Tuesday, April 03, 2012

[ARTIKEL] Adam AF minta tidak pandang rendah muzik tari

mstar online
Rabu April 4, 2012
Oleh WAHIDUZZAMAN 
(wahi@thestar.com.my)
ADAM


SHAH ALAM: Penyanyi Adam (AF) meminta agar pihak juri dan penonton tidak memandang remeh pada genre muzik tari yang dipertaruhkan bersama protegenya iaitu KJ menerusi program Mentor musim keenam.
Adam yang bertindak sebagai mentor kepada peserta dari Sabah itu berkata, juri profesional sewajarnya bersikap lebih terbuka dalam memberikan peluang kepada perjuangan muzik tersebut kerana genre itu bukanlah semudah yang disangka.
“Wajarkah genre dan konsep muzik tari yang kami perjuangkan dipandang remeh serta dianggap tidak sepenting genre muzik yang lain? Hanya kerana konsep kami ini asing dan bukan kebiasaan bagi pertandingan nyanyian?
“Hakikatnya bukan mudah untuk mengawal nyanyian dan gerak tari dalam masa serentak ketika di pentas. Saya akui banyak kesilapan KJ yang perlu diperbaiki untuk persembahan tapi sebagai permulaan, dia sudah mencuba sebaik yang mungkin,” katanya ketika ditemuimStar Online, baru-baru ini.
Adam berkata demikian selepas persembahannya dan KJ sebagai mengulas reaksi pihak juri pada program berkenaan yang seolah-olah kurang memahami konsep persembahan mereka yang disiarkan di TV3 malam Ahad lalu.
Adam menyambung, sebagai penyanyi yang memperjuangkan genre itu secara profesional dia mengakui berasa ralat dan terkilan dengan respons segelintir pihak yang memandang rendah pada kewujudan genre muzik tari pada industri muzik tanah air.

Adam dan KJ ketika menyampaikan lagu duet Breakdown nyanyian asal Kim Hyun Joong.


“Saya pun pelik kenapa segelintir pihak seakan memandang rendah pada konsep muzik begini. Saya jadi keliru apakah kriteria sebenar yang mahu dicari oleh Mentor?
“Apakah semua penyanyi di Malaysia perlu membawakan genre muzik seperti Anuar Zain atau muzik rock yang lebih digemari ramai? Saya berharap pihak juri khususnya bersikap lebih terbuka dan memberikan peluang kepada genre ini,” katanya.
Pada konsert pertama kumpulan B, Adam dan KJ berada pada kedudukan tercorot dengan 52 peratus markah di belakang Ella dan Caroline (71 peratus) dan Ogy Datuk Ahmad Daud dan Zatul (54 peratus).
KJ menyampaikan lagu solo One In A Million (Neyo) dan duet bersama Adam dalam laguBreakdown (Kim Hyun Joong).
Caroline menyampaikan lagu Cinta Di Hujung Jalan nyanyian asal Agnes Monica untuk persembahan solo dan tampil berduet bersama Ella dalam lagu Rindu.
Zatul pula mendendangkan lagu solo Ketulusan Hati (Anuar Zain) dan berduet dengan mentornya Ogy menerusi lagu Wajah Rahsia Hati.

1 comment:

Anonymous said...

adam!!! u dont listen wat they said.. just fokus to ur genre music.. n keep it up..!! fighting..-Aeryna

 
Original Template By : uniQue  |    Modified and Maintained By : Intydez