daripada kita, tak terlepas daripada melakukan kesilapan," kata Farah dengan jujur.

INFO: Raja Farah

  • NAMA PENUH: Raja Farah Raja Aziz
  • TARIKH LAHIR: 5 Julai 1988
  • ASAL: Kuala Lumpur
  • KELUARGA: nak ketiga daripada empat beradik
  • PENCAPAIAN: Anugerah Pantene Shine, Anugerah Skrin ke-8 (ASK8) dan finalis Pelakon Wanita Harapan, Festival Filem Malaysia ke-19 (FFM19)
  • FILEM: Salon, Anak Halal, Apa Kata Hati, Maut, Eee... Hantu, HAQ, Romance dan Merempuh Karma
  • DRAMA: Intan Asmara, Mentua vs Menantu, Misi XX Ray, Gadis Dari Bintang, Duranni dan Segalanya Ku Terima
  • PENGACARAAN: Anugerah Bintang RTM, Riuh @ Satu dan Filem @ 9.

    INFO: Adam AF2
  • NAMA SEBENAR:Mohd Aizam Mat Saman
  • TARIKH LAHIR: 19 September 1983
  • ASAL: Inanam Laut, Sabah
  • KELUARGA: Sulung daripada empat beradik
  • PENCAPAIAN: Tempat ketiga, Akademi Fantasia 2 (AF2) (2004); Lagu Paling Popular Hits 1, Joget Lambak (2007); Pelakon Lelaki Popular, Festival Filem Malaysia ke-19 (FFM19) (SMS) dan Vokal Duo Terbaik bersama KRU, Terhangat Di Pasaran, Anugerah Era 2004/2005.
  • ALBUM: Adam, Adam 2 dan Adam 3 (kesemuanya terbitan KRU Studios)
  • FILEM: Cinta Fotokopi, Main-Main Cinta, Diva dan Dimensi Cinta
  • TELEFILEM ARAHAN PERTAMA: Wira Malam: Bisikan Naga.
  • Saturday, May 16, 2009

    Adam kini bergelar pengarah

    Adam kini bergelar pengarah
    Oleh Ramlah Zainal
    roses@hmetro.com.my

    Rap
    BUAT masa ini fokus dan keutamaan Adam AF2 adalah kepada pembikinan mini album artis di bawah produksinya yang juga anak didiknya, Badboyz yang akan dilancarkan tidak lama lagi.

    "Mungkin ada yang berpendapat Badboyz tidak dapat lari daripada sentuhan muzik saya.

    "Sebenarnya, muzik saya dan Badboyz berlainan, saya lebih kepada 'martial arts dance' dan Badboyz pula pop dan shuffle," katanya.

    Sebenarnya, kata Adam, Badboyz adalah kumpulan penari yang mengiringi persembahannya sejak tiga tahun lalu.

    "Mereka bukan saja boleh menari, tetapi menyanyi dengan baik. Justeru, apabila melihat bakat besar mereka, saya terus menawarkan mereka menjadi artis syarikat saya pada 2008," katanya.

    Mengenai perkembangan kerjaya nyanyiannya pula, Adam berkata, dia akan muncul dengan imej baru sempena kemunculan single barunya, Kau pada pertengahan tahun ini.

    "Peminat boleh menyaksikan imej baru saya ini sempena persembahan dalam program Mentor minggu ketiga nanti.

    "Apapun, dalam keadaan krisis ekonomi global sekarang, saya perlu mengikut strategi syarikat rakaman sekarang untuk tampil dengan single terlebih dulu sebelum mini album atau album penuh.

    "Sebagai penyanyi, saya tetap pastikan sekurang-kurangnya mempunyai album baru setahun sekali, sekali gus memberitahu peminat saya masih aktif dalam bidang seni.

    "Saya juga sibuk kumpul material untuk album penuh yang dijangka siap pada penghujung tahun ini," katanya. Pada masa sama, Adam juga melangkah setapak lagi dalam kerjaya seninya apabila dia bergelar pengarah menerusi telefilem, Wira Malam Bisikan Naga.





    Telefilem ini adalah projek usahasama produksi Adam dengan satu lagi produksi lain serta disiarkan di saluran Astro Ria pada penghujung Jun ini.

    "Sebenarnya, saya sudah lama menanti peluang untuk berlakon dalam filem aksi, tetapi tidak ada tawaran dari mana-mana pihak.

    "Justeru, saya memutuskan untuk menerbit dan mengarahkan sendiri cerita aksi ini.

    "Pada mulanya, saya ingin terus buat filem, tetapi akhirnya selepas berbincang dengan rakan kongsi, akhirnya saya putuskan untuk buat projek telefilem terlebih dulu.

    "Selain saya, telefilem ini dibintangi pelakon Faizal Ishak, Aaron Aziz, Mimi (My Star LG), Along (Raja Lawak) dan Dian P Ramlee," katanya.

    Adam berkata, apa yang menarik, dia menampilkan senjata 'Nanchucks' dalam telefilem berkenaan.

    "Penggunaan senjata itu adalah sesuatu yang baru dan saya banyak membuat rujukan menerusi filem aksi Hong Kong dan Thailand.

    "Sebagai orang baru dalam bidang pengarahan, sudah pasti saya berhadapan dengan cabaran besar kerana menjadi pelakon dan pengarah sekali gus. Namun, saya tidak bersendirian mengarahkan cerita ini kerana dibantu penolong pengarah yang cukup berpengalaman dalam bidang ini," katanya.

    Adam ditemui ketika menjayakan sesi fotografi bersama Badboyz di Studio Balai Berita, baru-baru ini.

    Sementara itu, sebagai kumpulan baru, Badboyz berharap kehadiran mereka di persada seni diterima peminat muzik tanah air.

    Badboyz kini hanya tinggal tiga anggota iaitu Rayndra Jubidi (R'yan), 21, Mailin Antikoh (Marlon), 21, dan Eryandy, 25. Seorang lagi anggota asal kumpulan ini, Chaq pula terpaksa menarik diri daripada Badboyz kerana terbabit dengan program Mentor 3.

    Menurut Marlon, ketiadaan Chaq tidak mematahkan semangat mereka untuk terus mencari tapak di persada seni tanah air.

    "Memang ada sedikit perasaan kecewa kerana kami sudah bersama sejak awal lagi. Malah, Chaq juga terbabit dalam rakaman mini album Badboyz sebelum ini.

    "Apabila Chaq menarik diri, kami juga terpaksa buat rakaman semula mini album berkenaan yang mengandungi tiga lagu dan satu video klip iaitu single pertama, Pacar Pisau Cukur, Sayangku Janji dan Bila Kau Tiada.

    "Tapi sebagai kawan rapat, kami tetap merestui hasratnya untuk keluar dari kumpulan ini kerana kami tidak boleh menyekat rezekinya apabila berjaya memasuki Mentor 3.

    "Kami juga tidak bercadang mencari pengganti Chaq kerana yakin kekuatan kami bertiga sudah cukup memantapkan Badboyz. Perjalanan kami juga masih jauh lagi dan kami tetap akan meneruskan visi Badboyz yang masih belum kesampaian," katanya.

    Friday, May 08, 2009

    ADAM @ Mentor 3




    hye..utk pengetahuan u all,ahad nie Adam akan berada di Konsert Mentor 3 sebagai artis undangan...Info lanjut seperti berikut:

    Tarikh : 10th May 09(ahad)
    Masa : 9.00 mlm
    Lokasi : Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam(MBSA)

    *Pada AFCM yg nak tgk persembahan ADAM pada hari tersebut,boleh dapatkan PAS MASUK dari kami k...sms nama & jumlah tix pada Feeda 017-6400210...sms je ek !!!...

    *datang awal coz pintu akan tutup jam 8 mlm...see uuu!!!..
     
    Original Template By : uniQue  |    Modified and Maintained By : Intydez