Saturday, June 25, 2011

[ARTIKEL] 120 Bakal Sertai Cabaran Daisy

KUALA LUMPUR – Seramai 120 peserta dari seluruh negara dijangka menyertai Cabaran Daisy Sehebat Chef 2011 yang akan membuka tirainya di Terengganu pada 18 Jun ini. Eksekutif Iklan Kosmo!, Nizam Baharuddin berkata, kesemua peserta itu akan dibahagi kepada empat zon yang setiap satu membabitkan 30 peserta. “Daripada 30 peserta ini, 15 akan bertanding dalam kategori kek dan 15 lagi kategori biskut,” katanya ketika dihubungi semalam. Menurutnya, peringkat Zon Timur di Giant, Kuala Terengganu adalah pada 18 Jun ini manakala Zon Tengah di AEON AU2 Setiawangsa, Kuala Lumpur pada 26 Jun.

Zon Utara pula katanya, di Star Parade Alor Setar pada 2 Julai diikuti Giant, Tampoi, Johor Bahru pada 10 Julai. Katanya, cabaran peringkat akhir yang menghimpunkan dua peserta terbaik dari setiap zon pula akan berlangsung di Plaza Shah Alam pada 17 Julai. “Bagaimanapun, orang ramai yang berada di sekitar kawasan negeri-negeri terbabit dialu-alukan menyertai pertandingan ini. “Mereka boleh datang daftar bagi menyahut cabaran membuat kek dan biskut dengan resipi unik masing-masing,” katanya.

Tambah Nizam, pertandingan tersebut akan diserikan dengan persembahan artis tempatan seperti Mila Akademi Fantasia (AF5), Ahmad Nubhan Ahamad (AF6), Adam (AF2), Adira Suhaimi (AF8), Black dan ramai lagi.

“Oleh itu, orang ramai jangan lepaskan peluang berhibur bersama artis di samping menyaksikan gelagat peserta pertandingan. “Apa yang lebih menarik, hadiah misteri dan istimewa menanti para peserta yang berjaya menyahut cabaran sengit ini,” jelasnya lagi. Juara akan meraih RM5,000 dan barangan Tupperware bernilai RM5,000 manakala tempat kedua menerima wang dan barangan Tupperware bernilai RM3,000. Pemenang tempat ketiga pula akan memenangi barangan Tupperware bernilai RM2,000 dan wang tunai RM2,000.

Dalam pada itu, Nizam mengalu-alukan penyertaan orang ramai untuk menyertai pertandingan itu kerana tarikh tutup pertandingan berbeza mengikut zon. Katanya, tarikh tutup bagi zon Terengganu adalah pada 16 Jun, Kuala Lumpur 23 Jun, Kedah 30 Jun dan Johor pada 7 Julai.

~ Artikel penuh, sila klik sini ~

Kredit :
Artikel oleh Jagatheswary Narayanan dan Suhana Veru
berita@kosmo.com.my

No comments:

 
Original Template By : uniQue  |    Modified and Maintained By : Intydez