Friday, June 24, 2011

Contest AVX~!

Salam & Selamat Sejahtera semua,
Kami memohon maaf kerana jarang update blog ini kerana seperti mana yang sedia maklum, kami mempunyai akaun Facebook AVX dan kebanyakan update, kami post di sana. Namun, kami menyedari tidak semua mengikuti FB, jadi kami bercadang untuk aktifkan kembali blog ini. :)

CONTEST
AicoVX akan mengadakan 2 siri contest di internet. Semua orang boleh menyertainya. Sila rujuk arahan sebelum bertanyakan soalan.

CONTEST PERTAMA : KLIK-KLIK ADAM
Penyertaan : Hanya untuk mereka yang menjadi rakan FB AicoVX, jika belum add, cepat2 add ok?
Cara :
1. Hantar gambar anda bersama Adam. Boleh di'photoshop' jika tidak pernah jumpa.
2. Emel kepada aico.vx@gmail.com sebelum 30 Jun.
(Sila tulis nama di FB supaya senang kami tag)
3. Bermula 1 Julai, kami akan upload semua gambar ke dalam album AicoVX.
4. Gambar terbanyak yang dapat LIKE, akan terima hadiah eksklusif daripada Adam & AVX.
5. 2 Gambar pilihan Adam sendiri akan turut mendapat hadiah misteri~!

CONTEST KEDUA : ADAM YANG KUKENALI
Penyertaan : Semua orang boleh sertai pertandingan ini.
Cara :
1. Berlangsung sehingga 20 Julai 2011.
2. Setiap hari kami akan beri satu soalan. Sila kumpul sehingga 30 soalan.
3. Jawab setiap soalan yang diberi & lengkapkan slogan
4. Hantar ke emel sebelum 25 Julai
5. Pemilihan 3 pmenang berdasarkan jawapan yang tepat & slogan yang menarik.

SOALAN TERKUMPUL :
1. Berikan Nama Penuh Adam & Tarikh Lahirnya
2. Di Manakah Adam & Kumpulannya, Esdco selalu membuat persembahan sebelum Adam bergelar penyanyi? (Nyatakan nama tempat & daerah sekali)
3. Di manakah tempat kelahiran Adam? (Sila nyatakan nama hospital & daerah sekali)
4. Apakah jenama kereta pertama milik Adam selepas bergelar penyanyi? Nyatakan jenama, warna asal & no plat.

Selamat Mencuba~!!! ;)

No comments:

 
Original Template By : uniQue  |    Modified and Maintained By : Intydez