Tuesday, May 08, 2012

[ARTIKEL] Mentor 6 - Adam Hairan Markah KJ Rendah?

gua.com.my
Selasa 8 May 2012
Oleh Dhiya







Kehangatan Mentor 6 diteruskan apabila kesemua protégé bakal memasuki pusingan penentu nasib mereka sama ada berjaya melangkah ke peringkat separuh akhir atau tidak. Di atas kertas, semuanya nampak samar lagi. Bayangan barisan protégé separuh akhir terlalu sukar untuk ditelah. Kesemuanya mempunyai peminat dan pengaruh masing-masing.

GUA menemubual Adam, Mentor kepada KJ bertanyakan berkenaan gimik penampilan Pija pada konssert yang lalu. Mentornya Adam bersetuju, status KJ yang kini bergelar teman istimewa Pija tidak akan menganggu-gugat perjuangannya dalam Mentor 6.

“ Saya rasa sekarang ni bukanlah trend untuk orang menilai berdasarkan status dan sebagainya. Penonton lebih bijak menilai. Ada sahaja selebriti yang sudah berkahwin tetapi tetap mempunyai peminat tersendiri. Adam percaya mereka sokong KJ sebab bakat yang KJ ada “.

“ Malam ini Adam suka dengan peningkatan vokal KJ cuma Adam sedikit hairan dengan markah yang juri tetap bagi. Bukanlah maksud Adam tak puas hati cuma macam rendah sangat. Mungkin juri menilai dari sudut berbeza. Apa-apapun, Adam hormati segala  komen dan pandangan juri tetap kerana kedua-dua mereka adalah insan seni yang Adam kagumi “, komen Adam mengenai keputusan konsert ketiga itu.

“ Adam sengaja bawa Pija untuk jadi pengiring KJ sebab Adam nak tengok KJ jadi seorang penyanyi profsessional yang boleh kawal mood dan beri persembahan yang mantap walaupun dengan kehadiran Pija. Adam gembira KJ berjaya melalui cubaan ini dengan baik “, ujar Adam.

No comments:

 
Original Template By : uniQue  |    Modified and Maintained By : Intydez