Monday, August 08, 2011

[ARTIKEL] VIP Berbuka Bersama Peminat

Sinar Harian, 8 Ogos 2011

klik gambar untuk lebih jelas


Kesempatan kehadiran Ramadan Al-Mubarak ini, digunakan lima anak muda yang bergabung di bawah nama VIP iaitu Marlon, Yandy, Ryan, Fadlan dan Adam untuk berbuka puasa bersama peminat bertuah, kelmarin. Majlis berbuka puasa dengan tema Arabian Night itu diadakan di Restoran Intai-Intai, Ampang dan disertai 39 peminat bertuah serta artis naungan Aico Empire Group, Shima.

Salah seorang Ahli Jawatankuasa Kelab Peminat Adam (AICOVX) yang menguruskan perjalanan majlis tersebut, Weina Rosli berkata, peminat kumpulan VIP sudah mula hadir seawal jam lima petang, meskipun majlis bermula pada jam 6.30 petang. Menurutnya, semua yang hadir memenuhi tema ditetapkan iaitu berpakaian ala-ala Arab, malah ada peminat sanggup hadir lebih awal kerana teruja untuk meluangkan masa bersama VIP.

“Idea majlis berbuka puasa ini dicadangkan sendiri oleh Adam dan dipersetujui oleh ahli VIP yang lain. “Selain dapat berbuka puasa bersama, aktiviti ini juga dapat mengeratkan silaturahim antara kumpulan VIP dan peminat mereka,” katanya ketika dihubungi Zass. Weina berkata, selain berbuka puasa, mereka turut mengadakan beberapa aktiviti selingan selepas solat Isyak antaranya susun lagu, teka lagu dan kotak beracun.

“Kami turut menyelitkan beberapa permainan menguji ingatan mereka dan turut mengadakan cabutan undian bertuah dan peminat yang bertuah itu akan menerima hadiah berupa tasbih dan CD yang disumbangkan oleh Adam sendiri. “Ternyata semua yang hadir berpuas hati kerana dapat mendekati semua ahli VIP dan VIP juga amat menghargai kehadiran peminat berbuka puasa bersama,” katanya.

Bukan setakat aktiviti permainan, Adam juga sempat menghiburkan tetamu di restoran berkenaan apabila sudi menyanyikan lagu Bila Larut Malam bersama live band di sana. Selain itu, kumpulan VIP turut menyanyikan beberapa lagu secara acapella bagi memenuhi permintaan peminat yang hadir.

Tambah Weina lagi, pihak AICOVX begitu terharu dengan kehadiran peminat dan berterima kasih dengan kerjasama yang diberikan oleh Restoran Intai-Intai. “Kami berharap aktiviti seumpama ini dapat diadakan lagi selepas ini dan kami amat berterima kasih dengan kerjasama Restoran Intai-Intai,” katanya.

No comments:

 
Original Template By : uniQue  |    Modified and Maintained By : Intydez