Sunday, August 28, 2011

[ARTIKEL] Enam Artis Popular Kongsi Kisah Raya

Setelah hampir sebulan berpuasa, kedatangan Syawal yang bakal menjelang dua hari lagi, pastinya dinanti-nantikan umat Islam. Malah pada Syawal juga, sudah menjadi amalan buat umat Islam untuk ziarah-menziarahi sesama keluarga dan kenalan.

Bergelar artis tentunya memberi kenangan serta pengalaman tersendiri buat individu yang menyandang gelaran itu. Walaupun bergelar individu yang dikenali, sambutan hari lebaran tidak banyak bezanya. Hanya tumpuan peminat lebih terarah kepada selebriti pujaan mereka.

Zass menampilkan ceritera enam artis popular menjelang Syawal ini.

Adam teringat kenangan mercun

Penyanyi yang lahir menerusi program Akademi Fantasia musim kedua, Adam berkata tiap kali menjelang lebaran, dia pasti terkenang peristiwa yang berlaku semasa kecil.

“Jika melihat budak kecil bermain bunga api dan mercun, saya mesti teringat masa zaman saya masih sekolah. Dek kerana terlalu asyik bermain mercun dan bunga api, akhirnya ia masuk ke dalam baju saya.

“Mujur tidak mengalami kecederaan serius, cuma baju saya terkoyak kerana letupan mercun itu,” katanya.

Adam berkata, dia akan pulang ke Kota Kinabalu, Sabah esok (29 Ogos) kerana masih terikat dengan persembahan di Melaka.

“Biarpun pulang sehari sebelum raya, tapi segala persiapan telah dilakukan. Kami sekeluarga akan mengenakan baju warna kuning sedondon pada pagi raya. Saya tidaklah melakukan persiapan berlebihan untuk diri saya sebaliknya memberi tumpuan kepada tiga adik saya.

“Dari segi persiapan biskut dan juadah, saya serahkan kepada ibu saya dan saya telah beri wang lebih awal.

“Saya akan bercuti lebih kurang seminggu sebelum kembali semula ke Kuala Lumpur kerana selepas itu akan terikat dengan kerja lain,” katanya.

Tambah Adam lagi, juadah wajib yang akan dicari pada pagi raya adalah rendang dan ketupat air tangan neneknya kerana masakan itu paling dirindu setiap kali hari lebaran.

No comments:

 
Original Template By : uniQue  |    Modified and Maintained By : Intydez