Wednesday, October 31, 2012

[SCHEDULE] Adam : 10 NOVEMBER 2012 @ Masjid Putra, Putrajaya


Assalamualaikum semua :)

MEMBONGKAR TIPU DAYA JIN, IBLIS & SYAITAN serta BAHAYA TANGKAL & AZIMAT - VERSION 2.0

Tarikh : 10 November 2012 (Sabtu)
Masa : 8.30 pg hingga 4.30 ptg
Tempat : Dewan Kuliah Masjid Putra, Putrajaya
Yuran : RM 100 (bayar masa hari seminar)


Panel Penceramah :
Al Fadhil Ust Hj Mohd Firdaus Abdul Wahid At-Taibun Al-Makki
As Sodiq Mohd Aizam Matsaman Al-Hassani


Antara Pengisian :
- Mengenal hakikat ciptaan jin, dan pembuktian kewujudan.
- Menyingkap tipu daya jin, iblis dan syaitan melalui perubatan islam.
- Menyingkap ilmu perbomohan, pendukunan dan rahsianya.
- Memahami jenis2 dan konsep 'perantara' didalam ilmu perawatan melayu dan tradisional.
- Memahami kaedah perawatan islam.
- Praktikal merasai kewujudan Jin, Iblis dan Syaitan.
- Memahami cara2 mengaplikasi Doa sebagai senjata dan menjadikan rawatan paling ampuh.
- Rahsia terkabulnya doa.


Kalau berminat nak join, sila SMS NAMA PENUH, IC & NO TELEFON ke 016 243 0919 (Weina) untuk daftar.
 Anjuran Unit Dakwah NurSalam Group.

Mari sama-sama kita menuntut ilmu ;)

Thursday, August 02, 2012

[ARTIKEL] 'Bukan masuk politik' - Adam AF

Harian Metro
31 Julai 2012

'Bukan masuk politik', Adam AF akui lebih cenderung mendalami ilmu agama nafi sertai mana-mana parti politik


[INFO] Berbuka Puasa bersama Adam, V.I.P & Baby Shima

Assalamualaikum kepada semua yang merindui Adam, VIP & Baby Shima, boleh join Majlis Buka Puasa yang akan diadakan 11 Ogos 2012 ini di Paradiso@Titiwangsa~! Hanya RM60 seorang.
Maklumat lain, sila lihat poster di bawah. Boleh terus RSVP & inform Ayu Ramli (016 375 8749), Fatin (017 355 2844) atau Arul (012 300 3319).



 Jom jumpa kami ramai2 kat sana!~ ;)

[ARTIKEL] Lagu baru Adam sempena Ramadan

Berita Harian
19 Julai 2012


Friday, July 13, 2012

[SCHEDULE] Adam : 15 JULAI 2012 @ Masjid Putrajaya


"Membongkar Tipu Daya Iblis, Syaitan & Jin"


Tarikh : 15 Julai 2012 (Ahad)
Tempat : Masjid Putrajaya
Masa : 8.30am-4.30pm
Bayaran : RM80 (makan minum + cenderahati)

Panel : Haji Mohd Firdaus At Taibun Al Makki bin Abdul Wahid
Adam akan turut serta dlm program ini.

Siapa yang nak pergi, boleh bagi nama + no IC kepada Weina sebelum Ahad.
Bayar Maybank Aniza Norweina 514271602273. SMS 0142632919 :)


Friday, June 22, 2012

[SCHEDULE] Adam & V.I.P : 23 JUN 2012 @ Alor Star Mall

23 JUN 2012

Tempat : Alor Star Mall (outdoor)

Masa : 4 petang

Kepada warga Kedah terutamanya dari Alor Star dan sesiapa yang free... Jumpa anda semua di sanaa!~ :)

Have a nice weekend :)

Thursday, June 14, 2012

[SCHEDULE] V.I.P : 16 JUN 2012 @ Keningau Sabah


16 JUN 2012

 Pusat Kraftangan Sabah Keningau

Masa : 7.30am-3.00pm

Jangan lupa untuk memeriahkan suasana...datanglah berama-ramai ok? :)

Have a nice weekend :)

Tuesday, June 05, 2012

[SCHEDULE] V.I.P : 8 JUN 2012 & 9 JUN 2012

8 JUN 2012
Jelajah Janji Ditepati TV3
Tempat: Kulim Hi-Tech Park, Kedah

9 JUN 2012
Bintang RTM
Tempat: Auditorium Perdana, Angkasapuri 
Orang ramai dijemput hadir dengan berpakaian sopan dan dewan dibuka seawal jam 8.00 malam.
 Jumpa di sana!~ :)

Have fun and have a nice weekend with family!!!

Saturday, June 02, 2012

[SCHEDULE] Adam : 3 JUN 2012

KONSERT UDARA SEMPENA HARI TUDM KE-54

Temui Adam pada 3 Jun 2012 (Ahad) di Konsert Udara sempena Hari TUDM ke 54 di Pangkalan Udara Subang bermula jam 2ptg! Adam akan perform dalam jam 4 petang tapi ada banyak aktiviti yang akan berlangsung.
 Semua dijemput hadir!


Terbuka kepada orang ramai dari jam 10.00 pagi hingga 7.00 malam
- Konsert bermula pada jam 4.30 petang hingga 7.00 malam
- Pameran Statik Aset- Aset TUDM
- Pertunjukan udara oleh Su-30MKM dan MiG-29N (Smokey Bandits), demonstrasi Pasukan Khas TUDM

Have a nice weekend !!!


Monday, May 28, 2012

[INFO] Majalah In-Trend June

Jangan lupa dapatkan majalah In-Trend June 2012 (cover Siti Saleha) okey? Ada artikel mengenai Adam . Dapatkan di pasaran sekarang!~ ;)


ADAM
Antara KRU dan V.I.P

[ARTIKEL] Adam Akui Buat Silap Sehingga Tersingkir Dalam Mentor 6

mStar Online
Isnin 21 May 2012
Oleh WAHIDUZZAMAN (wahi@thestar.com.my)

KJ gagal mara ke separuh akhir Mentor.


SHAH ALAM: Adam mengakui telah melakukan kesilapan apabila memilih genre muzik tari dalam pertandingan Mentor sehingga membuatkan dia dan protogenya tersingkir dalam pertandingan itu yang diadakan pada Ahad malam.

Adam berkata, dia sedar bahawa genre muzik tari tidak bersesuaian kerana aspek vokal adalah nadi utama yang dinilai dalam pertandingan berkenaan.

"Pada awalnya saya sangkakan genre muzik tari boleh bersaing dalam pertandingan nyanyian tetapi saya silap.

"Kini baru saya sedar aspek vokal adalah perkara paling penting dalam pertandingan nyanyian. Tarian dan persembahan jatuh nombor dua," katanya.

Dalam pertandingan berkenaan yang disiarkan secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) itu KJ atau nama sebenarnya Abd Kadir Unding Lana, 23, tersingkir pada pusingan keempat kumpulan B dalam konsert Mentor musim keenam.

Adam mengakui melakukan kesilapan apabila memilih genre muzik tari untuk KJ.

KJ gagal mara ke pentas separuh akhir apabila memperoleh markah terendah iaitu 216 berbanding Caroline (256) dan Zatul (241).

Mengulas mengenai penyingkiran itu, KJ berkata dia akur dengan keputusan tersebut walaupun tidak menyangka akan tersingkir.

"Kesilapan pada persembahan saya adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan.

"Saya akui gementar selepas melihat Caroline dan Zatul mendapat pujian daripada juri tetap Datuk Ramli MS dan Datuk Sharifah Aini.

"Namun, saya sudah melakukan yang terbaik," katanya.

Dalam pada itu Ramli MS menganggap kesemua peserta sudah berusaha dengan baik melainkan KJ yang banyak melakukan kesilapan.

"Bagi saya, semua peserta sudah berusaha kecuali KJ melakukan yang banyak buat silap dalam persembahannya," kata beliau.

Datuk Sharifah Aini pula mengagumi semangat yang ditunjukkan oleh Zatul dan persembahan Caroline yang dianggapnya bertaraf seperti penghibur.

"Zatul mempamerkan kekuatan dan semangat yang tinggi. Caroline pula melakukan persembahan yang bertaraf sebuah pertunjukan dan bukan pertandingan nyanyian," katanya.

Pada konsert itu, Caroline mendendangkan lagu Aku Bukan Untukmu nyanyian asal Rossa dan Elang (Dewa).

Sementara Zatul mempersembahkan lagu Tak Bisa Memilihmu (Sixth Sense) dan Lagu Untukmu (Meet Uncle Hussain).

KJ menampilkan lagu medley Ombak Rindu/ Bila Cinta (Hafiz & Adira/ Gio) dan Sesal Mendua (Klangit).

Tirai konsert dibuka dengan persembahan lagu medley Datuk Shake iaitu Anugerah Dari Kegagalan, Umi dan Lina.

Konsert itu turut diserikan dengan persembahan Peserta Uji Bakat Pilihan iaitu Beh Kay Hieng (Behonce) menerusi lagu Falling in Love nyanyian asal Datuk Siti Nurhaliza yang menggamatkan suasana.

Format pengiraan markah bagi musim ini masih kekal iaitu 50 peratus daripada juri profesional, 30 peratus (SMS) dan 20 peratus(juri awam).

Mentor 6 yang diacarakan oleh Ally Iskandar Mohd Mardzi dan Nas Ahmad disiarkan pada setiap Ahad, pukul 9 hingga 10.30 malam di TV3.



Tuesday, May 08, 2012

[ARTIKEL] Mentor 6 - Adam Hairan Markah KJ Rendah?

gua.com.my
Selasa 8 May 2012
Oleh Dhiya







Kehangatan Mentor 6 diteruskan apabila kesemua protégé bakal memasuki pusingan penentu nasib mereka sama ada berjaya melangkah ke peringkat separuh akhir atau tidak. Di atas kertas, semuanya nampak samar lagi. Bayangan barisan protégé separuh akhir terlalu sukar untuk ditelah. Kesemuanya mempunyai peminat dan pengaruh masing-masing.

GUA menemubual Adam, Mentor kepada KJ bertanyakan berkenaan gimik penampilan Pija pada konssert yang lalu. Mentornya Adam bersetuju, status KJ yang kini bergelar teman istimewa Pija tidak akan menganggu-gugat perjuangannya dalam Mentor 6.

“ Saya rasa sekarang ni bukanlah trend untuk orang menilai berdasarkan status dan sebagainya. Penonton lebih bijak menilai. Ada sahaja selebriti yang sudah berkahwin tetapi tetap mempunyai peminat tersendiri. Adam percaya mereka sokong KJ sebab bakat yang KJ ada “.

“ Malam ini Adam suka dengan peningkatan vokal KJ cuma Adam sedikit hairan dengan markah yang juri tetap bagi. Bukanlah maksud Adam tak puas hati cuma macam rendah sangat. Mungkin juri menilai dari sudut berbeza. Apa-apapun, Adam hormati segala  komen dan pandangan juri tetap kerana kedua-dua mereka adalah insan seni yang Adam kagumi “, komen Adam mengenai keputusan konsert ketiga itu.

“ Adam sengaja bawa Pija untuk jadi pengiring KJ sebab Adam nak tengok KJ jadi seorang penyanyi profsessional yang boleh kawal mood dan beri persembahan yang mantap walaupun dengan kehadiran Pija. Adam gembira KJ berjaya melalui cubaan ini dengan baik “, ujar Adam.

Saturday, April 28, 2012

[MERCHANDISE] T-Shirt


Assalamualaikum semua :)

T-shirt (lengan pendek sahaja)


RM 30.00 (Ahli AVX)
RM 35.00 (Bukan Ahli AVX)
TAMBAHAN RM10.00 jika perlu dihantar melalui POS

beri NAMA PENUH, ALAMAT PENUH, SAIZ (UNIVERSAL/LADIES) & sms ke 016-2430919 (Sis Weina). Sila beri yang saiz seperti yang tertera di bawah shj.

Bank in ke akaun Maybank Aniza Norweina 164276518410 dan sms Sis Weina 016-2430919 selepas bank in untuk pengesahan pembayaran. Sila sms Sis Weina untuk sebarang pertanyaan . Terima kasih~ :)

[MERCHANDISE] Bookmark


Assalamualaikum semua :)

Bookmark


RM 3.00 setiap satu
TAMBAHAN RM5.00 untuk pos

Bank in ke akaun Maybank Aniza Norweina 164276518410 dan sms Sis Weina 016-2430919 selepas bank in untuk pengesahan pembayaran. Sila sms Sis Weina untuk sebarang pertanyaan . Terima kasih~ :)

[MERCHANDISE] Fan

Assalamualaikum semua :)

 Fan


RM 10.00 setiap satu (Ahli AVX)
RM 15.00 setiap satu (Bukan Ahli)
TAMBAHAN RM5.00 untuk pos



Bank in ke akaun Maybank Aniza Norweina 164276518410 dan sms Sis Weina 016-2430919 selepas bank in untuk pengesahan pembayaran. Sila sms Sis Weina untuk sebarang pertanyaan . Terima kasih~ :)

Have a nice day :)

[MERCHANDISE] Mobile Strap


Assalamualaikum semua :)

Mobile Strap


RM 10.00 setiap satu (Ahli AVX)
RM 15.00 setiap satu (Bukan Ahli)

RM25.00 untuk 2 strap termasuk harga pos
(Bukan Ahli - terhad untuk setiap pesanan)

Bank in ke akaun Maybank Aniza Norweina 164276518410 dan sms Kak Weina 014-2632919 selepas bank in untuk pengesahan pembayaran. Sila sms Sis Weina untuk sebarang pertanyaan .


Sila buat tempahan and berdasarkan abjad i bawah :
A) Adam VIP/Aico Empire Group 
B) VIP - Purple & White
C) VIP - Pink & White
D) VIP - White & Purple
E) VIP - Black & Purple
Terima kasih :)


Tuesday, April 03, 2012

[ARTIKEL] Adam AF minta tidak pandang rendah muzik tari

mstar online
Rabu April 4, 2012
Oleh WAHIDUZZAMAN 
(wahi@thestar.com.my)
ADAM


SHAH ALAM: Penyanyi Adam (AF) meminta agar pihak juri dan penonton tidak memandang remeh pada genre muzik tari yang dipertaruhkan bersama protegenya iaitu KJ menerusi program Mentor musim keenam.
Adam yang bertindak sebagai mentor kepada peserta dari Sabah itu berkata, juri profesional sewajarnya bersikap lebih terbuka dalam memberikan peluang kepada perjuangan muzik tersebut kerana genre itu bukanlah semudah yang disangka.
“Wajarkah genre dan konsep muzik tari yang kami perjuangkan dipandang remeh serta dianggap tidak sepenting genre muzik yang lain? Hanya kerana konsep kami ini asing dan bukan kebiasaan bagi pertandingan nyanyian?
“Hakikatnya bukan mudah untuk mengawal nyanyian dan gerak tari dalam masa serentak ketika di pentas. Saya akui banyak kesilapan KJ yang perlu diperbaiki untuk persembahan tapi sebagai permulaan, dia sudah mencuba sebaik yang mungkin,” katanya ketika ditemuimStar Online, baru-baru ini.
Adam berkata demikian selepas persembahannya dan KJ sebagai mengulas reaksi pihak juri pada program berkenaan yang seolah-olah kurang memahami konsep persembahan mereka yang disiarkan di TV3 malam Ahad lalu.
Adam menyambung, sebagai penyanyi yang memperjuangkan genre itu secara profesional dia mengakui berasa ralat dan terkilan dengan respons segelintir pihak yang memandang rendah pada kewujudan genre muzik tari pada industri muzik tanah air.

Adam dan KJ ketika menyampaikan lagu duet Breakdown nyanyian asal Kim Hyun Joong.


“Saya pun pelik kenapa segelintir pihak seakan memandang rendah pada konsep muzik begini. Saya jadi keliru apakah kriteria sebenar yang mahu dicari oleh Mentor?
“Apakah semua penyanyi di Malaysia perlu membawakan genre muzik seperti Anuar Zain atau muzik rock yang lebih digemari ramai? Saya berharap pihak juri khususnya bersikap lebih terbuka dan memberikan peluang kepada genre ini,” katanya.
Pada konsert pertama kumpulan B, Adam dan KJ berada pada kedudukan tercorot dengan 52 peratus markah di belakang Ella dan Caroline (71 peratus) dan Ogy Datuk Ahmad Daud dan Zatul (54 peratus).
KJ menyampaikan lagu solo One In A Million (Neyo) dan duet bersama Adam dalam laguBreakdown (Kim Hyun Joong).
Caroline menyampaikan lagu Cinta Di Hujung Jalan nyanyian asal Agnes Monica untuk persembahan solo dan tampil berduet bersama Ella dalam lagu Rindu.
Zatul pula mendendangkan lagu solo Ketulusan Hati (Anuar Zain) dan berduet dengan mentornya Ogy menerusi lagu Wajah Rahsia Hati.

[INFO] VIP 1st Anniversary

                                     V.I.P Versality In Performance
                                            V.I.P Valiant Ideal Pleasant




Miss V.I.P? Nak berjumpa & beramah mesra dengan kelima-lima mereka - Marlon, Yandy, Adam, Fadlan & Amen? Don't forget to join our new event, V.I.P 1st Anniversary!!! 15 April, 11-3pm, Red Box The Gardens. Contact 014 26 34 919 utk tempahan & bayaran! Exclusively brought to you by AicoVX & supported by Aico Empire Group ;)



[MERCHANDISE] New VIP Mobile Straps!

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia....
Yup we're back with some goodies. Ada yang berminat untuk memiliki VIP Mobile Strap?
Sila lihat di bawah :
                                                          New Merchandise


Harga RM 10.00 setiap satu (Ahli AVX) dan RM 15.00 (Bukan Ahli). 
Pembelian 2 strap RM 25.00. (Bukan Ahli - terhad untuk setiap pesanan)
Sila buat bayaran ke akaun Maybank Aniza Norweina 164276518410 dan sms ke Kak Weina 
014-2632919.
Sebarang pertanyaan sila ajukan kepada Kak Weina, terima kasih.

Monday, February 27, 2012

[ARTIKEL] Adam AF kini salah seorang pengamal perubatan Islam di Klinik Ashraf Muslim

RotiKaya Staff
27 Februari 2012
Kalau di’ikutkan, kisah ini sudah agak lama dan baru kini kami ada peluang untuk menulis tentang kegiatan terbaru Adam AF ini.
Menurut sumber kami yang rapat dengan penyanyi ini, Adam AF kini sedang aktif mempelajari selok belok dunia perubatan Islam di Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah.
Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah merupakan fasiliti perubatan yang di’miliki oleh Ashraf Muslim yang kita sedia maklum kini bergelar pengamal perubatan Islam.
Hasil carian Google tengah malam kami berjaya menemui satu entri pengalaman seorang pesakit yang hadir ke Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah dan di’kejutkan dengan kehadiran Adam AF yang kelihatan membantu Ashraf Muslim merawat pesakit.
Tetapi, itu kisah hampir setahun yang lalu & mungkin’kah kini Adam AF sudah pun layak sepenuhnya untuk bergelar pengamal perubatan Islam? Kami akan cuba dapatkan kenyataan Adam AF secepat mungkin. 

Friday, February 24, 2012

[ARTIKEL] Sukar mencari protege diingini - Adam

Rap, Harian Metro
24 Februari 2012


Oleh Elrafaei Sapi
ahmadelrafaei@hmetro.com.my



BERGELAR protege pada ratu rock negara, Ella menerusi Mentor 6 sudah tentu memberi satu pencapaian menarik pada perkembangan diri peserta yang baru bertatih.

Merujuk pengalaman Ella menempuh cabaran sebagai anak seni sejak lebih dua dekad, bakat protege yang dicungkil sangat bertuah apatah lagi mendapat perhatian penyanyi ini. Pada sesi uji bakat diadakan di Sri Pentas, Bandar Utama, Selangor baru-baru ini, lebih 400 peserta menyahut cabaran. 

Ella berkata, daripada jumlah itu, hanya 25 disenarai pendek untuk mara ke peringkat kedua. Berbanding mentor lain, Ella lebih teliti mencari peserta untuk diangkat menjadi protegenya dengan meneliti segala aspek sama ada kekuatan vokal dan karakter diri.

“Daripada 25 peserta itu, jumlah mereka dikurangkan kepada 13 dan ditapis lagi menjadi enam sebelum hanya tiga peserta yang benar-benar menepati kriteria yang saya mahukan layak ke peringkat akhir pemilihan.

“Merujuk pada kualiti, masih banyak yang perlu ditekankan pada peserta yang ingin sertai Mentor kali ini. Tiga peserta yang saya pilih ini terdiri dua perempuan dan seorang lelaki.

“Bagi saya, ketiga-tiga mereka mempunyai bakat dan ada antara mereka yang belajar bagaimana mempertingkat kemahiran vokal dan penampilan diri agar lebih baik.

“Apabila melihat peserta ini, saya nampak mereka mempunyai semangat untuk jadi penyanyi. Insya-Allah jika saya tidak dapat 100 peratus bakat yang saya cari, sekurang-kurangnya 50 peratus sudah memadai,” katanya.

Ella memberi tugasan pada tiga peserta ini daripada aspek vokal dan kekurangan diri sebelum membuat keputusan hanya seorang peserta yang layak dipilih menjadi protege.

“Tugasan ini penting memperbaiki kekurangan pada diri mereka sendiri sebelum keputusan dibuat. Sejujurnya, memang hasrat mencari protege bergelar penyanyi bukan satu tugasan mudah. Namun, apa yang saya harapkan protege ini mempunyai karakter yang tiada pada artis lain.

“Tidak semesti dia sempurna daripada aspek vokal dan penampilan diri mahupun cantik atau kacak. Saya juga tidak kisah sama ada dia dari kampung atau bandar.

“Apa yang penting, dia mempunyai bakat dan personaliti yang saya cari. Andai dia kelihatan ‘stylo’ tetapi vokal sekadar cukup makan, itu masih belum memenuhi kehendak saya,” katanya.

Bercerita lanjut aspek latihan yang akan diberikan pada protege yang dipilih nanti, Ella menyatakan fokus akan tertumpu pada vokal termasuk bagaimana menjaga penampilan dan menyerlah karakter diri.

“Saya akan berusaha mengasah bakatnya menjadi protege yang berjaya. Apapun, kita tunggu dan lihat macam mana personaliti protege ini sebelum latihan bermula,” katanya.

Bagi bekas peserta Akademi Fantasia (AF) musim kedua, Adam, penyertaannya bersama Mentor 6 kali ini memberi pengalaman baru yang sangat berharga buat dirinya.

Pada sesi uji bakat diadakan sehari selepas Ella, menyaksikan hanya enam peserta layak ke peringkat kedua pemilihan dari kalangan 50 peserta hadir mencuba nasib. Tiga peserta terpilih terdiri lelaki manakala selebihnya wanita.

Adam berkata, sukar mencari peserta berbakat dalam bidang nyanyian dan tarian seiring seperti mana yang dimahukan. Mementingkan elemen tarian pop diminatinya sejak AF2, Adam berhasrat melatih protegenya menjadi sepertinya.

“Saya tidak kisah orang lain mahu saya jadi mentor atau tidak, tetapi saya kisah pada mereka yang serius meminati genre tarian pop. Apa yang saya lihat, wanita lebih dominasi kriteria yang saya mahu.

“Mengikut pengalaman saya sendiri ketika mula terbabit dalam bidang seni ini, menjadi penyanyi seperti saya suatu yang sukar. Malah, jika merujuk pada penyanyi ketika ini, bilangan yang memperjuangkan tarian pop tidak ramai.

“Seharusnya, mereka yang mahu berjaya seperti saya perlu mempunyai komitmen tinggi dan semangat kuat. Saya sedih dan kecewa bila melihat ramai yang datang tidak bersedia walaupun sudah tahu kriteria protege yang saya mahukan,” katanya ketika ditemui pada sesi uji bakat di Sri Pentas, Petaling Jaya.

Berbanding jumlah peserta yang mencuba nasib, Adam paling kurang mendapat sambutan. Akuinya, faktor ini didorong perasaan takut peserta untuk sahut cabarannya.

“Ketika promo, saya ada kata kalau tak cukup ‘power’ tak payah datang. Sekadar mencari mereka yang boleh menyanyi, jumlahnya masih ramai, tetapi mereka yang mempunyai dua bakat termasuk tarian terlalu sedikit.

“Antara enam peserta terpilih, masing-masing mempunyai kekuatan sendiri. Ada empat peserta mempunyai vokal bagus tetapi tidak pada tarian, sebaliknya saya tetap beri peluang ke peringkat kedua.

“Namun, rata-rata mereka masih lemah aspek tarian. Saya sebenarnya beri keutamaan pada tarian, tetapi vokal juga diambil berat dan perlu selari,” katanya.

Melalui pengalaman pertama bergelar tenaga pengajar atau mentor, Adam mengakui cabaran dan tekanan yang diterima suatu yang berat. Sebelum mula uji bakat, dia juga bimbang jika tidak mendapat protege yang dicari.

“Saya tahu mentor lain lebih fokus pada mencari vokal yang mantap. Sebaliknya, saya terus terang mahu mencurah ilmu dan pengalaman yang saya ada pada protege yang saya pilih.

“Tidak dinafikan memang ada kutukan dilemparkan pada saya apabila menjadi mentor. Namun, saya tidak ambil peduli dan terima kritikan membina.

“Sepatutnya kutukan tidak terjadi walaupun ada yang berpandangan saya masih setahun jagung dalam industri. Merujuk pada pengalaman saya selama ini, saya sudah lapan tahun menyanyi dan ia tidak menjadi masalah untuk saya melatih protege sendiri,” katanya.

Adam memberitahu, enam peserta terbabit sudah melalui peringkat kedua dan keputusan siapa antara mereka yang berjaya bergelar protegenya hanya bakal terjawab pada satu majlis pengumuman sidang media yang akan diadakan nanti.

[ARTIKEL] VIP berpecah? Adam beri penjelasan

Sunday, February 12, 2012

[INFO] 'PICNIC POTPET'

Salam Selamat Malam pada semua.....Pengumuman buat semua :
Dengan kerjasama ahli AVX, kami akan mengadakan gathering bersahaja 'Picnic Potpet' pada 26hb Februari, 2012 bermula jam 8:30am (pendaftaran) - 12tgh hari yg bakal diadakan di Taman Tasik Titiwangsa (open space). Setiap penyertaan RM10.00 sahaja dan terbuka kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk sama-sama meriahkan event ni. Ada sukaneka......etc.
Sila email afiqah919@yahoo.com nama anda dan no. tel dan konfemkan kehadiran anda pada/sebelum 18/02/2012.
Sekian, terima kasih.

Sunday, January 08, 2012

[ALBUM] Beli Album ADAM, ADAM II & ADAM 4!

click to enlarge


Or you can purchase ONLINE from AICO EMPIRE GROUP

Friday, January 06, 2012

[ARTIKEL] Adam Memang Gempak! - Berita Harian

Adam memang gempak! - Oleh Rozdan Mazalan
rozdan@bharian.com.my 2012/01/06


Insiatif anjur persembahan sendiri dapat sambutan amat menggalakkan

LAGAKNYA tak ubah seperti Raja Pop dunia, Michael Jackson ketika tampil pada Adam X-Clusive Showcase.

Auranya juga mengingatkan kepada bintang ternama itu apabila peminat yang hadir menjerit-jerit sebaik melihat kelibat Adam yang tampil menerusi layar projektor. Gimik yang menjadi apabila susuk tubuh Adam kelihatan di atas pentas dalam suasana yang agak suram membuatkan peminatnya semakin mengila menjerit dengan laungan Adam..Adam..Adam!

Persembahan mini atau Showcase Adam yang dianjurkan Aico Empire Group adalah inisiatifnya sendiri untuk memberi penghargaan kepada peminat yang mula menyokong karier seninya sejak tujuh tahun yang lalu.

Dianggarkan 200 peminat kepada anak muda kelahiran Sabah ini mula berhimpun di hadapan The Actors Studio, Roof Top Lot 10 sejam lebih awal kerana dibimbangi tidak mendapat tempat yang strategik untuk menyaksikan showcase yang julung kali diadakan khas untuk mereka.

Adam atau nama sebenarnya Mohd Aizam Matsaman bintang yang lahir dari program realiti pada 2004 memang memiliki kelebihan tersendiri berbanding penyanyi lain yang juga lahir dari program realiti.

Kelincahannya beraksi di atas pentas menyanyi sambil menari menjadi antara kelebihannya sehingga setiap persembahan yang dilakukan pasti mendapat tepukan dan sorakan daripada penonton.

Boleh dikatakan penonton yang hadir menyaksikan persembahan Adam mencapai kepuasan. Mana tidaknya dalam masa dua jam, penyanyi ini menyanyikan hampir 25 lagu, itu tidak termasuk lagu daripada beberapa penyanyi jemputannya seperti kumpulannya sendiri V.I.P dan Baby Shima.

“Showcase ini adalah tanda terima kasih yang tidak terhingga buat peminat khususnya yang masih setia menyokong kerjaya seni saya dalam industri ini. Saya memilih 25 lagu terbaik dari album Adam, Adam II, Adam III dan Adam 4 istimewa buat peminat.

“Dengan sambutan yang diberikan peminat pada showcase ini sudah tentu ia bukan menjadi showcase terakhir kerana saya merancang akan mengadakannya lagi pada tahun depan dan jika ada rezeki saya teringin mengadakan konsert pada skala yang lebih besar,” katanya.

Antara lagu hits yang dinyanyikan Adam seperti Tension, Seri Satu Sama, Sana Sini, Potret Lama, Tak Seiring Bibir, Ellena..Pergilah, Jika Tak Kerana Kami, Terpesona, Lagu Sedih (V.I.P), Hai, Robot, Joget Lambak Tak Tahu dan banyak lagi.

Lima lagu pertama yang dinyanyikan, Adam tampil dengan berjaket merah sambil diiringi empat penari. Selepas peluhnya mula membasahi seluruh tubuh dan pentas, Adam terpaksa membuka jaketnya, itupun menjadi modal kepada peminat untuk menjerit dengan melaungkan namanya.

Biarpun showcase yang dianjurkan pada skala yang agak kecil namun tetap menitikberatkan mutu bunyi dan sistem pencahayaan yang menarik dan menepati setiap lagu.

Sebagai bukti betapa dia menghargai peminatnya, Adam juga turut menyediakan sebakul kuntuman bunga Ros untuk diberikan kepada peminat ketika dia menyampaikan lagu Jika Tak Kerna Kamu. Lebih istimewa Adam turut memilih seorang peminat bertuah untuk tampil di pentas ketika dia sedang menyanyi.

Peminat itu diibaratkan sebagai gadis istimewanya yang begitu dikagumi dan dicintai. Sambil menyanyi Adam mengeluarkan sebentuk cincin dan menyarungkan ke jari peminat bertuah itu.

Ketika itu, bukannya gadis itu yang menjerit riang tetapi peminat di bawah yang tidak senang duduk melihat situasi romantik itu mula menjerit-jerit kerana cemburu.

Lagu Sedih yang kini semakin kerap dimainkan di setiap stesen radio tanah air tidak ketinggalan menjadi lagu yang dinanti-nantikan peminat. Pantang dihulurkan mikrofon, peminat tanpa segan silu turut menyanyi bersama seolah mereka sudah dikhayalkan oleh aura Adam.

Bezanya ketika Baby Shima menyanyi menerusi lagi Tak Sabar, tidak sampai separuh daripada mereka bersorak walaupun lagu itu rancak dan bertenaga.

Bukannya peminat tidak menghargai bakat yang dimiliki gadis yang lahir daripada Bintang Idola Berita Harian (BIBH) ini tetapi mereka lebih teruja kerana fokus mereka hadir ke showcase itu untuk berhibur bersama Adam.

Showcase yang berlanjutan lebih dua jam itu diakhiri dengan sesi fotografi Adam bersama peminatnya yang juga ahli Adam Fan Club Malaysia.
 
Original Template By : uniQue  |    Modified and Maintained By : Intydez