Monday, February 27, 2012

[ARTIKEL] Adam AF kini salah seorang pengamal perubatan Islam di Klinik Ashraf Muslim

RotiKaya Staff
27 Februari 2012
Kalau di’ikutkan, kisah ini sudah agak lama dan baru kini kami ada peluang untuk menulis tentang kegiatan terbaru Adam AF ini.
Menurut sumber kami yang rapat dengan penyanyi ini, Adam AF kini sedang aktif mempelajari selok belok dunia perubatan Islam di Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah.
Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah merupakan fasiliti perubatan yang di’miliki oleh Ashraf Muslim yang kita sedia maklum kini bergelar pengamal perubatan Islam.
Hasil carian Google tengah malam kami berjaya menemui satu entri pengalaman seorang pesakit yang hadir ke Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah dan di’kejutkan dengan kehadiran Adam AF yang kelihatan membantu Ashraf Muslim merawat pesakit.
Tetapi, itu kisah hampir setahun yang lalu & mungkin’kah kini Adam AF sudah pun layak sepenuhnya untuk bergelar pengamal perubatan Islam? Kami akan cuba dapatkan kenyataan Adam AF secepat mungkin. 

Friday, February 24, 2012

[ARTIKEL] Sukar mencari protege diingini - Adam

Rap, Harian Metro
24 Februari 2012


Oleh Elrafaei Sapi
ahmadelrafaei@hmetro.com.my



BERGELAR protege pada ratu rock negara, Ella menerusi Mentor 6 sudah tentu memberi satu pencapaian menarik pada perkembangan diri peserta yang baru bertatih.

Merujuk pengalaman Ella menempuh cabaran sebagai anak seni sejak lebih dua dekad, bakat protege yang dicungkil sangat bertuah apatah lagi mendapat perhatian penyanyi ini. Pada sesi uji bakat diadakan di Sri Pentas, Bandar Utama, Selangor baru-baru ini, lebih 400 peserta menyahut cabaran. 

Ella berkata, daripada jumlah itu, hanya 25 disenarai pendek untuk mara ke peringkat kedua. Berbanding mentor lain, Ella lebih teliti mencari peserta untuk diangkat menjadi protegenya dengan meneliti segala aspek sama ada kekuatan vokal dan karakter diri.

“Daripada 25 peserta itu, jumlah mereka dikurangkan kepada 13 dan ditapis lagi menjadi enam sebelum hanya tiga peserta yang benar-benar menepati kriteria yang saya mahukan layak ke peringkat akhir pemilihan.

“Merujuk pada kualiti, masih banyak yang perlu ditekankan pada peserta yang ingin sertai Mentor kali ini. Tiga peserta yang saya pilih ini terdiri dua perempuan dan seorang lelaki.

“Bagi saya, ketiga-tiga mereka mempunyai bakat dan ada antara mereka yang belajar bagaimana mempertingkat kemahiran vokal dan penampilan diri agar lebih baik.

“Apabila melihat peserta ini, saya nampak mereka mempunyai semangat untuk jadi penyanyi. Insya-Allah jika saya tidak dapat 100 peratus bakat yang saya cari, sekurang-kurangnya 50 peratus sudah memadai,” katanya.

Ella memberi tugasan pada tiga peserta ini daripada aspek vokal dan kekurangan diri sebelum membuat keputusan hanya seorang peserta yang layak dipilih menjadi protege.

“Tugasan ini penting memperbaiki kekurangan pada diri mereka sendiri sebelum keputusan dibuat. Sejujurnya, memang hasrat mencari protege bergelar penyanyi bukan satu tugasan mudah. Namun, apa yang saya harapkan protege ini mempunyai karakter yang tiada pada artis lain.

“Tidak semesti dia sempurna daripada aspek vokal dan penampilan diri mahupun cantik atau kacak. Saya juga tidak kisah sama ada dia dari kampung atau bandar.

“Apa yang penting, dia mempunyai bakat dan personaliti yang saya cari. Andai dia kelihatan ‘stylo’ tetapi vokal sekadar cukup makan, itu masih belum memenuhi kehendak saya,” katanya.

Bercerita lanjut aspek latihan yang akan diberikan pada protege yang dipilih nanti, Ella menyatakan fokus akan tertumpu pada vokal termasuk bagaimana menjaga penampilan dan menyerlah karakter diri.

“Saya akan berusaha mengasah bakatnya menjadi protege yang berjaya. Apapun, kita tunggu dan lihat macam mana personaliti protege ini sebelum latihan bermula,” katanya.

Bagi bekas peserta Akademi Fantasia (AF) musim kedua, Adam, penyertaannya bersama Mentor 6 kali ini memberi pengalaman baru yang sangat berharga buat dirinya.

Pada sesi uji bakat diadakan sehari selepas Ella, menyaksikan hanya enam peserta layak ke peringkat kedua pemilihan dari kalangan 50 peserta hadir mencuba nasib. Tiga peserta terpilih terdiri lelaki manakala selebihnya wanita.

Adam berkata, sukar mencari peserta berbakat dalam bidang nyanyian dan tarian seiring seperti mana yang dimahukan. Mementingkan elemen tarian pop diminatinya sejak AF2, Adam berhasrat melatih protegenya menjadi sepertinya.

“Saya tidak kisah orang lain mahu saya jadi mentor atau tidak, tetapi saya kisah pada mereka yang serius meminati genre tarian pop. Apa yang saya lihat, wanita lebih dominasi kriteria yang saya mahu.

“Mengikut pengalaman saya sendiri ketika mula terbabit dalam bidang seni ini, menjadi penyanyi seperti saya suatu yang sukar. Malah, jika merujuk pada penyanyi ketika ini, bilangan yang memperjuangkan tarian pop tidak ramai.

“Seharusnya, mereka yang mahu berjaya seperti saya perlu mempunyai komitmen tinggi dan semangat kuat. Saya sedih dan kecewa bila melihat ramai yang datang tidak bersedia walaupun sudah tahu kriteria protege yang saya mahukan,” katanya ketika ditemui pada sesi uji bakat di Sri Pentas, Petaling Jaya.

Berbanding jumlah peserta yang mencuba nasib, Adam paling kurang mendapat sambutan. Akuinya, faktor ini didorong perasaan takut peserta untuk sahut cabarannya.

“Ketika promo, saya ada kata kalau tak cukup ‘power’ tak payah datang. Sekadar mencari mereka yang boleh menyanyi, jumlahnya masih ramai, tetapi mereka yang mempunyai dua bakat termasuk tarian terlalu sedikit.

“Antara enam peserta terpilih, masing-masing mempunyai kekuatan sendiri. Ada empat peserta mempunyai vokal bagus tetapi tidak pada tarian, sebaliknya saya tetap beri peluang ke peringkat kedua.

“Namun, rata-rata mereka masih lemah aspek tarian. Saya sebenarnya beri keutamaan pada tarian, tetapi vokal juga diambil berat dan perlu selari,” katanya.

Melalui pengalaman pertama bergelar tenaga pengajar atau mentor, Adam mengakui cabaran dan tekanan yang diterima suatu yang berat. Sebelum mula uji bakat, dia juga bimbang jika tidak mendapat protege yang dicari.

“Saya tahu mentor lain lebih fokus pada mencari vokal yang mantap. Sebaliknya, saya terus terang mahu mencurah ilmu dan pengalaman yang saya ada pada protege yang saya pilih.

“Tidak dinafikan memang ada kutukan dilemparkan pada saya apabila menjadi mentor. Namun, saya tidak ambil peduli dan terima kritikan membina.

“Sepatutnya kutukan tidak terjadi walaupun ada yang berpandangan saya masih setahun jagung dalam industri. Merujuk pada pengalaman saya selama ini, saya sudah lapan tahun menyanyi dan ia tidak menjadi masalah untuk saya melatih protege sendiri,” katanya.

Adam memberitahu, enam peserta terbabit sudah melalui peringkat kedua dan keputusan siapa antara mereka yang berjaya bergelar protegenya hanya bakal terjawab pada satu majlis pengumuman sidang media yang akan diadakan nanti.

[ARTIKEL] VIP berpecah? Adam beri penjelasan

Sunday, February 12, 2012

[INFO] 'PICNIC POTPET'

Salam Selamat Malam pada semua.....Pengumuman buat semua :
Dengan kerjasama ahli AVX, kami akan mengadakan gathering bersahaja 'Picnic Potpet' pada 26hb Februari, 2012 bermula jam 8:30am (pendaftaran) - 12tgh hari yg bakal diadakan di Taman Tasik Titiwangsa (open space). Setiap penyertaan RM10.00 sahaja dan terbuka kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk sama-sama meriahkan event ni. Ada sukaneka......etc.
Sila email afiqah919@yahoo.com nama anda dan no. tel dan konfemkan kehadiran anda pada/sebelum 18/02/2012.
Sekian, terima kasih.
 
Original Template By : uniQue  |    Modified and Maintained By : Intydez