Friday, January 22, 2010

Tahniah Adam-ABP!!

Sepertimana yang telah diketahui semua, Adam telah berjaya menembusi 2 kategori untuk Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009. Kategori tersebut adalah :

Penyanyi Lelaki Popular
Artis Berkumpulan / Duo Popular (bersama Stacy)


Jutaan terima kasih kepada semua pengundi yang telah mengundi untuk memastikan Adam di Top 5. Jutaan terima kasih juga buat pengundi Stacy yang telah bersama mengundi supaya gabungan meletop mereka berada di kedudukan Top 5.

Jangan lupa teruskan undian untuk pencarian juara kategori. Adam sudah berada di tangga Top 5, kategori Penyanyi Lelaki Popular ini sejak tahun 2005 lagi, tetapi rezeki masih belum berpihak kepadanya. Jadi, teruskan undian anda!!! Kalau ada rezeki, kita mungkin dapat melihat Adam menggenggam trofi. Tiada yang mustahil. Yang penting, usaha dan kesungguhan...

No comments:

 
Original Template By : uniQue  |    Modified and Maintained By : Intydez