Sunday, June 14, 2009

Wira Malam, 6 Sharifah di Astro Ria

Wira Malam, 6 Sharifah di Astro Ria


Siapa sebenarnya di kalangan 6 Sharifah ini yang cuba membunuh Tuan Syed Al-Mamasy?
MENGAMBIL kesempatan sempena penayangan rancangan realiti pencarian bakat baru, Anak Wayang, Astro Ria turut mempersembahkan dua telemovie hebat yang diatur untuk mengisi malam minggu penontonnya.

Menurut Pengurus Saluran Astro Ria, Khairul Mizan Shagul, "Kami akan terus memastikan para penonton setia kami di Astro Ria dihidang dengan program menarik hujung minggu.
Katanya, pada bulan ini, Astro Ria menjanjikan kelainan dalam kandungan telefilem apabila genre drama aksi dan komedi dipilih bagi mengisi slot tayangan perdana Telefilem Layaria ini .

Telefilem berjudul Wira Malam ke udara pukul 10 malam dengan menampilkan wajah eksklusif Astro Megadrama iaitu Aaron Aziz, Adam AF dan pendatang baru, Mimi.
Ia mengisahkan watak seorang super hero remaja dengan turut menyelitkan elemen cinta, aksi dan pelbagai konflik yang berlaku sepanjang masa. Wira Malam hanya muncul pada malam hari dan membantu mereka yang berada dalam kesusahan.
Bantuan demi bantuan diberikan sehinggalah pada suatu malam isterinya dibunuh oleh penjahat. Pada masa kejadian, anak Wira Malam berjaya diselamatkan dan membesar menjadi seorang super hero seperti bapanya.
Anak kecil yang membesar menjadi super hero itu terus menyambung perjuangan bapanya tanpa mengetahui identiti ayahnya yang juga merupakan seorang super hero. Ketika sibuk menyelamatkan orang awam yang berada dalam kesusahan, beliau terserempak dengan bapanya.

Kemeriahan malam minggu tidak terhenti di situ apabila sebuah lagi telefilem komedi bakal menyusul pada 26 Jun pukul 10 malam berjudul 6 Sharifah.
Telefilem itu mengisahkan tentang kehidupan sebuah keluarga yang berada. Ia bermula apabila cubaan untuk membunuh ketua keluarga, Tuan Syed Al-Mamasy yang bukan sahaja mengejutkan ahli keluarga ini malah mula menyingkap sebuah misteri.
Kejadian ini juga telah menyebabkan enam orang ahli keluarga Tuan Syed disyaki sebagai dalang utama cubaan pembunuhan itu.

Suspek yang disyaki membunuh Tuan Syed antara isteri dan anak-anaknya yang terdiri daripada Sharifah Aminah yang dilakonkan Sharifah Shazleen; isteri Tuan Syed, anak perempuan kesayangan Tuan Syed; Sharifah Baizura (Sherie Merlis), anak perempuan yang suka mendatangkan masalah; Sharifah Chariah (Sharifah Shahora), anak perempuan yang berhasrat untuk menjadi pelakon; Sharifah Dolilah (Lufya AF), anak perempuan yang suka memberontak dalam keluarga; Sharifah Endon (Sharifah Zarina) atau anak perempuannya yang gemar berselindung; Sharifah Florita (Shazliana Suhaimi).
Dua orang penyiasat persendirian diupah untuk meleraikan misteri yang terungkai di dalam keluarga Tuan Syed ini.

No comments:

 
Original Template By : uniQue  |    Modified and Maintained By : Intydez