Friday, June 24, 2011

[ADMIN] Notes to all. Hello! :)

Hello! Assalamualaikum & Selamat sejahtera!

Syukur alhamdulillah kerana kami selaku AicoVX ataupun nama lamanya Adam Fanclub Malaysia masih utuh berdiri di belakang ADAM sehingga kini hampir 7 tahun lamanya. Terima kasih yang tidak terhingga buat semua peminat-peminat ADAM yang masih setia bersama!

Kami ingin update serba sedikit cerita tentang ADAM & aktiviti FC yang akan berlangsung tahun ini. Kebanyakan cerita baru kami akan kemaskini di Facebook kerana ianya lebih cepat. Namun begitu, kami akan menggunakan bog ini semula sebagai salah satu medium perantaraan ADAM dan peminat.

ADAM
Alhamdulillah, ADAM telah pun berangkat menunaikan umrah pada 11 Jun sehingga 22 Jun yang lalu di Tanah Suci Mekah. Berkat doa semua, ADAM kini sudahpun selamat berada di Malaysia dan meneruskan kerjayanya seperti biasa. Bagi yang mahu mendekatkan diri dengan ADAM, jangan lupa LIKE FBnya yang betul iaitu ADAM AF2 REAL.

AKTIVITI FANCLUB
Setakat ini, kami telah mengadakan beberapa aktiviti kecil bersama ADAM tahun ini. Antaranya ialah menonton wayang filem Merong Mahawangsa bersama Adam dan VIP di Pavilion. Juga ADAM berkesempatan untuk mengadakan hi-tea kecil-kecilan di Restoran Chicken Huts, The Mall bersama Fanclub. Kemungkinan besar kami akan mengadakan ulangtahun ke 7 Fanclub yang jatuh pada 19 September 2011, serentak dengan tarikh kelahiran Adam yang ke 28. Tunggu pengumuman kami okey?

KONSERT
ADAM akan mengadakan mini konsert khas untuk para peminat bulan Oktober ini. Teruskan bersama kami untuk mengetahui butiran lanjut mengenai mini konsert ini. Acara ini sangat istimewa kerana ADAM akan menghiburkan penonton yang datang selama dua jam setengah dengan mempelbagaikan corak persembahan dan kejutan yang tidak disangka! Boleh mula kumpul duit sekarang ini kerana kami akan menjual tiket-tiket konsert selepas Hari Raya Aidilfitri.

Sehingga kali ini saja. Semoga bertemu di lain masa! Selamat menempuhi hari-hari yang mendatang dengan rasa penuh ikhlas dan semangat yang tinggi! Wassalam & selamat malam! :)

~ Admin AicoVX ~

No comments:

 
Original Template By : uniQue  |    Modified and Maintained By : Intydez