Wednesday, February 03, 2010

SMS Adam @ ABP!


---------------------------------------

Bangkitlah peminat Faizal Tahir dan Aizat kerana setakat ini, undian tidak langsung memberangsangkan bagi kedua-dua penyanyi berbakat besar ini. Undian ternyata berpihak kepada Mawi, Akim dan Adam, penyanyi yang lahir daripada program Akademi Fantasia. Jika trend undian adalah seperti ini sehingga tarikh akhir penghantaran borang pada 19 Mac, trofi mungkin menjadi milik protege Datin Seri Tiara Jacquelina, Akim ataupun terus kekal di tangan Mawi yang mengungguli kategori itu selama empat tahun berturut-turut.

---------------------------------------

Sementara itu, bagi kategori penyanyi kumpulan/duo popular, saingan sengit di antara Bunkface dan gandingan mantap Adam & Stacy. Ke mana perginya peminat Hujan, Meet Uncle Hussain dan 6ixth Sense?

Begitulah analisis undian awal dalam tempoh dua minggu ini. Keputusan undian boleh berubah bila-bila masa bergantung kepada kehendak pembaca dan peminat. Gunakanlah mandat yang sudah diberikan kepada anda itu untuk memilih artis pilihan anda sendiri dan bukan pilihan majoriti kerana pilihan pemenang BUKAN PILIHAN TEPAT. Undi jangan tak undi!

---------------------------------------

Saingan sengit sekarang untuk kategori Penyanyi Lelaki Popular & Duo Popular!
Come on Adam's fans, teruskan undian untuk ADAM!!!

Mari kita pastikan Adam dapat menggenggam trofi Penyanyi Lelaki Popular setelah tercalon hampir 4 kali berturut-turut!!

SMS = BH(jarak)ABP(jarak)A01,C11(dan 3 lg kategori)
hantar ke 33333

No comments:

 
Original Template By : uniQue  |    Modified and Maintained By : Intydez