Friday, December 02, 2011

[ARTIKEL] Konsert Semangat Inspirasi: Serentak Di Empat Negeri

Oleh: SUDYR
Tarikh: December 1, 2011


Buat julung-julung kalinya, TV3 dengan kerjasama jenama ternama, Coca Cola membawakan 'Konsert Semangat Inspirasi' yang mana kali ini dijayakan diempat buah lokasi berbeza secara serentak.

Acara yang bakal berlangsung pada 11 Disember ini menyaksikan barisan artis ternama negara bergabung di dalam satu konsert. Cuma yang membezakan mereka adalah lokasi persembahan.

Empat lokasi yang dipilih adalah Kuala Lumpur bertempat di Bukit Kiara Equestrian Indoor Arena, Times Square, Pulau Pinang, Kompleks pasir Gudang, Johor Bharu dan Padang Merdeka, Kota Kinabalu, Sabah.

Menariknya, penonton yang hadir bukan sahaja akan menyaksikan persembahan nyanyian daripada artis-artis popular, malah seawal jam 4 petang lagi pelbagai acara akan disediakan untuk mereka.

Konsert Semangat Inspirasi ini akan disiarkan secara langsung dari Bukit Kiara Equestrian Indoor Arena bermula jam 9 malam di TV3 dan turut membuat lintas langsung di tiga lokasi yang lain.

Antara artis yang akan menjayakan persembahan hebat ini di Kuala Lumpur seperti Tomok, Bunkface, Meet Uncle Hussain, Wings, Shila Amzah, Adam & VIP, serta penampilan artis dari Britain iaitu kumpulan One Night Only.

Di Kota Kinabalu pula, peminat pastinya menantikan kemunculan Stacy, Awi Rafael, Najwa Latif dan Sofazr.

Bagi peminat di Johor Bharu pula, kemunculan seperti Black, Mohd, Shiha dan Modread pastinya menggamatkan lagi suasana.

Dan di Pulau Pinang pula, gabungan nama-nama hebat seperti Faizal Tahir, Jaclyn Victor, Adi dan Azlan & The Typewriter bakal menghiburkan peminat di sana.

1 comment:

(''_'') said...

berapa harga tiket?

 
Original Template By : uniQue  |    Modified and Maintained By : Intydez