Sunday, August 28, 2011

[ARTIKEL] Enam Artis Popular Kongsi Kisah Raya - Adam Teringat Kenangan Mercun

28 Ogos 2011, Sinar Harian

Klik untuk lebih jelas

[ARTIKEL] Enam Artis Popular Kongsi Kisah Raya

Setelah hampir sebulan berpuasa, kedatangan Syawal yang bakal menjelang dua hari lagi, pastinya dinanti-nantikan umat Islam. Malah pada Syawal juga, sudah menjadi amalan buat umat Islam untuk ziarah-menziarahi sesama keluarga dan kenalan.

Bergelar artis tentunya memberi kenangan serta pengalaman tersendiri buat individu yang menyandang gelaran itu. Walaupun bergelar individu yang dikenali, sambutan hari lebaran tidak banyak bezanya. Hanya tumpuan peminat lebih terarah kepada selebriti pujaan mereka.

Zass menampilkan ceritera enam artis popular menjelang Syawal ini.

Adam teringat kenangan mercun

Penyanyi yang lahir menerusi program Akademi Fantasia musim kedua, Adam berkata tiap kali menjelang lebaran, dia pasti terkenang peristiwa yang berlaku semasa kecil.

“Jika melihat budak kecil bermain bunga api dan mercun, saya mesti teringat masa zaman saya masih sekolah. Dek kerana terlalu asyik bermain mercun dan bunga api, akhirnya ia masuk ke dalam baju saya.

“Mujur tidak mengalami kecederaan serius, cuma baju saya terkoyak kerana letupan mercun itu,” katanya.

Adam berkata, dia akan pulang ke Kota Kinabalu, Sabah esok (29 Ogos) kerana masih terikat dengan persembahan di Melaka.

“Biarpun pulang sehari sebelum raya, tapi segala persiapan telah dilakukan. Kami sekeluarga akan mengenakan baju warna kuning sedondon pada pagi raya. Saya tidaklah melakukan persiapan berlebihan untuk diri saya sebaliknya memberi tumpuan kepada tiga adik saya.

“Dari segi persiapan biskut dan juadah, saya serahkan kepada ibu saya dan saya telah beri wang lebih awal.

“Saya akan bercuti lebih kurang seminggu sebelum kembali semula ke Kuala Lumpur kerana selepas itu akan terikat dengan kerja lain,” katanya.

Tambah Adam lagi, juadah wajib yang akan dicari pada pagi raya adalah rendang dan ketupat air tangan neneknya kerana masakan itu paling dirindu setiap kali hari lebaran.

Saturday, August 27, 2011

Thursday, August 25, 2011

[VIDEO] Fancam : Show @ Mydin Mall Subang USJ


Sambutan Hari Merdeka oleh Artis2 Jemputan

Adam Melaungkan Azan Maghrib

Video-video lain akan di post daripada semasa ke semasa :)

[PHOTO] Show : Berbuka Puasa Media Hiburan @ Mydin Mall


Pada hari Ahad yang lepas (21 Ogos) Adam, V.I.P (Fadlan & Yandy) dan Shima telah menghadiri Majlis Berbuka Puasa bersama anak2 yatim daripada Raudah anjuran Media Hiburan di perkarangan Mydin Mall Subang USJ. Adam & V.I.P menyampaikan dua buah lagu iaitu Lagu Sedih & Tiga Kata. Manakala Shima pula mendendangkan lagu terbarunya yang bakal muncul, 'Tak Sabar'.


Friday, August 19, 2011

[ PHOTO] Aktiviti FC ke 35 : Shopping Anak2 Baitul Fiqh Bsama Adam & VIP

Penaja Utama : Mydin Mall Subang USJ
Anjuran : AdamFCM / AVX / Aico Empire Group

Pada hari Rabu lepas, kami telah menganjurkan aktiviti membeli belah bersama-sama anak-anak daripada Baitul Fiqh dengan Adam dan juga VIP. Aktiviti ini telah disertai 20 orang anak-anak dan AJK2 AVX turut turun padang membantu mereka membeli keperluan hari raya. Jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat, terutamanya pihak Mydin Mall Subang USJ yang menjadi penaja utama kali ke 6 untuk aktiviti kami.

Wajah kegembiraan anak-anak jelas kelihatan, apatah lagi apabila disulami dengan lawak jenaka, usikan dan perbualan dengan Adam, Yandy, Ryan, Marlon serta Fadlan yang tidak jemu menghulurkan bantuan biarpun berpuasa. Pengunjung pusat membeli belah dan pekerja-pekerja di situ juga tidak putus-putus mengambil kesempatan untuk bergambar kenangan.

Untuk pengetahuan semua, aktiviti sebegini memang kita adakan saban tahun di antara anak-anak yang memerlukan keperluan hari raya dengan artis-artis. InsyaALLAH jika ada rezeki, akan ada juga aktiviti amal yang bakal dianjurkan supaya peminat-peminat dapat turun padang sekali untuk membantu. Terima kasih banyak-banyak kepada semua. InsyaALLAH, ada rezeki tahun depan kita jumpa lagi. :)









Klik di bawah ini untuk melihat lebih banyak gambar.
Bahagian 1
Bahagian 2

Monday, August 08, 2011

[ARTIKEL] Restoran Intai-Intai, Artis Raikan Anak Yatim

mStar Online, 8 Ogos 2011

 Antara selebriti yang memeriahkan majlis berbuka puasa bersama-sama anak yatim anjuran Restoran Intai-Intai.

MAJLIS berbuka puasa menjadi lebih bermakna apabila ia diraikan oleh mereka yang kurang bernasib baik khususnya anak-anak yatim. Seperti amalan biasa setiap kali Ramadan, anak-anak yatim dan orang-orang tua akan mendapat perhatian apabila syarikat-syarikat korporat menaja majlis berbuka puasa bagi meraikan mereka.

Restoran Intai-Intai yang terletak di Backyard, Jalan Ampang, Hulu Klang, Kuala Lumpur milik Baha Azman Nor tidak ketinggalan meraikan anak-anak yatim dengan penglibatan para artis. Kira-kira 48 anak yatim termasuk pelajar tahfiz dari Rumah Jagaan Al-Hidayah, Setapak Kuala Lumpur diraikan dalam majlis yang sederhana pada awal Ramadan lalu.

Keceriaan mereka jelas terbayang apabila berpeluang berjumpa dengan artis kesayangan masing-masing yang turut mengambil peluang berbuka bersama. Inilah masanya golongan yang kurang bernasib baik itu dapat bertemu para artis yang selama ini hanya ditonton menerusi televisyen sahaja.

Antara artis yang memeriahkan majlis berbuka puasa itu seperti Adam (AF2), Kumpulan V.I.P, Amran Ismail, Zain Saidin, Daus (AF8), Syed Ali, Lena (AF9), Roslan Shah, Rizal, Linda Jasmin, Que Haidar dan pengarah filem pendek Shuhaimi Lua. Mereka mengambil peluang merapatkan diri dengan golongan yang kurang bernasib baik untuk sama-sama merasai pengalaman beraya dan juga berpuasa sebagai anak yatim.

Menurut Amran, amalan mendekatkan diri dengan golongan tersebut merupakan sesuatu aktiviti yang amat baik apatah lagi pada bulan Ramadan. “Saya akan bercuti selama sebulan dan akan berkunjung ke rumah anak-anak yatim untuk berjumpa dengan mereka. Ini salah satu amalan yang hendak saya lakukan pada tahun ini,” kata Amran.

Sementara bagi Zain Saidin, golongan yang kurang bernasib baik dapat memberi keinsafan kepada setiap manusia untuk lebih mengenali diri sendiri. Katanya merapatkan diri dengan golongan berkenaan pada bulan Ramadan mampu membersihkan jiwa daripada perasaan yang tidak baik.

“Apabila kita melihat anak-anak yatim, ia banyak mengajar kita untuk melihat kelemahan dan kekurangan diri sendiri,” katanya. Perkara itu turut di sokong oleh artis-artis lain yang menggagap bulan mulia ini wajar dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti yang boleh mendekatkan seseorang dengan masyarakat khususnya golongan yang kurang bernasib baik.

Sementara itu pemilik restoran berkenaan iaitu Baha yang juga bekas warden asrama Akademi Fantasia Ketiga (AF3), restoran berkenaan menyediakan lebih 101 hidangan berbuka puasa dengan konsep atmosfera rumah Melayu. 

Selain daripada hidangan berupa pelbagai jenis kuih-muih Melayu, Intai-Intai juga turut memperkenalkan hidangan dari Bangkok, kambing panggang, laksam dan juga nasi kerabu. Harga bagi seorang ialah RM48. Untuk tempahan dan pertanyaan boleh hubungi Bad 019-6167004. 

*Artikel dipetik daripada sisipan Mingguan mStar yang diedarkan bersama akhbar The Sunday Star keluaran 17 Julai di sekitar Lembah Klang. 


[ARTIKEL] VIP Berbuka Bersama Peminat

Sinar Harian, 8 Ogos 2011

klik gambar untuk lebih jelas


Kesempatan kehadiran Ramadan Al-Mubarak ini, digunakan lima anak muda yang bergabung di bawah nama VIP iaitu Marlon, Yandy, Ryan, Fadlan dan Adam untuk berbuka puasa bersama peminat bertuah, kelmarin. Majlis berbuka puasa dengan tema Arabian Night itu diadakan di Restoran Intai-Intai, Ampang dan disertai 39 peminat bertuah serta artis naungan Aico Empire Group, Shima.

Salah seorang Ahli Jawatankuasa Kelab Peminat Adam (AICOVX) yang menguruskan perjalanan majlis tersebut, Weina Rosli berkata, peminat kumpulan VIP sudah mula hadir seawal jam lima petang, meskipun majlis bermula pada jam 6.30 petang. Menurutnya, semua yang hadir memenuhi tema ditetapkan iaitu berpakaian ala-ala Arab, malah ada peminat sanggup hadir lebih awal kerana teruja untuk meluangkan masa bersama VIP.

“Idea majlis berbuka puasa ini dicadangkan sendiri oleh Adam dan dipersetujui oleh ahli VIP yang lain. “Selain dapat berbuka puasa bersama, aktiviti ini juga dapat mengeratkan silaturahim antara kumpulan VIP dan peminat mereka,” katanya ketika dihubungi Zass. Weina berkata, selain berbuka puasa, mereka turut mengadakan beberapa aktiviti selingan selepas solat Isyak antaranya susun lagu, teka lagu dan kotak beracun.

“Kami turut menyelitkan beberapa permainan menguji ingatan mereka dan turut mengadakan cabutan undian bertuah dan peminat yang bertuah itu akan menerima hadiah berupa tasbih dan CD yang disumbangkan oleh Adam sendiri. “Ternyata semua yang hadir berpuas hati kerana dapat mendekati semua ahli VIP dan VIP juga amat menghargai kehadiran peminat berbuka puasa bersama,” katanya.

Bukan setakat aktiviti permainan, Adam juga sempat menghiburkan tetamu di restoran berkenaan apabila sudi menyanyikan lagu Bila Larut Malam bersama live band di sana. Selain itu, kumpulan VIP turut menyanyikan beberapa lagu secara acapella bagi memenuhi permintaan peminat yang hadir.

Tambah Weina lagi, pihak AICOVX begitu terharu dengan kehadiran peminat dan berterima kasih dengan kerjasama yang diberikan oleh Restoran Intai-Intai. “Kami berharap aktiviti seumpama ini dapat diadakan lagi selepas ini dan kami amat berterima kasih dengan kerjasama Restoran Intai-Intai,” katanya.

Sunday, August 07, 2011

[ARTIKEL] Kongsi Kebahagiaan Bersama Anak Yatim

Akhbar Sisipan Pancaindera, Mingguan Malaysia
7 Ogos 2011
Oleh Amirah Amaly Syafaat
amirah.amaly@utusan.com.my

klik pada gambar untuk lihat lebih jelas

Antara isi sisipan akhbar :

1 RAMADAN 1432 mencatat kenangan manis buat sekumpulan 48 kanak-kanak dari Maahad Tahfiz Al-Quran dan anak-anak yatim dari Rumah Jagaan Al-Hidayah, Setapak Kuala Lumpur. Pada hari pertama bulan penuh keberkatan, mereka berkesempatan untuk berbuka puasa di Restoran Intai-Intai, Ampang Hulu Klang, Selangor.

Wajah keriangan menghiasi air muka setiap kanak-kanak tersebut yang begitu sabar menanti waktu berbuka puasa. Biarpun kali pertama menjejakkan kaki ke restoran berkenaan, mereka dilihat cukup menjaga tingkah laku di tempat baru.

Kesemua anak-anak itu lebih bersemangat tatkala melihat wajah juara Imam Muda musim pertama, Muhammad Asyraf Mohd. Ridzuan atau Asyraf, hadir pada majlis berkenaan. Kesempatan emas itu digunakan kanak-kanak itu untuk bersalam dan saling bertanya khabar. Gambaran diberikan ketika itu seperti semut mendatangi gula, Asyraf sentiasa dikerumuni setiap masa.

Masakan tidak, tazkirah pendek berkaitan keberkatan bulan Ramadhan yang diberikan Asyraf selepas mengimamkan solat Maghrib diamati penuh teliti oleh anak-anak tahfiz itu. Asyraf juga dilihat cukup mesra melayan kanak-kanak itu dan memberi nasihat berguna untuk panduan hidup di dunia dan akhirat.

Aliran agama menyatukan mereka untuk saling berkongsi apa sahaja pada 1 Ramadan yang jatuh pada 1 Ogos lalu. Selain Asyraf, artis lain yang turut memeriahkan majlis berbuka puasa tersebut adalah Que Haidar bersama isteri, Linda Jasmine dan anak mereka.

Adam dan Kumpulan V.I.P , Zain Saidin, Daus AF8, Syed Ali, Lena AF9 juga tidak melepaskan peluang tersebut. Acara diserikan dengan celoteh Roslan Shah yang bertindak sebagai pengacara. Mereka semua tak menang tangan melayan kerenah anak-anak kecil itu sewaktu beratur memilih juadah berbuka.

Keletihan seharian berpuasa tidak terasa apabila ia diisi dengan lawak jenaka dan sendaloka yang tidak putus daripada golongan artis. Majlis bertambah riuh di penghujung acara. Apabila artis yang terlibat memberikan sumbangan duit raya dan hamper dari pihak penaja termasuk dari Butik Citra Ampang Point dan Coway Malaysia sebelum acara ditutup pukul 9.45 malam.

Pemilik dan pengusaha Restoran Intai-Intai, Baha Azman Nor memberitahu bahawa acara berbuka puasa itu merupakan agenda tahunan di premisnya. “Saya menjemput semua artis berbuka puasa di Restoran Intai-Intai setiap tahun. Sesiapa yang ada kelapangan dialu-alukan. Tidak kiralah sama ada artis itu bujang atau berkeluarga,” katanya dalam perbualan baru-baru ini.

Bekas pengurus artis syarikat rakaman Maestro Talent and Management Sdn. Bhd. (Maestro) ini juga tidak lokek untuk berkongsi rezeki dengan mana-mana golongan yang memerlukan. Ditanya tentang keistimewaan Restoran Intai-Intai sepanjang bulan ini, Baha mengatakan pihaknya menawarkan pakej Nuansa Tradisi Ramadan 2011.

Pakej itu memperkenalkan 100 jenis hidangan berbuka berkonsepkan “Bangkok Hawker Food” dan masakan kampung dari Kelantan termasuk pembuka selera, goreng-gorengan dan kambing bakar. Pengunjung yang singgah berbuka puasa ke restoran ini pasti teruja dengan atmosfera Melayu dan hijauan pokok di tengah kota. Untuk tempahan, boleh hubungi Baha sendiri di talian 012-3005856 atau 017-2102243 (Bad).

Thursday, August 04, 2011

[SCHEDULE] Adam & VIP : 10 & 11 Ogos 2011


10 OGOS 2011
Adam & V.I.P
Jam 4.30pm di Sg. Wang, Concourse Stage, KL

11 OGOS 2011
Adam & V.I.P
Jam 4.30pm di Sg. Wang, Concourse Stage, KL

[AUDIO] Adam & V.I.P : Segmen Carta Hot FM

Part 1


Part 2


Part 3


Part 4


Part 5


credits :
recorded by asilah @ afcm/avx
videos by aicofc @ yt

[AUDIO] Adam & V.I.P : Segmen Carta 40 ERA

Part 1



Part 2


credits :
recorded by asilah @ afcm/avx
videos by aicofc @ yt
 
Original Template By : uniQue  |    Modified and Maintained By : Intydez