Saturday, December 31, 2011

[ARTIKEL] Adam Sahut Cabaran - Sinar Harian

Oleh : NURUL NAZRAH NAZARUDIN
Tarikh : December 31, 2011


Teka teki mengenai barisan artis yang dipilih untuk bergelar mentor dalam program pencarian bakat Mentor bagi musim keenam sudah pun terjawab.

Pada kali ini, Mentor 6 menampilkan muka lama dan baru dari genre berbeza untuk bergelar sifu kepada enam protégé yang akan menyinari dunia hiburan tanahair.

Keenam-enam mentor termasuk Ramlah Ram, Adam, Fauziah Ahmad Daud, Ferhad, Ella dan Faizal Tahir dipilih berdasarkan pengalaman serta kebolehan mereka dalam bidang seni.

Pemilihan Adam sebagai mentor tentunya mengundang pertanyaan dan tidak kurang juga ada sesetengah pihak yang mempertikaikan pemilihan Adam sebagai barisan mentor kali ini, memandangkan profil kerjayanya tidaklah sehebat mentor yang lain.

Bagaimanapun sebagai mentor paling junior, Adam tidak terus melatah dan menyifatkan tawaran yang datang daripada pihak TV3 sebagai satu penghormatan yang besar buat dirinya.

Penyanyi yang juga lahir daripada program realiti Akademi Fantasia 2 ini memandang tawaran yang datang sebagai perkara yang positif untuk perkembangan dirinya dan industri hiburan negara.

Menyangkal pandangan sesetengah pihak yang berasakan dirinya ‘kurang’ layak untuk bergelar mentor, Adam beranggapan pihak produser yang memilihnya yakin akan kebolehan yang ada pada dirinya dan apa yang boleh diberikan kepada industri.

“Apabila menerima tawaran daripada pihak TV3, saya terlebih dahulu berbincang dengan pihak pengurusan saya. Saat menerima tawaran itu, ada juga saya terfikir mengenai faktor kelayakan, adakah saya boleh berperanan sebagai mentor untuk mendidik protégé baru.

“Bagaimanapun, pihak pengurusan berpendapat saya harus mencari pelapis untuk genre pop dance memandangkan tidak ramai penyanyi di Malaysia yang memperjuangkan genre sebegitu. Jadi, atas dasar tanggungjawab, saya menerima tawaran ini bagi mencari bakat baru yang boleh menyanyi dan pada masa sama boleh menari dengan baik,” katanya selepas sesi memperkenalkan Mentor musim keenam, baru-baru ini.

Jejaka kelahiran Sabah ini juga tidak kisah seandainya ada yang mempertikaikan pengalamannya yang baru setahun jagung dalam industri hiburan negara.

Menurut Adam, pembabitannya dalam rancangan Mentor adalah untuk meneruskan misi mencari bakat baru yang berminat kepada irama pop dance.

“Saya akui masih baru dalam bidang ini, namun berbekalkan pengalaman selama lapan tahun dalam memperjuangkan genre ini, saya ingin mencurahkan apa yang saya ada kepada protégé saya sementara saya masih boleh mengajar menari dengan baik,” katanya.

Syarat kepada protege

Memberitahu kriteria protégé yang bakal diambil, pelantun lagu Tak Tahu ini mengutamakan mereka yang berbakat dalam bidang nyanyian dan tarian.

Menurutnya, keutamaan diberikan kepada protégé lelaki dengan syarat mereka ini mempunyai sikap disiplin yang tinggi dan hormat kepada orang lain.

“Bukan tidak mahu mencari protégé perempuan, namun saya berasakan lebih mudah mendidik protégé lelaki memandangkan saya juga ingin mencari pelapis yang boleh menyanyi dan menari.

“Saya bukannya ingin mencari orang yang sama macam saya, tetapi ingin mencari mereka yang berminat untuk memperjuangkan genre ini.

“Sebelum ini, saya juga ada melakukan pencarian bakat baru untuk genre pop dance, tetapi masih belum bertemu dengan mereka yang benar-benar layak. Jadi, melalui program Mentor ini diharapkan penemuan saya berhasil,” katanya yang menganggap rupa paras sebagai bonus untuk bergelar protégé.

Yakin dengan kemampuan yang ada pada dirinya untuk bergelar mentor, Adam bagaimanapun meletakkan faktor keserasian sebagai perkara utama yang perlu dipupuk antara mentor dan protégé.

“Kalaupun protégé yang dipilih nanti boleh menari dan menyanyi dengan baik, namun jika dia ada masalah sikap, perkara ini juga boleh membantutkan sesi pembelajaran apa yang ingin saya curahkan kepada dia.

“Namun, sekiranya dapat protégé yang ‘satu kepala’ dan mendengar kata, Insya-ALLAH ilmu yang saya pelajari selama lapan tahun ini akan saya curahkan kepada dia untuk dibekalkan dalam pertandingan mentor nanti,” katanya.

Sesi uji bakat pencarian protégé untuk Mentor musim keenam akan bermula pada 13 Januari dan berakhir pada 19 Februari 2012.

Saturday, December 17, 2011

Wednesday, December 07, 2011

[ARTIKEL] Tetap Bangga Walau Tewas - Adam

7 Disember 2011, Berita Harian
klik untuk besarkan imej

Friday, December 02, 2011

[ARTIKEL] Konsert Semangat Inspirasi: Serentak Di Empat Negeri

Oleh: SUDYR
Tarikh: December 1, 2011


Buat julung-julung kalinya, TV3 dengan kerjasama jenama ternama, Coca Cola membawakan 'Konsert Semangat Inspirasi' yang mana kali ini dijayakan diempat buah lokasi berbeza secara serentak.

Acara yang bakal berlangsung pada 11 Disember ini menyaksikan barisan artis ternama negara bergabung di dalam satu konsert. Cuma yang membezakan mereka adalah lokasi persembahan.

Empat lokasi yang dipilih adalah Kuala Lumpur bertempat di Bukit Kiara Equestrian Indoor Arena, Times Square, Pulau Pinang, Kompleks pasir Gudang, Johor Bharu dan Padang Merdeka, Kota Kinabalu, Sabah.

Menariknya, penonton yang hadir bukan sahaja akan menyaksikan persembahan nyanyian daripada artis-artis popular, malah seawal jam 4 petang lagi pelbagai acara akan disediakan untuk mereka.

Konsert Semangat Inspirasi ini akan disiarkan secara langsung dari Bukit Kiara Equestrian Indoor Arena bermula jam 9 malam di TV3 dan turut membuat lintas langsung di tiga lokasi yang lain.

Antara artis yang akan menjayakan persembahan hebat ini di Kuala Lumpur seperti Tomok, Bunkface, Meet Uncle Hussain, Wings, Shila Amzah, Adam & VIP, serta penampilan artis dari Britain iaitu kumpulan One Night Only.

Di Kota Kinabalu pula, peminat pastinya menantikan kemunculan Stacy, Awi Rafael, Najwa Latif dan Sofazr.

Bagi peminat di Johor Bharu pula, kemunculan seperti Black, Mohd, Shiha dan Modread pastinya menggamatkan lagi suasana.

Dan di Pulau Pinang pula, gabungan nama-nama hebat seperti Faizal Tahir, Jaclyn Victor, Adi dan Azlan & The Typewriter bakal menghiburkan peminat di sana.

Thursday, November 24, 2011

[SHOWCASE] Latest Seating Plan & Ticket~!

Informasi Terkini - Tiket VVIP sebelum ini yg berada di Row B telah dibawa ke Row A, manakala Tiket XClusive RM500 yg sebelum ini berada di Row C & D, telah dibawa ke Row B & C. Tiket RM70 tidak berubah. SMS Weina 016 243 0919 utk maklumat lanjut!


Latest Seating Plan

Tiket ADAM X-CLUSIVE SHOWCASE!

[UNDIAN] Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011

Tahniah kepada ADAM & juga VIP kerana telah tercalon dalam senarai awal untuk
ANUGERAH BINTANG POPULAR BERITA HARIAN 2011

Dapatkan Berita Harian & Berita Mingguan bermula 25 November sehingga 29 Disember untuk mendapatkan borang-borang undian!!!


Thursday, November 17, 2011

[ARTIKEL] Adam AF2 Pendam Kekecewaan?

16 November 2011
Article by Farahanim Rahim


Tujuh tahun lebih mengusung nama sebagai anak seni, dia berbangga dengan diri sendiri sebab sehingga ke hari ini meskipun kronologi kerjaya bekas Akademi Fantasia 2 ni tidaklah ditahap sangat cemerlang tapi setidak-tidaknya dia mampu bertahan. Selain masih dengan profil penyanyi solo, fokus Adam sekarang juga tertumpu pada dance grupnya, VIP.

“Adam AF, saya sebagai penyanyi solo. Dalam VIP, Adam adalah Adam. Saya rasa karier saya tak terumbang ambing tapi boleh kata ditahap sederhana. Itu lebih baik dan bukan senang jugak nak pastikan kita maintain. Bagi saya itu lagi selamat,” kata Adam ketika di temui di majlis pelancaran album BN Youth Music 2011, semalam.

Mengulas mengenai tidakkah dia merasa seperti dianak tiri memandangkan artis realiti lain punya peluang dan publisiti lebih meluas. Sedangkan dia, masih ditakuk sama.

Katanya sejak kebelakangan ni dia mungkin jarang terpampang di dada akhbar mahupun majalah. Memahami mungkin tidak ada apa-apa produk atau perkhabran terbaru yang ingin dikongsikan. Pun begitu, dari riak wajahnya, Adam seperti memendam rasa dan ada sesuatu yang terbuku tapi enggan diluah.

“Saya tak salahkan mana-mana pihak. Sebab bagi saya itu kejayaan seseorang artis tu juga bergantung pada hasil usahanya sendiri. Saya tak kecil hati cuma kecewa kerana ada pihak tertentu yang kurang menyiarkan lagu dan video klip’,

“Apapun saya faham dari segi kita kena tunggu turn dan akui sekarang ni ramai artis baru yang muncul. Secara jujurnya memang ada beberapa perkara yang mengecewakan dalam industri ni”.

Pun begitu bagi Adam, dia tidak pernah patah semangat. Sebaliknya, dengan sokongan peminat, dia jadi kuat untuk terus memastikan dia ‘hidup’ dalam industri hiburan tanah air.

Perancangan terbaru, dia akan melancarkan album terbaru, ADAM 4. Album edaran E-Erama Records tu memuatkan lagu-lagu ciptaannya.

Selain menanti tayang filem lakonannya, Apokalips, Adam akan mengadakan showcase eksklusif di Lot 10 Actor St pada 31 Disember ini. Maklumat lanjut untuk tiket-tiket boleh layari aicofc.com

Ditanya bilakah dia mahu menamatkan zaman bujangya, ujar jejaka 28 tahun ni, “Bila-bila masa jer ni. Tapi belum ada calon. Sekarang tengah mencari lah ni”, katanya mengakhiri perbualan.

- mD

** Laman web sebenar adalah www.aicoempiregroup.com dan bukan aicofc.com Harap Maklum

Thursday, October 27, 2011

[INFO] AICO EMPIRE GROUP WEBSITE!


Open Now! Visit :

[INFO] ADAM X-CLUSIVE SHOWCASE!



BRINGS TO YOU THE MOST AWAITED PERFORMANCE!
A MOMENT YOU'VE BEEN WAITING FOR! AN EVENT NOT TO BE MISSED!

click the picture above for larger version (klik untuk besarkan imej)

ENGLISH VERSION
  • X-CLUSIVE TICKET RM500 holders will be on an EXCLUSIVE NIGHT CRUISE WITH ADAM on 1st January 2012.
  • Please select your numbered seat. First come, first serve.
  • Call or SMS 016 243 0919 (Weina) to grab this exclusive seat! (Also applies to prior bookings)
  • Payment must be made to Maybank Account 1642 7651 8410 (ANIZA NORWEINA ROSLI)
    • PLEASE KEEP YOUR PAYMENT SLIP/RECEIPT AS PROOF OF PAYMENT (COMPULSORY)
  • Any queries, please do not hesitate to contact 016 243 0919 or email aico.vx@gmail.com
MALAY VERSION
  • Pemegang TIKET EKSKLUSIF RM500 akan ke CRUISE MALAM EKSKLUSIF BERSAMA ADAM pada 1 Januari 2012
  • Sila pilih nombor tempat duduk seperti pelan di atas. Siapa cepat, dia dapat.
  • Telefon atau SMS 016 243 0919 (Weina) untuk mendapatkan tiket-tiket eksklusif ini! (Kepada yang sudah menempah sebelum ini, sila berbuat demikian juga untuk sahkan kehadiran anda)
  • Bayaran perlu dibuat ke Akaun Maybank 1642 7651 8410 (ANIZA NORWEINA ROSLI)
    • SILA SIMPAN RESIT/SLIP PEMBAYARAN SEBAGAI BUKTI (WAJIB)
  • Sebarang masalah atau pertanyaan, sila hubungi 016 243 0919 atau emel kepada aico.vx@gmail.com

Friday, October 21, 2011

[ARTIKEL] Pencarian Lah, Adam @ Utusan Malaysia

Hits, Utusan Malaysia
20 Oktober 2011
Pencarian Lah, Adam

Oleh HASNURUL MOHAMED
Gambar Amin Farij Hassan



PENGHIJRAHAN yang berlaku ke atas artis tanah air bukan sahaja melibatkan artis wanita yang tampil dengan imej bertudung. Malah di kalangan artis lelaki juga, mula sedar dan membuat anjakan pada penampilan dan cara hidup yang lebih mengikut hukum syarak.

Justeru, bagi dua artis lelaki popular, Abdullah Ahmad dan Adam VIP, mereka turut membuat penghijrahan dalam kehidupan masing-masing. Ini kerana, kedua-duanya merasakan, dunia hiburan yang menjadi sandaran rezeki buat mereka bagaikan tidak bermakna apabila hati dan jiwa terasa kosong.

Kata Abdullah atau lebih dikenali sebagai Lah, ada sesuatu yang tidak kena dengan kehidupannya walaupun namanya kekal popular di persada seni tanah air. Perasaan yang agak serupa turut menghantui Adam yang tercari-cari sesuatu untuk mengisi ruang dalam jiwanya.

Dalam pencarian untuk menjadi insan yang lebih sempurna, baik Lah mahu pun Adam, segala perubahan dalaman yang berlaku ke atas diri mereka tidak mematikan langkah untuk bergelar artis.

Perubahan Adam

PEMILIK nama Mohd. Aizam Mat Saman atau lebih dikenali sebagai Adam VIP mengakui dirinya banyak mengalami perubahan sejak bergelar artis.

Biarpun Adam pernah dihimpit dengan pelbagai kontroversi antaranya didakwa mempunyai hubungan istimewa dengan Yusry Abd. Halim (Yusry KRU), namun anak kelahiran Negeri Bawah Bayu ini agak bijak menangani situasi panas pada ketika itu. Adam ketawa apabila dikatakan, dia seorang yang agak nakal kerana sering bertukar teman wanita.

Sedangkan pada hakikatnya, Adam menjelaskan, apabila tiada keserasian dalam sesuatu perhubungan, lebih baik meletakkan noktah kepada hubungan berkenaan. Kata Adam, segala apa yang menimpa dirinya suatu ketika dahulu, dijadikan iktibar untuk memperbaiki diri. Sebab itulah, dalam diam-diam pada April lalu Adam mengerjakan umrah melalui pakej perubatan bersama rakan pelakon, Ashraf Muslim.

Selepas menunaikan umrah, ramai yang melihat perbezaan perwatakan Adam hari ini. Apa komen Adam? “Memang hari ini saya lebih fokus kepada kerjaya kerana saya menyimpan cita-cita untuk menjadi pengarah filem. “Jika Allah berikan rezeki, tahun depan, insya-Allah, saya akan mengarah filem,” katanya.

Walaupun pada mulanya Adam enggan bercerita tentang pemergiannya ke tanah suci Mekah, tetapi setelah dipujuk akhirnya ia mengalah dan berkata; “Saya berasa begitu tenang selepas Tuhan memberi rezeki untuk mengerjakan umrah, baru-baru ini.

“Maaf, saya tidak mahu mengulas panjang tentang perjalanan saya itu kerana tidak mahu peminat salah anggap tentang perubahan saya. 

“Lagi pun, kalau orang pandang kita sudah warak, orang akan mempersoalkan apabila melihat kita masih terlompat-lompat di atas pentas.

“Cuma apa yang boleh saya katakan, segala apa yang saya lakukan, saya tidak akan lupa tanggung jawab dan landasan agama. 

“Ini kerana segala rezeki yang saya dapat adalah pemberian Allah dan soal saya mengalami perubahan dalaman atau tidak, wallahuala.” Menurut Adam, sebagai manusia biasa, dia percaya bahawa setiap manusia akan melalui perubahan dalam kehidupan.

“Sebenarnya perubahan dalam jiwa saya sudah lama berlaku iaitu sebelum saya mengerjakan umrah.

“Perubahan tidak boleh terjadi dalam tempoh sehari kerana saya harus tahu kemampuan diri.

“Sebab itulah saya tidak menghebohkan tentang pemergian saya ke Mekah untuk menunaikan umrah kerana bagi saya biarlah perubahan itu datangnya dari hati dan jiwa saya,” kata Adam.

scanned by : Husna SitiAngie @ Aico Fc FB
original article here

Sunday, August 28, 2011

[ARTIKEL] Enam Artis Popular Kongsi Kisah Raya - Adam Teringat Kenangan Mercun

28 Ogos 2011, Sinar Harian

Klik untuk lebih jelas

[ARTIKEL] Enam Artis Popular Kongsi Kisah Raya

Setelah hampir sebulan berpuasa, kedatangan Syawal yang bakal menjelang dua hari lagi, pastinya dinanti-nantikan umat Islam. Malah pada Syawal juga, sudah menjadi amalan buat umat Islam untuk ziarah-menziarahi sesama keluarga dan kenalan.

Bergelar artis tentunya memberi kenangan serta pengalaman tersendiri buat individu yang menyandang gelaran itu. Walaupun bergelar individu yang dikenali, sambutan hari lebaran tidak banyak bezanya. Hanya tumpuan peminat lebih terarah kepada selebriti pujaan mereka.

Zass menampilkan ceritera enam artis popular menjelang Syawal ini.

Adam teringat kenangan mercun

Penyanyi yang lahir menerusi program Akademi Fantasia musim kedua, Adam berkata tiap kali menjelang lebaran, dia pasti terkenang peristiwa yang berlaku semasa kecil.

“Jika melihat budak kecil bermain bunga api dan mercun, saya mesti teringat masa zaman saya masih sekolah. Dek kerana terlalu asyik bermain mercun dan bunga api, akhirnya ia masuk ke dalam baju saya.

“Mujur tidak mengalami kecederaan serius, cuma baju saya terkoyak kerana letupan mercun itu,” katanya.

Adam berkata, dia akan pulang ke Kota Kinabalu, Sabah esok (29 Ogos) kerana masih terikat dengan persembahan di Melaka.

“Biarpun pulang sehari sebelum raya, tapi segala persiapan telah dilakukan. Kami sekeluarga akan mengenakan baju warna kuning sedondon pada pagi raya. Saya tidaklah melakukan persiapan berlebihan untuk diri saya sebaliknya memberi tumpuan kepada tiga adik saya.

“Dari segi persiapan biskut dan juadah, saya serahkan kepada ibu saya dan saya telah beri wang lebih awal.

“Saya akan bercuti lebih kurang seminggu sebelum kembali semula ke Kuala Lumpur kerana selepas itu akan terikat dengan kerja lain,” katanya.

Tambah Adam lagi, juadah wajib yang akan dicari pada pagi raya adalah rendang dan ketupat air tangan neneknya kerana masakan itu paling dirindu setiap kali hari lebaran.

Saturday, August 27, 2011

Thursday, August 25, 2011

[VIDEO] Fancam : Show @ Mydin Mall Subang USJ


Sambutan Hari Merdeka oleh Artis2 Jemputan

Adam Melaungkan Azan Maghrib

Video-video lain akan di post daripada semasa ke semasa :)

[PHOTO] Show : Berbuka Puasa Media Hiburan @ Mydin Mall


Pada hari Ahad yang lepas (21 Ogos) Adam, V.I.P (Fadlan & Yandy) dan Shima telah menghadiri Majlis Berbuka Puasa bersama anak2 yatim daripada Raudah anjuran Media Hiburan di perkarangan Mydin Mall Subang USJ. Adam & V.I.P menyampaikan dua buah lagu iaitu Lagu Sedih & Tiga Kata. Manakala Shima pula mendendangkan lagu terbarunya yang bakal muncul, 'Tak Sabar'.


Friday, August 19, 2011

[ PHOTO] Aktiviti FC ke 35 : Shopping Anak2 Baitul Fiqh Bsama Adam & VIP

Penaja Utama : Mydin Mall Subang USJ
Anjuran : AdamFCM / AVX / Aico Empire Group

Pada hari Rabu lepas, kami telah menganjurkan aktiviti membeli belah bersama-sama anak-anak daripada Baitul Fiqh dengan Adam dan juga VIP. Aktiviti ini telah disertai 20 orang anak-anak dan AJK2 AVX turut turun padang membantu mereka membeli keperluan hari raya. Jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat, terutamanya pihak Mydin Mall Subang USJ yang menjadi penaja utama kali ke 6 untuk aktiviti kami.

Wajah kegembiraan anak-anak jelas kelihatan, apatah lagi apabila disulami dengan lawak jenaka, usikan dan perbualan dengan Adam, Yandy, Ryan, Marlon serta Fadlan yang tidak jemu menghulurkan bantuan biarpun berpuasa. Pengunjung pusat membeli belah dan pekerja-pekerja di situ juga tidak putus-putus mengambil kesempatan untuk bergambar kenangan.

Untuk pengetahuan semua, aktiviti sebegini memang kita adakan saban tahun di antara anak-anak yang memerlukan keperluan hari raya dengan artis-artis. InsyaALLAH jika ada rezeki, akan ada juga aktiviti amal yang bakal dianjurkan supaya peminat-peminat dapat turun padang sekali untuk membantu. Terima kasih banyak-banyak kepada semua. InsyaALLAH, ada rezeki tahun depan kita jumpa lagi. :)









Klik di bawah ini untuk melihat lebih banyak gambar.
Bahagian 1
Bahagian 2

Monday, August 08, 2011

[ARTIKEL] Restoran Intai-Intai, Artis Raikan Anak Yatim

mStar Online, 8 Ogos 2011

 Antara selebriti yang memeriahkan majlis berbuka puasa bersama-sama anak yatim anjuran Restoran Intai-Intai.

MAJLIS berbuka puasa menjadi lebih bermakna apabila ia diraikan oleh mereka yang kurang bernasib baik khususnya anak-anak yatim. Seperti amalan biasa setiap kali Ramadan, anak-anak yatim dan orang-orang tua akan mendapat perhatian apabila syarikat-syarikat korporat menaja majlis berbuka puasa bagi meraikan mereka.

Restoran Intai-Intai yang terletak di Backyard, Jalan Ampang, Hulu Klang, Kuala Lumpur milik Baha Azman Nor tidak ketinggalan meraikan anak-anak yatim dengan penglibatan para artis. Kira-kira 48 anak yatim termasuk pelajar tahfiz dari Rumah Jagaan Al-Hidayah, Setapak Kuala Lumpur diraikan dalam majlis yang sederhana pada awal Ramadan lalu.

Keceriaan mereka jelas terbayang apabila berpeluang berjumpa dengan artis kesayangan masing-masing yang turut mengambil peluang berbuka bersama. Inilah masanya golongan yang kurang bernasib baik itu dapat bertemu para artis yang selama ini hanya ditonton menerusi televisyen sahaja.

Antara artis yang memeriahkan majlis berbuka puasa itu seperti Adam (AF2), Kumpulan V.I.P, Amran Ismail, Zain Saidin, Daus (AF8), Syed Ali, Lena (AF9), Roslan Shah, Rizal, Linda Jasmin, Que Haidar dan pengarah filem pendek Shuhaimi Lua. Mereka mengambil peluang merapatkan diri dengan golongan yang kurang bernasib baik untuk sama-sama merasai pengalaman beraya dan juga berpuasa sebagai anak yatim.

Menurut Amran, amalan mendekatkan diri dengan golongan tersebut merupakan sesuatu aktiviti yang amat baik apatah lagi pada bulan Ramadan. “Saya akan bercuti selama sebulan dan akan berkunjung ke rumah anak-anak yatim untuk berjumpa dengan mereka. Ini salah satu amalan yang hendak saya lakukan pada tahun ini,” kata Amran.

Sementara bagi Zain Saidin, golongan yang kurang bernasib baik dapat memberi keinsafan kepada setiap manusia untuk lebih mengenali diri sendiri. Katanya merapatkan diri dengan golongan berkenaan pada bulan Ramadan mampu membersihkan jiwa daripada perasaan yang tidak baik.

“Apabila kita melihat anak-anak yatim, ia banyak mengajar kita untuk melihat kelemahan dan kekurangan diri sendiri,” katanya. Perkara itu turut di sokong oleh artis-artis lain yang menggagap bulan mulia ini wajar dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti yang boleh mendekatkan seseorang dengan masyarakat khususnya golongan yang kurang bernasib baik.

Sementara itu pemilik restoran berkenaan iaitu Baha yang juga bekas warden asrama Akademi Fantasia Ketiga (AF3), restoran berkenaan menyediakan lebih 101 hidangan berbuka puasa dengan konsep atmosfera rumah Melayu. 

Selain daripada hidangan berupa pelbagai jenis kuih-muih Melayu, Intai-Intai juga turut memperkenalkan hidangan dari Bangkok, kambing panggang, laksam dan juga nasi kerabu. Harga bagi seorang ialah RM48. Untuk tempahan dan pertanyaan boleh hubungi Bad 019-6167004. 

*Artikel dipetik daripada sisipan Mingguan mStar yang diedarkan bersama akhbar The Sunday Star keluaran 17 Julai di sekitar Lembah Klang. 


[ARTIKEL] VIP Berbuka Bersama Peminat

Sinar Harian, 8 Ogos 2011

klik gambar untuk lebih jelas


Kesempatan kehadiran Ramadan Al-Mubarak ini, digunakan lima anak muda yang bergabung di bawah nama VIP iaitu Marlon, Yandy, Ryan, Fadlan dan Adam untuk berbuka puasa bersama peminat bertuah, kelmarin. Majlis berbuka puasa dengan tema Arabian Night itu diadakan di Restoran Intai-Intai, Ampang dan disertai 39 peminat bertuah serta artis naungan Aico Empire Group, Shima.

Salah seorang Ahli Jawatankuasa Kelab Peminat Adam (AICOVX) yang menguruskan perjalanan majlis tersebut, Weina Rosli berkata, peminat kumpulan VIP sudah mula hadir seawal jam lima petang, meskipun majlis bermula pada jam 6.30 petang. Menurutnya, semua yang hadir memenuhi tema ditetapkan iaitu berpakaian ala-ala Arab, malah ada peminat sanggup hadir lebih awal kerana teruja untuk meluangkan masa bersama VIP.

“Idea majlis berbuka puasa ini dicadangkan sendiri oleh Adam dan dipersetujui oleh ahli VIP yang lain. “Selain dapat berbuka puasa bersama, aktiviti ini juga dapat mengeratkan silaturahim antara kumpulan VIP dan peminat mereka,” katanya ketika dihubungi Zass. Weina berkata, selain berbuka puasa, mereka turut mengadakan beberapa aktiviti selingan selepas solat Isyak antaranya susun lagu, teka lagu dan kotak beracun.

“Kami turut menyelitkan beberapa permainan menguji ingatan mereka dan turut mengadakan cabutan undian bertuah dan peminat yang bertuah itu akan menerima hadiah berupa tasbih dan CD yang disumbangkan oleh Adam sendiri. “Ternyata semua yang hadir berpuas hati kerana dapat mendekati semua ahli VIP dan VIP juga amat menghargai kehadiran peminat berbuka puasa bersama,” katanya.

Bukan setakat aktiviti permainan, Adam juga sempat menghiburkan tetamu di restoran berkenaan apabila sudi menyanyikan lagu Bila Larut Malam bersama live band di sana. Selain itu, kumpulan VIP turut menyanyikan beberapa lagu secara acapella bagi memenuhi permintaan peminat yang hadir.

Tambah Weina lagi, pihak AICOVX begitu terharu dengan kehadiran peminat dan berterima kasih dengan kerjasama yang diberikan oleh Restoran Intai-Intai. “Kami berharap aktiviti seumpama ini dapat diadakan lagi selepas ini dan kami amat berterima kasih dengan kerjasama Restoran Intai-Intai,” katanya.

Sunday, August 07, 2011

[ARTIKEL] Kongsi Kebahagiaan Bersama Anak Yatim

Akhbar Sisipan Pancaindera, Mingguan Malaysia
7 Ogos 2011
Oleh Amirah Amaly Syafaat
amirah.amaly@utusan.com.my

klik pada gambar untuk lihat lebih jelas

Antara isi sisipan akhbar :

1 RAMADAN 1432 mencatat kenangan manis buat sekumpulan 48 kanak-kanak dari Maahad Tahfiz Al-Quran dan anak-anak yatim dari Rumah Jagaan Al-Hidayah, Setapak Kuala Lumpur. Pada hari pertama bulan penuh keberkatan, mereka berkesempatan untuk berbuka puasa di Restoran Intai-Intai, Ampang Hulu Klang, Selangor.

Wajah keriangan menghiasi air muka setiap kanak-kanak tersebut yang begitu sabar menanti waktu berbuka puasa. Biarpun kali pertama menjejakkan kaki ke restoran berkenaan, mereka dilihat cukup menjaga tingkah laku di tempat baru.

Kesemua anak-anak itu lebih bersemangat tatkala melihat wajah juara Imam Muda musim pertama, Muhammad Asyraf Mohd. Ridzuan atau Asyraf, hadir pada majlis berkenaan. Kesempatan emas itu digunakan kanak-kanak itu untuk bersalam dan saling bertanya khabar. Gambaran diberikan ketika itu seperti semut mendatangi gula, Asyraf sentiasa dikerumuni setiap masa.

Masakan tidak, tazkirah pendek berkaitan keberkatan bulan Ramadhan yang diberikan Asyraf selepas mengimamkan solat Maghrib diamati penuh teliti oleh anak-anak tahfiz itu. Asyraf juga dilihat cukup mesra melayan kanak-kanak itu dan memberi nasihat berguna untuk panduan hidup di dunia dan akhirat.

Aliran agama menyatukan mereka untuk saling berkongsi apa sahaja pada 1 Ramadan yang jatuh pada 1 Ogos lalu. Selain Asyraf, artis lain yang turut memeriahkan majlis berbuka puasa tersebut adalah Que Haidar bersama isteri, Linda Jasmine dan anak mereka.

Adam dan Kumpulan V.I.P , Zain Saidin, Daus AF8, Syed Ali, Lena AF9 juga tidak melepaskan peluang tersebut. Acara diserikan dengan celoteh Roslan Shah yang bertindak sebagai pengacara. Mereka semua tak menang tangan melayan kerenah anak-anak kecil itu sewaktu beratur memilih juadah berbuka.

Keletihan seharian berpuasa tidak terasa apabila ia diisi dengan lawak jenaka dan sendaloka yang tidak putus daripada golongan artis. Majlis bertambah riuh di penghujung acara. Apabila artis yang terlibat memberikan sumbangan duit raya dan hamper dari pihak penaja termasuk dari Butik Citra Ampang Point dan Coway Malaysia sebelum acara ditutup pukul 9.45 malam.

Pemilik dan pengusaha Restoran Intai-Intai, Baha Azman Nor memberitahu bahawa acara berbuka puasa itu merupakan agenda tahunan di premisnya. “Saya menjemput semua artis berbuka puasa di Restoran Intai-Intai setiap tahun. Sesiapa yang ada kelapangan dialu-alukan. Tidak kiralah sama ada artis itu bujang atau berkeluarga,” katanya dalam perbualan baru-baru ini.

Bekas pengurus artis syarikat rakaman Maestro Talent and Management Sdn. Bhd. (Maestro) ini juga tidak lokek untuk berkongsi rezeki dengan mana-mana golongan yang memerlukan. Ditanya tentang keistimewaan Restoran Intai-Intai sepanjang bulan ini, Baha mengatakan pihaknya menawarkan pakej Nuansa Tradisi Ramadan 2011.

Pakej itu memperkenalkan 100 jenis hidangan berbuka berkonsepkan “Bangkok Hawker Food” dan masakan kampung dari Kelantan termasuk pembuka selera, goreng-gorengan dan kambing bakar. Pengunjung yang singgah berbuka puasa ke restoran ini pasti teruja dengan atmosfera Melayu dan hijauan pokok di tengah kota. Untuk tempahan, boleh hubungi Baha sendiri di talian 012-3005856 atau 017-2102243 (Bad).

Thursday, August 04, 2011

[SCHEDULE] Adam & VIP : 10 & 11 Ogos 2011


10 OGOS 2011
Adam & V.I.P
Jam 4.30pm di Sg. Wang, Concourse Stage, KL

11 OGOS 2011
Adam & V.I.P
Jam 4.30pm di Sg. Wang, Concourse Stage, KL

[AUDIO] Adam & V.I.P : Segmen Carta Hot FM

Part 1


Part 2


Part 3


Part 4


Part 5


credits :
recorded by asilah @ afcm/avx
videos by aicofc @ yt

[AUDIO] Adam & V.I.P : Segmen Carta 40 ERA

Part 1



Part 2


credits :
recorded by asilah @ afcm/avx
videos by aicofc @ yt

Sunday, July 31, 2011

[VIDEO] Lucu! Video2 sekitar hari Karnival



[ARTIKEL] Adam Memanjat, Alyah Cari Selipar

Harian Metro : 30 Julai 2011

(klik pada gambar untuk lihat dengan lebih jelas)

[NOTIS] Facebook Real : Yang Mana Satu?

Ramai bertanyakan kami tentang Facebook Adam yang paling betul sekali. Kami ingin memberitahu semua, Adam hanya mempunyai dua buah akaun yang betul. Selebihnya hanya PALSU. Sila berhati-hati dengan akaun PALSU ini. Akaun Facebook yang betul hanyalah seperti di bawah :





SILA ABAIKAN AKAUN YANG PALSU. Kami berharap agar semua dapat berhati-hati dengan akaun palsu, jika boleh, sebarkan segala informasi yang kami berikan ini kepada semua supaya nama Adam tidak tercalar dek perlakuan palsu yang dilakukan oleh sesetengah akaun PALSU ini.

Terima kasih kepada semua! ;)

[SCHEDULE] Adam & VIP @ SMK USJ 4

Adam & VIP telah berkesempatan untuk ke hari Karnival di SMK USJ 4 pada 30 Julai 2011 dan mempersembahkan 4 buah lagu iaitu Tak Kesah Kena Marah, Mirotic, Lagu Sedih & Tiga Kata. Mereka juga berpeluang mengunjungi pelbagai gerai pelajar-pelajar sekolah dan beramah mesra serta bergambar dengan mereka.

(klik gambar untuk lebih besar)





Selain itu, Adam & VIP turut sempat beramah mesra dengan anak-anak yatim yang hadir memeriahkan karnival. Yang lebih seronok, mereka sempat masuk ke dalam rumah hantu! Kami tampilkan video khas mereka, aksi selepas keluar daripada rumah hantu! ;)




Video Adam & VIP baru keluar daripada rumah hantu!

credits :
pictures by deeda @ afcm
video by asilah @ afcm

[NOTIS] Jom Berbuka Puasa Bsama Adam & VIP!



Jom sertai kami berbuka puasa bersama Adam & VIP di Restoran Intai-Intai, Ampang Hulu Kelang pada 6 Ogos 2011 (Sabtu) ini! Dalam video telah dinyatakan pada 1 Ogos tetapi tarikh telah ditukar kerana ramai yang tidak dapat turut serta disebabkan masing2 berbuka puasa bersama kaum keluarga pada hari pertama.

Hanya RM 50 untuk seorang! Jika berminat, sila SMS 016 243 0919 & nyatakan nama serta jumlah tempahan. Maklumat lanjut tentang pembayaran akan diberitahu setelah SMS diterima. Tempat terhad dan sila berbuat demikian sebelum 4 Ogos 2011 untuk membolehkan kami menempah tempat.

Thursday, July 21, 2011

[SCHEDULE] Adam & VIP : 23 Julai 2011

23 JULAI 2011
Karnival 10,000 Langkah Sehari My Sihat
Jam 12.00 Tgh Hari di Dataran Putrajaya, Presint 2
23 JULAI 2011
Hot FM Hangatnya Tour
Jam 4.00 Petang di Mydin MITC, Ayer Keroh, Melaka
23 JULAI 2011
Konsert Karnival Gegaria Harian Metro
Jam 10.00 Malam di Plaza Angsana, Johor Bahru

[ARTIKEL] Karnival 10,000 Langkah Sehari My Sihat

ARTIS POPULAR GEGAR KARNIVAL
Oleh Nurulhisham Abdul Latiff
nurul@bharian.com.my
2011/07/20


Penyanyi, pelakon meriahkan program Kementerian Kesihatan, BH

KUALA LUMPUR: Penyanyi Farawahida, Izwan Pilus dan kumpulan VIP antara barisan artis yang bakal menggegarkan pentas persembahan sempena Karnival 10,000 Langkah Sehari My Sihat, Sabtu ini. Selain mereka, beberapa nama popular lain seperti pelakon Zain Saidin dan bintang Akademi Fantasia 4, Farhan Azizan, antara nama bakal menceriakan acara anjuran Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia (My Sihat) dengan kerjasama Berita Harian dan Kementerian Kesihatan itu.

Dijangka 10,000 peserta bakal mengambil bahagian dalam cabaran berjalan kaki 10,000 langkah sejauh 6.5 kilometer di Dataran Putrajaya, Presint 2, Putrajaya. Pada acara itu, orang ramai bukan saja berpeluang berjalan seiringan dengan wajah terkenal tanah air, malah dapat berhibur bersama penyanyi dan kumpulan popular sebaik saja aktiviti cabaran berakhir.

Acara yang bakal dirasmikan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai itu turut dimeriahkan dengan aktiviti senamrobik, pameran, pemeriksaan kesihatan percuma, jualan, penjualan cenderamata Berita Harian, pertandingan mewarna, sukaneka dan pelbagai permainan menarik lain.

Wednesday, July 20, 2011

[VOTE] KAU Song by ADAM @ Muzik-Muzik 26

VOTE Lagu KAU ciptaan ADAM di Muzik-Muzik

CLICK HERE TO VOTE
(Please Register at TV3 Before You Vote)
THANK YOU, TERIMA KASIH! ^____^

Sunday, July 17, 2011

[ARTIKEL] Rentak VIP

17 Julai 2011, Selebriti - Harian Metro
(klik gambar untuk lebih besar)

[ARTIKEL] VIP Projek Istimewa

17 Julai 2011, BiPop - Berita Harian

(klik gambar untuk lebih besar)

Friday, July 15, 2011

[MERCHANDISE] New Multipurpose Straps!

 BARU !

Multipurpose Strap baru Type-D kini telah muncul dalam koleksi terbaru kami! Untuk Type-A hingga Type-C, kesemuanya telah sold out. Kepada yang belum tahu, macam-macam kegunaan multipurpose strap ini, boleh diletakkan di telefon bimbit, buku nota mahupun beg kerana ia mempunyai sebuah penyangkut tali dan penyepit untuk diselitkan di zip ataupun pelbagai barangan lain.


Saiz strap adalah 13.2cm panjang & 2.6cm lebar. Hanya RM12 bagi seuntai tali strap tidak kira jenis A, B, C ataupun D. Harga ini tidak termasuk postage (untuk dihantar ke rumah). Untuk ahli AVX, kami menjualnya dengan harga RM10 sahaja! Tambahan RM3 untuk postage. Yang hanya boleh di order sekarang adalah Type-D. Jika mahu, sila berurusan dengan Kak Weina, SMS 016 243 0919.

SOLD OUT buat masa sekarang

[SCHEDULE] Adam & VIP : 16 & 23 Julai 2011

16 JULAI 2011
Charity Run 7K Sunset
Jam 5 Petang di Sutera Harbour Marina Country Club, Kota Kinabalu

23 JULAI 2011
Show
Jam 12.00 Tgh Hari di Putrajaya
23 JULAI 2011
Hot FM Hangatnya Tour
Jam 4.00 Petang di Mydin MITC, Ayer Keroh, Melaka
23 JULAI 2011
Konsert Karnival Gegaria Harian Metro
Jam 10.00 Malam di Plaza Angsana, Johor Bahru

[ARTIKEL] Gandingan Serasi Lima Anak Muda

12 Julai 2011, Sinar Harian 
 
 (klik gambar untuk lebih besar)

Friday, July 01, 2011

[MAGAZINE] Adam @ KLIK 1 Julai 2011

Artis Merangkap Tauke
Untuk terus kekal memperjuangkan muzik tanah air, Adam telah membuka syarikat rakamannya sendiri iaitu Aico Empire Group. Ia berperanan untuk mencungkil bakat baru dan semua yang ada kena mengena dengan muzik!

credit :

magazine scanned by dda

[SCHEDULE] Adam @ Hari Koperasi Negara

Temui Adam dan kumpulannya, V.I.P di Konsert Hari Koperasi Negara jam 9 malam pada 9 Julai ini! Jom bersama meriahkan Hari Koperasi Negara yang bakal diadakan di medan letak kereta istana kehakiman negara. Pelbagai aktiviti menarik akan turut diadakan daripada 8 Julai sehingga 10 Julai ini!



credit :
poster shared by shaikh nizam @ fb

Monday, June 27, 2011

[SCHEDULE] Adam : 2 & 9 Julai 2011

2 JULAI 2011
Karnival Usahawan Desa
Jam 9 Malam di Mini Stadium Kuala Pilah

9 JULAI 2011
Konsert Gegar Hari Koperasi Negara
Jam 9.00 Malam di Medan Letak Kereta Istana Kehakiman Putrajaya

Saturday, June 25, 2011

[ARTIKEL] 120 Bakal Sertai Cabaran Daisy

KUALA LUMPUR – Seramai 120 peserta dari seluruh negara dijangka menyertai Cabaran Daisy Sehebat Chef 2011 yang akan membuka tirainya di Terengganu pada 18 Jun ini. Eksekutif Iklan Kosmo!, Nizam Baharuddin berkata, kesemua peserta itu akan dibahagi kepada empat zon yang setiap satu membabitkan 30 peserta. “Daripada 30 peserta ini, 15 akan bertanding dalam kategori kek dan 15 lagi kategori biskut,” katanya ketika dihubungi semalam. Menurutnya, peringkat Zon Timur di Giant, Kuala Terengganu adalah pada 18 Jun ini manakala Zon Tengah di AEON AU2 Setiawangsa, Kuala Lumpur pada 26 Jun.

Zon Utara pula katanya, di Star Parade Alor Setar pada 2 Julai diikuti Giant, Tampoi, Johor Bahru pada 10 Julai. Katanya, cabaran peringkat akhir yang menghimpunkan dua peserta terbaik dari setiap zon pula akan berlangsung di Plaza Shah Alam pada 17 Julai. “Bagaimanapun, orang ramai yang berada di sekitar kawasan negeri-negeri terbabit dialu-alukan menyertai pertandingan ini. “Mereka boleh datang daftar bagi menyahut cabaran membuat kek dan biskut dengan resipi unik masing-masing,” katanya.

Tambah Nizam, pertandingan tersebut akan diserikan dengan persembahan artis tempatan seperti Mila Akademi Fantasia (AF5), Ahmad Nubhan Ahamad (AF6), Adam (AF2), Adira Suhaimi (AF8), Black dan ramai lagi.

“Oleh itu, orang ramai jangan lepaskan peluang berhibur bersama artis di samping menyaksikan gelagat peserta pertandingan. “Apa yang lebih menarik, hadiah misteri dan istimewa menanti para peserta yang berjaya menyahut cabaran sengit ini,” jelasnya lagi. Juara akan meraih RM5,000 dan barangan Tupperware bernilai RM5,000 manakala tempat kedua menerima wang dan barangan Tupperware bernilai RM3,000. Pemenang tempat ketiga pula akan memenangi barangan Tupperware bernilai RM2,000 dan wang tunai RM2,000.

Dalam pada itu, Nizam mengalu-alukan penyertaan orang ramai untuk menyertai pertandingan itu kerana tarikh tutup pertandingan berbeza mengikut zon. Katanya, tarikh tutup bagi zon Terengganu adalah pada 16 Jun, Kuala Lumpur 23 Jun, Kedah 30 Jun dan Johor pada 7 Julai.

~ Artikel penuh, sila klik sini ~

Kredit :
Artikel oleh Jagatheswary Narayanan dan Suhana Veru
berita@kosmo.com.my

[MERCHANDISE] Multipurpose Straps!

Hai! Baru-baru ini kami ada mengeluarkan barangan terbaru AicoVX iaitu Multipurpose Straps! Macam-macam kegunaannya, boleh diletakkan di telefon bimbit, buku nota mahupun beg kerana ia mempunyai sebuah penyangkut tali dan penyepit untuk diselitkan di zip ataupun pelbagai barangan lain.


Setiap strap ada tulisan AICO.VX dan A.D.A.M. Jenis A berwarna merah, tulisan putih. Jenis B pula berwarna silver, tulisan merah dan jenis C pula berwarna merah, tulisan silver. Saiz strap adalah 13.2cm panjang & 2.6cm lebar.

Contoh Straps yang diletakkan di buku.

Hanya RM12 bagi seuntai tali strap tidak kira jenis A, B ataupun C. Harga ini tidak termasuk postage (untuk dihantar ke rumah). Untuk ahli AVX, kami menjualnya dengan harga RM10 sahaja! Tambahan RM3 untuk postage. Buat masa ini, ketiga-tiga jenis straps sudah habis dijual. Kami akan membuka tempahan untuk Batch ke 2 tidak lama lagi jika ramai yang berminat!

 
Original Template By : uniQue  |    Modified and Maintained By : Intydez