Thursday, July 21, 2011

[ARTIKEL] Karnival 10,000 Langkah Sehari My Sihat

ARTIS POPULAR GEGAR KARNIVAL
Oleh Nurulhisham Abdul Latiff
nurul@bharian.com.my
2011/07/20


Penyanyi, pelakon meriahkan program Kementerian Kesihatan, BH

KUALA LUMPUR: Penyanyi Farawahida, Izwan Pilus dan kumpulan VIP antara barisan artis yang bakal menggegarkan pentas persembahan sempena Karnival 10,000 Langkah Sehari My Sihat, Sabtu ini. Selain mereka, beberapa nama popular lain seperti pelakon Zain Saidin dan bintang Akademi Fantasia 4, Farhan Azizan, antara nama bakal menceriakan acara anjuran Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia (My Sihat) dengan kerjasama Berita Harian dan Kementerian Kesihatan itu.

Dijangka 10,000 peserta bakal mengambil bahagian dalam cabaran berjalan kaki 10,000 langkah sejauh 6.5 kilometer di Dataran Putrajaya, Presint 2, Putrajaya. Pada acara itu, orang ramai bukan saja berpeluang berjalan seiringan dengan wajah terkenal tanah air, malah dapat berhibur bersama penyanyi dan kumpulan popular sebaik saja aktiviti cabaran berakhir.

Acara yang bakal dirasmikan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai itu turut dimeriahkan dengan aktiviti senamrobik, pameran, pemeriksaan kesihatan percuma, jualan, penjualan cenderamata Berita Harian, pertandingan mewarna, sukaneka dan pelbagai permainan menarik lain.

No comments:

 
Original Template By : uniQue  |    Modified and Maintained By : Intydez